Wednesday, September 8, 2010

~17~

Kain lapik dulang berwarna putih dan hijau pucuk pisang itu di letak atas kaunter. Aku beralih ke deretan bunga palsu di dalam pasu besar di bahagian luar kedai. Aku capai 8 tangkai bunga lily yang agak besar, 5 untai bunga kembang pagi berwarna putih dan dedaun paku pakis semuat tanganku. Semua ku letak di kaunter. Aku beralih mencari reben hijau dan putih. Empat gulung reben aku letakkan di kaunter. Kesemua barang aku bayar dan beralih ke kedai sebelah untuk mencari dulang atau bakul untuk hantaran.
                Tepat 3 petang sampai di rumah ummi abah. Semua barang-barang aku sumbat di bilik belakang bersama barang-barang hantaran. Kaki pantas memanjat tangga naik ke bilik untuk solat zuhur yang sudah terlewat.  Sesudah solat aku mandi, badan sudah rasa berlengas sahaja. Usai mandi aku turun menjenguk ummi di dapur. Pagi tadi ummi ada kata nak buat kek coklat ke brownies. Ummi kelihatan masih membaca dengan penuh khusyu’ resepi di atas kertas berwarna hijau pudar tu.
                “Ummi, baca resepi ape tu?” aku bertanya sambil membelek barang-barang yang masih dalam plastik di atas meja. Memang macam nak buat kek coklat.
                “Ummi nak buat brownies. Ni resepi kak Zu bagi semalam,” berkerut-kerut ummi memandang kertas resepi tu.
                “Kamu tak usah tolong ummi lah. Baju melayu Alif ada dalam bilik Ammar. Pergilah siapkan jahitan baju kamu tu. Minggu depan dah nak bagi Ammar kan,” ummi menyambung kata tanpa beralih dari resepi mak cik Zu tu. Kaki ku atur longlai menuju bilik Ammar. Bilik itu kosong, sepasang baju melayu ungu gelap tersangkut di luar almari. Ini kot baju Alif. Aku capai baju itu dan masuk ke bilik, SMS ke Ammar, kata aku dah ambil baju Alif. Tiba-tiba Ju Hua Tai berlagu, Ammar call
                “Illa, tu baju aku,” pendek sahaja mukadimah Ammar
                “Assalamualaikum. Mana baju Alif? Ummi kata dalam bilik kau,”
                “Ala...ada tepi almari bilik kau. Aku letak tadi. Tak perasan ke?” ek...ada ke? Lantas menjenguk ke sebelah tepi almari. Oh...baju melayu warna hijau lumut ni kot.
                “Yang warna hijau ni ke?” aku bertanya. Sama aja saiz diorang nih. Tak de signifikan pun kalau aku guna baju Ammar buat contoh.
                “Ha...yang hijau tak lawa tu. Hahahahaha,” suka betul Ammar gelak kuat-kuat.
                “Ko gelak apesal? Ko ingat warna baju kau ni lawa sangat ke?” ambik kau. Suka gelakkan orang.
                “Tak de la. Eh ok la. Nak gerak balik ni. Jumpa jap lagi,” Ammar menamatkan perbualan. Petang itu aku habiskan dengan memotong kain untuk persalinan nikah nanti.

No comments: