Tuesday, April 26, 2011

kalau aku biru kau...

1

Julai 2006

“Wah, siapakah??? Comelnya,” hati berkata-kata sambil mata asyik memerhati  jejaka dalam kereta wira hitam yang sedang mencari sesuatu di seat sebelah. Aduh, comey3…masalah ini.
Vroommmm…
                “Beragak la bodoh, tak nampak ke kawan aku nak melintas jalan ni. Macam haram. Berlagak nak mampus. Tu baru dapat bawa kereta mak masuk kampus. Agak-agak kalau beli kereta kancil sendiri mau lagi berlagak, bawa kereta cam jalan ni bapak dia punya,” Alynn merampus tak ingat dunia.
                “Hoi pompuan. Cuba kau jaga mulut tu sikit. Aku turun bas je terus dengar kau merampus, bikin panas wo. Spoil mood nak gi kelas ganti. Kenapalah aku ni ada kelas ganti petang ni dan kenapalah kau ni ditakdirkan jadi classmate aku. Oh…sungguh tak adil,” Nafiq pun sama sinis membalas. Muka Alynn dah merah menahan marah, terus aku tarik tangan Alynn sambil melintas jalan menuju ke fakulti. Tak boleh dibiar budak berdua ni, maunye bergusti tengah jalan nanti hah.
                Alynn, Alynna Elia adalah bestfriend aku kat kampus ni. Dia memang outspoken, tapi easygoing dan sangat mudah adapt dengan keadaan baru. Sangat kontra dengan aku yang sangat tak reti bergaul dan senyap. Heh, dah namanya roommate, memanglah rapat. Dah masuk second year pun, kami masih roommate. Jodoh panjang. Kira guardian angel di saat kesusahan. Tak de siapa-siapa berani nak cari pasal dengan Alynn, maklumlah belajar silat cekak. Tak masuk lagi mulut laser je nak merampus kalau marah. Di tambah dengan susuk tubuh yang tinggi dan berangka besar, memang ada la sikit resemblance incredible hulk versi pompuan. Tinggal tak tukar jadi hijau je bila marah hehehehe.
                Yang asyik nak bertekak dengan Alynn tu tak lain tak bukan Mohd Nafiq. Dia memang suka provoke orang. Memang hobi dia. Cynical, kejam dan tak de perasaan. Ni antara crook yang aku paling tak boleh tahan. Memang annoying tahap tak ingat. Kalau dia ade dendam dengan sesiapa, memang terus je balas. Tiada tangguh-tangguh. No mercy. Kalau balas balik, dia akan balas 10x lebih kejam. Pe punya orang aku pun tak tahu. Dah memang dasar crook, pandai cover kesalahan. Tak pernah ditangkap atas apa-apa kesalahan disiplin di kolej mahupun pihak polis. Kenapalah budak-budak lelaki sekarang ni perangai makin tak rupa orang walaupun IQ tinggi melangit.
Ok-ok, berbalik kepada hal kelas ganti, minggu pertama kuliah dah ada kelas ganti, hampeh. Actually lecturer ni kena gi site research for a few weeks so dia awalkan kelas mana yang dapat. Semua kena buat untuk cover waktu mengajar mengikut standard ISO. Sakan orang-orang office fakulti kuatkuasa ISO sampai student pun terkadang terpaksa jadi mangsa. Terpaksa datang kelas ganti. Dewan Kuliah 3 sudah mula penuh diisi. Subjek ni sepatutnya di ajar oleh dua orang lecturer berbeza tetapi Prof Abidin mendapat kelulusan cuti sabbatical di saat-saat akhir, jadi terpaksalah Dr. Marwan mengajar dua kelas yang digabung menjadi satu. Akhirnya, daripada kapasiti 80 orang, kelas ni telah membesar kepada 160 orang pelajar didalamnya. Kelas yang sangat besar, dan tumpuan pelajar terhadap kuliah mungkin hanya tinggal 50% sahaja. Dr. Marwan juga masih baru, masih bergelar pensyarah muda. Dengan research yang masih berada di tahap awal, dengan tugasan daripada pihak fakulti dan juga tugas sebagai pensyarah, Dr. Marwan memang sangat sibuk.  
“Ok class, listen. I hate to break this. Saya akan ke site selama 3 minggu bermula minggu keempat sehingga minggu ketujuh. So, your first test will be on the third week and second test will be on week twelve,” dengan muka penuh serabut Dr. Marwan menerangkan kondisi subjek yang diajarnya ini. Suara student mengeluh memenuhi dewan kuliah.
“Quiet please, guys. Help me here, ok. Kamu datang kuliah, perform test, wat lab, tu je kerja kamu, then I’ll give u an A. Promise,” sambungnya lagi
“Your field trip will be in groups but your lab report is individual. So, penilaian 20-20 ye. Saya baca report, my assistant nilai field work. So, adil. Untuk test, jangan risau. Semua dalam notes. Kamu faham, kamu boleh jawab. Tak faham, tanya my assistant, dia boleh ajarkan n kamu boleh jawab test,” keluhan masih tak kurang. Makin kuat adalah
“Guys, let’s start our class. You better listen, or you will be meeting my assistant untuk faham benda ni. Ok, continue from this morning…” then the same as other lectures.

Selepas hamper sejam
“Ok, I guess that’s enough. Too much for a 6 pm lecture. Sebelum balik, dah sign attendance?” seluruh dewan kuliah senyap. Semua saling berpandangan, attendance sheet tidak dapat dikesan.
“Doc, here’s your attendance sheet. Sorry lupa distribute,” ok, aku macam kenal je mamat ni, t shirt light blue, muka kalut-kalut tapi comey, macam…oh gosh, its him, mamat wira hitam.
“Ok guys, kenalkan. This is my assistant, Khairul Amzani. So Bad, this is the class,”
                “Bad?” laju je mulut Alynn menyerang. Aku dah menyiku perut Alynn, tak boleh control je mulut dia tu.
                “Heh, nama saya panjang sangat. Panggil Bad je, senang” sibuk kembali dia menyusun kertas-kertas di meja sebelah selepas menyerahkan attendance sheet kepada Alynn. Semua berpusu-pusu keluar nak balik. Tapi aku masih lagi di kerusi, mamai. Aku tertidur sepanjang kuliah berlangsung. Oh…sangat rugi. Bila lah lagi aku nk dengar kuliah Dr. Marwan ni.
                “Nur Ain?” Bad menegur
                “Ye saya En Bad,” aku menoleh dengan muka sememeh. Adus, jatuh saham.
                “Attendance?”
                “Owh, ok, sorry,”
                “Its ok. Kenapa macam letih sangat je?”
                “Ntahlah. Rugi, tertidur tadi. Lecture apa tadi ye,”
                “Ecology, for plant,”
                “Well of course ecology. Dah memang subjek ecology. I mean tadi lecture pasal apa,”
                “Ain, you better get going, wake up girl,” sayup-sayup je suara itu kedengaran sehingga aku benar-benar sedar
                “Eh mana semua orang,”
                “Dah balik,”
                “Owh…saya balik dulu En Bad,” kedengaran suara halus gelak. Sape pulak gelak macam ni senja-senja ni.
                “Its Bad. No encik, no abang or whatsoever. Bad. Sahaja. Tak pe, saya hantar awak balik. Dah kol 7 lebih ni. Tadi phone awak cam vibrate. Ntah-ntah kawan awak cari,” masih lagi menghadap kertas yang berserabut itu. Dr. Marwan pun sama je serabut di meja hadapan dewan kuliah. Akhirnya aku tunggu je la sampai Bad bangun dan keluar dari dewan kuliah selepas perbincangan pendek dengan Dr. Marwan.
                “So, tinggal dimana?”
                “Kolej,”
                “Kolej berapa,”
                “6”
                “Owh, Ain ni macam familiar je la. Kita pernah jumpa ke?”
                “Mamat wira hitam. Baru tadi jumpa, tepi jalan dekat bus stop,”
                “Owh, minta maaf banyak-banyak. Ain ke yang hamper saya langgar tadi? Maaf lah, saya cari attendance sheet td. Maaf la hidup tak terorganise sangat,”
                “Guys, biasalah,” aku sudahi ayat sambil menoleh ke arahnya dengan senyum segaris dan wira hitam berhenti betul-betul dihadapan bangunan dewan kolej 6.

No comments: