Wednesday, November 3, 2010

~23~

                Keesokan pagi aku hanya terbangun selepas terasa seolah-olah dahiku dikucup.
               “Bangun, dah nak subuh ni,” Alif bingkas bangun menuju bilik air. Aku kembali berbaring di atas katil. Nyenyak betul aku tidur semalam. Lepas mandi je, solat sunat dengan Alif. Selepas solat aku terus memanjat katil dan tertidur. Tak perasan pun di mana suamiku tidur semalam. Ada apa-apa terjadi pun aku tak tahu. Mata masih terkebil-kebil memandang siling bilik sehingga terdengar bunyi pintu bilik air terbuka. Alif keluar hanya bertuala. Aduh la mamat ni, kot ye pun dah jadi suami aku  agak-agak la sikit. Mestilah aku culture shock lagi dengan benda –benda macam ni.
               “Tak bangun lagi,” Alif memanggil
               “Dah...tunggu orang tu siap mandi,” aku lantas mencapai tuala dan sehelai t-shirt dan meluru masuk ke bilik air. Selesai mandi elok kedengaran azan subuh. Alif sudah bersiap-siap dengan baju melayu dan kain pelikat. Aku lantas menukar tuala dengan kain batik dan mengelap rambut sepantas yang boleh. Sebaik sahaja menyertai Alif kami solat berjemaah. Doanya subuh-subuh ni agak panjang, aku yang masih mengantuk menahan kuap dari tadi lagi. Selepas bersalaman aku terus mengemas sejadah dan telekung dan terus berbaring semula di atas katil dengan mata terkatup. Aku dapat rasakan Alif turut berbaring semula di sebelahku.
               “Sayang,”
               “Hmmm...”
               “Tak elok tido lepas subuh,”
               “Hmmm...” aku lantas bangun dan mencapai tuala. Masuk ke bilik air membasahkan kepala. Entah kenapa sejak semalam aku terasa sungguh penat. Sangat letih. Kepala pulak terasa berat. Elok sahaja keluar dari bilik air Alif sedang menanti diatas katil. Aku mengganti kain batik dan terus datang kepadanya sambil menyikat rambut. Saat aku melabuhkan punggung di sebelahnya laju sahaja sikat ditanganku di rampas. Terasa seperti kepalaku diurut, enak sekali.
               “Migrain ke?”
               “Ntah la. Tak pernah check. Illa rasa penat sangat badan ni,”
               “Semua benda nak buat sendiri, memanglah. Terima kasih jahitkan baju abang. Cantik, ibu kata halus sulamannya,” pandai sungguh Alif ni membuat hatiku senang
               “Biasa je bang. Abang nampak segak pakai baju tu semalam,” siapa lagi nak puji suami kita kalau bukan kita sendiri.
               “Hari ni mak andam datang solek kan. Abang nak tengok sayang siap-siap boleh?”
               “Memanglah boleh. Abang pun kena bersiap sekali kan. Dalam bilik ni jugak kan,”
               “Dah jom turun breakfast. Nanti bising Ammar,” urutan terhenti dan aku sibuk menyarung tudung untuk turun ke bawah. Breakfast seperti biasa. Ummi dan ibu sama-sama masak. Aku tak menolong langsung. Seperti biasa juga sebelah meja yang dihuni ibu ayah ummi abah penuh dengan celoteh sedang di meja sebelah aku-Ammar-Alif masih juga senyap. Pagi itu tidak banyak yang perlu dibuat. Ammar sudah kemas rumah sejak habis majlis malam tadi. Tinggal tunggu tetamu datang sahaja sekitar jam 11 pagi nanti. Aku, Ammar dan Alif naik semula ke bilik selepas sarapan. 

No comments: