Wednesday, August 11, 2010

~1~

Hari ini dia menanti bas untuk pulang selepas maghrib. Dengan baju kurung ungu dan bertudung putih, pemandu bas itu semacam tidak nampak batang tubuhnya. Kerana itu juga lah pak cik pemandu bas itu tidak membuka pintu hadapan bas sedangkan disitulah dia menanti. Dengan keluhan kecil dia bergerak ke pintu tengah bas. Dia pantas naik dan mengambil tempat duduk di hadapan sekali, dibelakang pemandu bas. Biar pak cik itu nampak muka masamnya, yang menanti pintu yang tidak terbuka itu. Tetapi masam wajahnya langsung pudar saat melihat pintu hadapan bas yang di penuhi kabus. Sejuk hujan ditambah dingin air cond menyebabkan kabus melindungi dirinya dari dilihat pak cik pemandu bas. Aduh, hanya kerana itu kau mahu bersungut panjang Qill. Monolog itu terucap sebaik sahaja lagu Palestine dendangan D-Clique bermain di telinganya lewat mp3 yang setia bersangkut di poket baju kurung.

Turun sahaja di stesen bas Taman Suria dia duduk sebentar. Kelelahan, dengan satu plastik besar barangan dapur yang dibeli habis waktu pejabat tadi, dia harus melangkah ke rumahnya yang terletak tiga blok dari stesen bas itu. Selepas lima minit melepas lelah, kaki terus melangkah supaya cepat sampai ke rumah. Memanjat tangga ke tingkat tiga, masuk ke rumah yang kosong dengan salam lalu membuka lampu ruang tamu. Kosong. Kaki melangkah ke dapur untuk menyimpan barangan yang dibeli tadi tetapi kedebuk...habis jatuh semua barangan yang dibawa, refleks tangan yang mahu mengimbangi diri saat tersadung kerusi makan. Aduh, habis berterabur beras sekilo yang dibeli tadi. Nasib baik barangan lain masih terletak elok di dalam plastik. Selesai membersihkan sepahan beras dan menyimpan barangan dapur  dia langsung masuk ke bilik.
Alert mesej dari telefon bimbit berbunyi

Dh sampai rumah? Maaflah td Kak Ja harus pulang awal. Si Wawa sibuk nak ajak keluar beli barang.

Lalu aku balas

Tak pe kak. Saya pun tak kisah. Baru sampai rumah ni. Nak mandi, rehat2, tidur. 

No comments: