Monday, August 16, 2010

~8~

Usai makan, solat zuhur. Berjemaah di ruang tamu. Aduh, aku jadi orang paling lambat sekali. Dalam solat aku tak putus-putus memohon semoga Allah menetapkan hati, menerima risikan ni. Dalam doa ku mohon sungguh-sungguh. Usai solat,Ammar kemas sejadah semua aku kembali ke dapur nak sediakan kopi. Tetapi langkah terhenti, abah memegang tangan lantas berkata
                “Sudah-sudahlah tu Naqilla. Nak buat apa lagi ni,” terus aku di tarik duduk diantara ummi dan abah. Ibu dan ayah Alif duduk bertentangan sofa yang aku duduki.
                “Assalamualaikum Naqilla. Pak cik ni tak de kesempatan nak tengok Naqilla ni betul-betul. Sibuk sangat kamu hari ni,”ulasan pak cik ni la pun...
                “Sudahlah kamu buat kerja tu. Kali ni biar Alif yang sediakan kopi,” mak cik pulak menyambung.
                Perbincangan hal merisik terus berlangsung. Aku senyap sunyi diapit ummi abah. Tolonglah, boringnya la.
                “Naqilla macam mana? Setuju tak?” hah...nak setuju amende pulak ni. Adoi...aku dah terbang ke mana ntah tadi. Tak dengar langsung. Melihat muka confuse aku Ammar tergelak, kuat. Sambil menghidang kopi dan brownies dia mengulang kata mak cik tadi.
                “Mak cik merisik Naqilla untuk anak bongsunya, Alif Safwan ni ha. Ko setuju tak,” amboi...kuatnya volume...macam nak nangis aku ni...ala-ala kena tengking je
                “Naqilla ikut je kata ummi abah mak cik,” balasku mudah
                “Kamu tau tak yang mana satu Alif Safwan ni Naqilla,” ummi bertanya
                “Ala abang mee goreng tu kan,” laju je aku balas ke ummi. Satu ruang tamu gelak. Alamak...semua orang ada kat sini...adoi.
                “Kalau ye pun tengok la dulu yang mana satu,” Ammar menyambut. Aku angkat muka. Tu dia, duduk di sofa hujung, tengah tersenyum. Manis. Aku hanya menunduk sedikit tanda hormat.               
                “Kira setuju lah ni,” pak cik tu bertanya
                “Kami ni setuju sangat la En Zahran. Baik cepatkan sahaja majlisnya. Mudah kita nak menguruskan,” abah menjawab. Nak cepatkan.
                “Apa kata, bertunang terus lah budak-budak ni hari ni,” laju pulak lak cik tu mengusul
                “Kita buat majlisnya dalam tiga bulan lagi,” mak cik menambah
                “Saya ni tak kisah. Saya boleh saja. Ni kena tanya tuan punya badan. Alif setuju ke,” abah bertanya
                “InsyaAllah...saya setuju saja pak cik,” tenang je Alif Safwan menjawab. Dia setuju??? Nak cepatkan majlis...biar betul.
                “Naqilla?” ummi bertanya
                “Ikut ummi la,” tak mahu menjawab panjang-panjang. Terus aku minta diri kat dapur. Aku nak minum air banyak-banyak. Panas je duduk kat depan ni. Ammar mengekor aku ke dapur. Aku terus keluarkan sebotol air masak dari dalam peti ais. Ku teguk rakus. Aku perlu cool down. Nak cepatkan majlis...oohhh...tolonglah aku. Tak bersedia ni.
                “Oit...agak-agak la minum pun,” Ammar menegur
                “Aku tengah panas ni. Membara...terbakar je dalam ni. Aku tak sedia lagi kot nak kahwin. Aduh cam ne ni Ammar. Duit pun tak berapa nak cukup lagi ni,” balasku tanpa berpaling. Tak mahulah aku tunjuk muka penuh berapi ni kat Ammar. Mesti dia terkejut. Kedengaran suara gelak halus..suara Ammar dan suara siapa pulak lagi satu tu. Automatik tubuh berpusing. Alamak...malunya...macam mana dia boleh masuk dapur ni.
                “Tenanglah sikit Naqilla. Bukannya awak mati pun kahwin dengan saya,” laju je Alif menjawab. Aku terkedu. Ammar dan Alif kedua-duanya duduk di kerusi meja dapur.

No comments: