Wednesday, September 8, 2010

~15~

Aku dan Alif tinggal memberi barang-barang untuk hantaran sahaja. Kata ummi tujuh dulang berbalas sembilan, tolak kek, buah dan coklat, tinggal enam item lagi yang perlu aku beli. Kasut, kain baju melayu dan songkok, kemeja dan tali leher, apa lagi ek barang orang lelaki ni. Langkah kaki ku lambat mengekor dua orang lelaki di hadapan.
                “Nur Naqilla. Apa yang awak fikir sampai tertinggal jauh di belakang ni,” Alif menegur. Ammar sudah jauh dihadapan juga turut sama menoleh. Langkah ku lajukan mendekati Ammar.
                Spoil la kau ni, kitorang baru bincang nak belikan kau apa buat hantaran. Padanlah takde jawapan, ko tertinggal jauh nun ha,” aku hanya mengeeleng.
                “Ni tengah fikir la ni nak bagi Alif apa,” balasku ringkas.
                “Kita fikir barang kau dulu. Tolak sirih junjung dah tinggal enam. Apa kau nak Illa,” Ammar bertanya
                “Apa kata kain baju kurung ngan tudung satu dulang, handbag dengan kasut satu. Telekung dengan Al-Quran satu. Hmm...make-up and perfume satu. Mas kahwin, hantaran dan cincin satu. Apa lagi ek???” Alif berkata dan bertanya
                “Wow...banyaknya nak bagi. Satu item satu dulang tak boleh ke?” biar betul mamat ni. Aku tau la duit meniaga mee goreng dia tu banyak tapi agak-agak la kot.
                “Illa. Hantaran ni cover untuk bertunang sekali la. Hari tu kan Alif datang tangan kosong je,” Ammar menyambung. Malas nak berbasa-basi aku menurut sahaja kata dua orang lelaki di hadapanku. Sessi membeli belah berlangsung sehingga selepas asar. Sebaik sampai di rumah aku dan Ammar terus masuk ke dalam bilik masing-masing melepas penat. Terjaga sebaik sahaja terdengar azan maghrib, lantas mandi dan bersiap untuk maghrib. Elok sahaja kaki melangkah menuruni tangga untuk makan malam abah menegur
                “Elok sangat lah tu lepas asar tidur. Dah maghrib baru reti nak bangun,”
                “Maaf abah,” lesu sahaja jawapanku. Aku penat sungguh melayan Ammar dan Alif hari ni. Makan malam berlangsung penuh senyap sunyi. Aku penat, ummi abah seolah-olah memberi ruang untuk aku berehat sebentar. Usai makan aku biarkan kerja mengemas Ammar uruskan. Ummi awal-awal lagi sudah memanggil aku menghadap barang-barang yang aku beli dan longgok di tepi sofa itu.              Satu-satu ummi belek.
                “Ni Naqilla beli sendiri ke Alif belikan?” ummi bertanya sambil memegang kasut Carlo Rino berwarna hitam itu.
                “Barang Naqilla semua Alif beli. Barang Alif semua Naqilla belikan,” balasku pendek. Ummi keluarkan kasut untuk Alif, juga berwarna hitam.
                “Kenapa semua barang hantaran kat sini? Yang untuk Naqilla kenapa Alif tak bawa pulang?” ummi hairan.
                “Alif nak Naqilla tolong buatkan semuanya. Dia tak reti nak gubah hantaran ni. Lagipun ibu ayah dia pun tak tahu nak hantar tempah kat sape. Dia minta kita uruskan semua. Boleh tak ummi,” Ammar menjawab.
                “Ni nak hantar kat sape pulak ni? Ummi mana tahu nak tempah gubahan kat sape. Aduhai...macam mana ni Naqilla?”
                “Tak pe ummi, Naqilla boleh buat semuanya,” balasku tenang. Malas nak berceloteh panjang aku asingkan barang-barang mengikut dulang hantaran. Mana yang harus aku satukan dan asingkan dulangnya. Esok harus beli bakul untuk hantaran dan kalau sempat boleh la mula menggubah.
                “Ummi, kek nak tempah dengan siapa?” kalau perlu tempah baiklah tempah sekarang. Nanti tak la kelam kabut sangat.
                “Ummi tempah dengan Kak Kam kamu je la. Dia buat kek cantik juga. Fondantnya menarik,” ummi menjawab
                “Eh, baju kamu tu bila boleh siap? Nanti nak bagi Alif cuba pulak,” macam-macam pulak ummi ni tanya.
                “Naqilla cuba siapkan baju Alif minggu depan. Esok dah minta dia bagi baju contoh kat Ammar,”
                “Tema hantaran ni warna apa Naqilla?” aduh, tak habis lagi ummi ni nak tanya
                “Tengoklah ummi. Esok Naqilla baru nak pergi beli barang untuk gubah hantaran. Mana yang nampak menarik Naqilla beli je,” barang-barang yang dah diasingkan aku angkut masuk bilik belakang. Aku lantas duduk di sebelah Ammar sambil menonton tv. Ummi ku lihat mengekor langkah abah ke bilik. Penat barangkali menguruskan perkahwinan aku yang macam kelam kabut sangat ni. Mataku sendiri sudah kembali layu, baru sahaja bangun tidur maghrib tadi sekarang sudah mengantuk. Ku sandarkan kepala ke sofa dan mata mula terkatup. Rapat.

No comments: