Wednesday, November 3, 2010

~24~

Setiba di bilik,
               “Banyak dah abang tahu pasal Illa ni. Tidur kena cukup, makan kena on-time kalau tak masuk angin. Ada apa-apa lagi abang kena tahu,” aku tergelak sahaja dengar komen Alif. Ada pulak.
               “Tak ade kot,” aku lantas membaringkan tubuh atas katil. Mata terkatup. Terasa ada tangan melingkar di pinggangku. Aduhai, abang tolonglah faham isterimu ini sangat letih. Terdengar desah nafasnya di telingaku. Dia berbisik
               “Dan Illa takkan ajak abang tidur sekali kalau Illa tak sedia kan?” persoalan itu aku biarkan tak berjawab. Aku sangat mengantuk. Terasa rangkulan itu semakin kejap. Aku biarkan sahaja sehingga aku benar-benar terlena.

Terjaga dari tidur aku rasa pelik. Ek...sejak bila aku tidur macam ni. Elok sahaja gebar menutup sehingga ke dada.  Badanku tegak mengadap siling bilik. Kelihatan Alif sedang membaca helaian kertas di meja kerjaku. Jurnal barangkali.
               “Abang,”
               “Hmm...”
               “Sudah-sudahlah membaca tu. Nanti-nanti kan boleh sambung. Dah pukul berapa ek sekarang?”
               “Baru jam 9.30 pagi. Tidurlah lagi. Mak andam kata sampai jam 10.30 kan,” aku bingkas bangun untuk mandi. Sekali lagi? Pagi ini sahaja sudah tiga kali aku mandi. Akhirnya aku hanya duduk di birai katil. Khusyu’ sungguh Alif menelaah. Aku datang menghampiri, mengurut bahunya lembut. Dia tersenyum, tanganku ditarik sehinga terduduk di ribaannya. Masih tersenyum, aku tanggalkan cermin matanya. Ku renung dalam-dalam mata itu. Tiada apa yang menarik tetapi mata tak mahu lari dari menatap sepasang mata yang biasa-biasa itu. Ku peluk tubuh suamiku, menjatuhkan kepala di bahunya. Gagahkah bahu ini menanggung diriku seumur hidupnya. Terasa pelukan Alif semakin kejap.
               “Sayang,”
               “Hmmm...”
               “Kenapa ni,”
               “Tak de apa. Saje je nak peluk,”terasa belakangku diusap perlahan. Terlalu tenang. Aku akhirnya menitiskan air mata. Ternyata ingatan terhadap Abu Sufian masih tak dapat aku lupakan walaupun saat aku berada begitu rapat dengan suamiku, Alif. Basah t-shirt suamiku dengan airmataku. Dia membiarkan sahaja. Mungkin dia juga tahu ada derita yang memberat dijiwaku ini.
               “Abang,”
               “Hmmm...”
               “Abang tak kisah ke?”
               “Nak kisah apanya?”
               “Saya nangis macam ni. Abang tak tahu pun sebab apa,” kesian Alif, dia tak tahu pun sebab kenapa aku menangis tiba-tiba.
               “Sayang pernah kata kan, sayang perlukan masa untuk diri sendiri. Abang tak boleh nak paksa sayang. Kalau sayang dah sedia terima abang bagi tahulah. Tak lah lama abang menanti,” balasnya.
               “Saya perlu keyakinan bang. Saya tak yakin dengan tindakan saya ni. Aduh...macam mana ni,”
               “Nak keyakinan macam mana tu?” soalan tu lain macam je bunyinya. Sekejapan terasa seolah-olah tubuhku diangkat. Eh...mana pulak dia nak bawa aku ni. Akhirnya aku didudukkan di birai katil. Dia duduk disebelahku, menyulam jari jemari kami. Aku hanya tertunduk dengan airmata yang masih bersisa.
               “Walau siapapun yang pernah hadir dalam hidup sayang sebelum ni, abang harap sayang boleh beri sedikit ruang untuk abang. Abang tahu mungkin sukar sayang nak lupa someone from the past,” serasa ayat itu seperti rendah sahaja nada bunyinya keluar dari mulut Alif. Airmata makin laju menitis. Aku lantas bangun tetapi pinggangku di paut lembut. Aku menangis lagi di bahu Alif. Setia sungguh dia menanti aku reda dari tangisan.
               “Sayang minta maaf banyak-banyak bang. Tak terniat sayang nak fikir orang lain selain abang. Sayang rasa terharu sangat. Ada orang yang sudi terima sayang yang macam ni,” dalam esak tangis aku membalas kata-katanya tadi. Senyum terukir di bibir Alif, sambil tangannya terus mengusap kepalaku, belakangku. Tiba-tiba pintu terkuak dari luar, Ammar menjenguk muka sambil tersenyum. Aku lantas menyembunyikan muka yang masih basah di dada Alif.

No comments: