Wednesday, August 11, 2010

3

Lab session berjalan seperti biasa. Sampai minggu 4, sesi aku ngan Juju. Puas dah tawaf satu fakulti, tak jumpa pun sampel. Habis lah aku, dari jauh dah nampak dah budak Syaf tu datang. Muka macam cemberut nak gaduh je. Habis lah aku
         “Kau ni tak habis-habis nak menyusahkan aku kan,” ayat pertama dia selepas pandang aku dengan pandangan berapi-api. Bukan niat nak menyusahkan, tapi dah memang Encik Jalil yang jaga lab kemasiapan ni kursus, nak jumpa macam mana.
        “Amboi ayat, sedapnye cakap...kau ingat kau sorang aje ke yang susah,” sesedap mulut je cakap aku ni menyusahkan dia. Budak Syaf ni selamba je gi amek satu blok kayu warna cerah kat deretan sampel pelajar tahun akhir. Selamba habisan. Kayu beralih ke tangan Juju.
          “Potong ikut saiz ek. Tak perlu sanding. Tinggal je,”dia pesan ke Juju.
        “Ek...jap, jap. Ni sampel sape pulak kau ambil ni. Kang encik Jalil marah pulak, aku tak nak kena marah,”
       “Man, tolong tanda ni. Aku nak ambil hand saw,” Juju dah pergi masuk dalam bilik persediaan semula
        “Kalau kau nak tahu, aku dah jumpa Encik Jalil tiga minggu lepas. Dia memang suruh pakai sampel atas rak tu. Kau tak pernah tanya member-member kau ke?” adoi...kena lagi. aku pun senyap sambil tanda kayu tadi. Tengah-tengah tanda tu kena tegur...lagi
         “Cup-cup...kau tahu tak mana tangential dan radial kayu ni? Ke kau main tanda je?”
       “Aku tanda je ikut penjuru ni. Kayu ni mana ada growth ring,” heh...memang betul pun.
       “Memang la kayu tropika tak de growth ring, yang ada ring formation je. Ni kau tak nampak ke? Kau patut tanda macam ni untuk tangential dan macam ni untuk radial,” dengan pensel dia tunjukkan cara nak tanda dan potong sampel kayu tu. Memang dia ni peka ek, benda sekecil itu pun dia nampak...padanlah lab dia selalu betul, result accurate. Aku pun ikut kata dia, tanda sampel, potong dan label. Pendek kata banyak benda la aku belajar dari dia. Si Juju pulak dok tercongok je tengok aku. Bukan nak menolong pun. Petang tu selepas habis bertungkus lumus potong sampel dan label, aku pulang ke bilik dengan wajah letih sambil mengingat semula sisi tangential dan radial yang Syaf ajar.
        “Oit...aku nak pegi beli makanan lepas maghrib. Join tak?” Nafiq, roomate au bertanya
         “Tak pe kot, nak prepare notes sikit ni. Macam nak kena pergi library ni. Nak cari rujukan tambahan,” laju tangan mencatat segala yang dipelajari sepanjang lab anatomi dengan Syaf. Banyak benda aku dah belajar sebenarnya, walaupun baru je 4 minggu sekumpulan dengan dia. Betul kata Haiqal, kena sabar lebih sikit je ngan Syaf tu.
        “Kau dah kena badi minah serius tu ke. Rajin nak pergi library,” selamba je budak Nafiq ni mengutuk.
         “Aku nak pergi library sebab aku sedar diri ni tak berapa nak pandai sangat, lambat pick up pulak tu,” aku jawab tanpa menoleh. Terasa belakangku diusap, Nafiq dah datang dekat dah.
         “Kalau mampu tulis notes diluar kuliah macam kau ni, tak berapa nak pandai apanya. Ni terlebih pandai namanya,” balas Nafiq
        “Kau tau tak source notes yang aku tulis ni? Ni semua, aku dapat dari Syaf. Semuanya hasil explaination dia sepanjang 4 minggu aku group dengan dia. Kau tak rasa kagum ke? Nama je kita ni satu kelas, tapi kenapa dia boleh dapat lebih sedangkan kita dapat sikit je. Aku tak nak malu depan dia lagi lepas ni. Kena belajar lebih sikit je lagi,” bersungguh aku menjawab.
         “Ok la bro...tak nak kacau kau study. Nak pesan tak?”
         “Tak pe kot. Balik nanti aku singgah makan,”

No comments: