Wednesday, August 11, 2010

7

Selepas sejam setengah

          “Wei...perut aku dah main heavy metal ni. Aku nak blah...makan. korang nak join tak?”
          “Kitorang pun tak makan lagi ni. Ko tanya tu...dragon lady tu...nak makan ke tak,” Juju ni memanglah.
          “Syaf...amacam...makan jom,” heh...baik pulak nak ajak aku makan
          “Aku ikut je driver...ko nak gi makan tak Ju?” janganlah kau jawab kau pun kebulur Ju...tolonglah selamatkan kawan kau ni. Makan kat food court sudah.
          “Aku memang nak makan, ikut perut perempuan sorang ni tak hidup aku. Nak makan kat mana?” aduh Juju...roomate bertuah betul la budak ni
          “Foodcourt je la...lagipun dah malam ni,” heh..baik aku blah cepat, sat lagi tukar idea budak berdua ni masak la aku nak mengikut. Kaki laju melangkah ke mesin pinjaman buku dan seterusnya keluar ke pigeon hole, nak ambil bag. Budak Aiman tak de kerja ke asyik nak mengekor orang je...takkan nak teman sampai parking kot. Bukan tempat parking motor kat belakang ke, terus lah hati mengomel tak berhenti sampai Juju selamat sampai di foodcourt. Sampai je terus order makanan, masing-maisng dah kebulur tahap tak beringat. Elok je tengah makan-makan kedengaran nama Aiman dilaung. Aahh...sudah. ni yang aku malas makan ngan budak-budak lelaki ni. Ada je yang ramah mesra nak bertegur sapa. Adoi...
         “oit...sampai dua sekali ha. Yang mana satu ni yang benar-benar lekat di hati?” bangang punya soalan la mamat baju oren ni. Nak je aku hempuk ngan gelas ni. Tak pasal-pasal lebam kang. Yang si Aiman ngan Juju ni boleh pulak tergelak-gelak melayan mamat tiga suku ni. Dah la pakai bermuda short bawah lutut, macam nak gi makan kat ruang dapur rumah sendiri je ada hati nak mengenakan orang pulak tu.
          “Awatnya cik adik baju merah makan tak pandang kiri kanan? Lapar sangat ka?” aisyy...ni lagi sorang, macam nak bagi flying kick je. Nasib baik la pakai cermin mata tebal, kalu tak mau aku tuju penumbuk kat mata kuyu tu. Budget comel sangat la tu.
          “Kakak, janganlah sentap sangat. Kita ni dok sekolej pun. Macam mana kakak baju merah ni boleh tak perasan. Bukan setakat sekolej, satu fakulti pulak tu. Kakak ni tak cam kami ke?” nasib baik la ayat budak t shirt hitam ni boleh tahan la tahap sopannya. Aku mengangkat muka. Pernah je aku tangok muka mamat bertiga ni, tinggal tak ingat kat mana je. Kalau dah satu fakulti tu, haruslah pernah berjumpa, entah-entah pernah sekelas. Malas lah nak ingat. Pandangan ku alih semula mengadap kuew tiau kung fu yang masih ada separuh nak dihabiskan.
          “Syaf...kau sungguh tak kenal ke budak-budak ni? Bukan kau ke yang tolong budak-budak K3 ni selamatkan budak yang kayak dia terbalik waktu pesta konvo tu,” ek...budak-budak ni K3 ke? Kenapa aku tak cam pun. Mata beralih ke wajah si baju oren, si specky dan si baju hitam. Kosong. Sungguh aku tak ingat.
          “La...akak ni ke yang tolong kami hari tu. Tapi kan, setahu aku akak yang tolong kitorang tu tak pakai tudung. Boyish kot. Yang ni, elok je, ayu lagi. salah orang kot,” beria si specky menjawab
          “Ha’ah. Aku mana pandai berenang. Takkan la aku yang tolong selamatkan orang kat tengah tasik kat bukit expo tu. Kau ni salah cam orang ni,” mulut budak Aiman ni memang tak de insurans ek. Sesedap mulut dia je gi bukak cerita zaman tok kaduk. Mau aku seligi je budak ni. Hampas sungguh la.
          “Aku pun rasa kau salah orang ni Man. Kakak tu cool giler. Sporting siot. No problemo memanjang. Kakak yang ni macam...gloomy semacam je. Tak de aura cool pun. Bukan dia kot. Pelanduk dua serupa je ni,” Heh...nasib baik budak baju oren ni sokong. Janganlah diorang kenal aku ni sape. Biarlah aku kekal invisible di kalangan budak-budak fakulti aku. Sudah-sudahlah tu.
          “Wei...kitorang pun dah habis makan ni. Rasanya kena balik kolej. Dah sebelas lebih ni. Kitorang gerak dululah. See ya,” yeay...aku sayang Juju...nasib baik dia sudi menyelamatkan aku dari situasi genting tadi. Mau aku pucat tak berdarah kalau diorang cam aku. Cukup-cukup la zaman dulu tu.

No comments: