Wednesday, November 3, 2010

~21~

             Hari Khamis. Hari yang sangat sibuk dan penuh. Pergi ambil baju di Subang Parade seawal pukul 10 pagi. Selepas itu memindahkan barang-barang aku ke rumah Alif di blok B pulak. Dan setibanya di rumah aku menyiapkan hantaran untuk Alif. Buat sekali dengan hantaranku. Ummi dan Ammar setia membantu aku menyiapkan semuanya. Sedang abah pula sibuk menghubungi orang yang pasang khemah, pelamin dan juga keluarga bakal besannya.
               “Simple aje gubahan kamu ni Naqilla. Main letak je dalam bakul. Tapi bakul ni memang cantik. Mana kamu cari?” ummi bertanya. Gubahannya mudah. Bakul dilapik kain lapik dulang, tepinya dihias sedikit bunga kembang pagi dan reben, letak barang hantaran di tengah bakul dan akhirnya dua kuntum bunga lily di pacak di tengah bakul. Mungkin bakul ni nampak menarik kot. Ntahlah...
               “orang main beli je ummi. Ntah kat mana. Bakul murah-murah je pun,” balasku mudah. Siap menggubah hantaran, Ammar terbongkang di atas sofa. Penat sangat dia sampai tertidur. Ummi menarik lenganku ke dapur
               “Esok Naqilla ikut ummi ye. Kita ke spa,” ummi menutur perlahan
               “Ek...bukan Alif nak ambil hantaran ke esok?”
               “Biar abah kamu dan Ammar uruskan. Ummi dan mak cik Zu dah reserved special untuk Naqilla,”
               “Tapi...ala dah lambat dah ummi,”
               “Lambat pun tak ape. Yang penting pergi. Sebenarnya ummi tak tahu nak urus macam mana tapi kak Zu banyak tolong ummi. Ikut ye,” aku hanya mengangguk dan melangkah naik ke atas.

No comments: