Monday, August 16, 2010

~10~

               “Dah habis discuss?” ummi bertanya. Aku duduk di lantai sebelah kaki ummi. Aku peluk erat lutut ummi. Lantaklah orang nak tengok pun, peduli apa aku.
                “Dah ummi. Kami setuju semua cadangan pak cik mak cik. Naqilla ikut je semua,” aku bersuara perlahan. Ntah bila Ammar dan Alif keluar dari dapur. Yang aku tahu ummi masih memegang kepalaku, mengusap kepalaku yang berbalut tudung, ummi membisikkan sesuatu ke telinga lantas aku bangun menuju ke arah Puan Zuraidah. Tangan mak cik tu aku kucup lama. Rasa seperti ingin mengalir air mata. Terasa bahuku diangkat dan dipeluk erat oleh ibu Alif. Semua orang terkedu, macam adegan jejak kasih pun ada. Aku melutut depan ibu Alif, ibu dia sarungkan cincin ke jari manis, cincin bermata satu itu nampak simple tapi besar maknanya bagi aku, yang selama ini tidak pernah memakai sebarang cincin pun. Sekali lagi tangan tua itu aku cium. Tulus sekali terasa pelukan Puan Zuraidah. Dia berbisik terima kasih kerana menerima anak ibu. Aku bisik kembali terima kasih kerana hadiahkan anak ibu untuk Illa, terima kasih kerana terima Illa. Laju sahaja Puan Zuraidah mencium kedua-dua pipi. Aku jadi kagum. Begitu tulus hati ibu Alif ni. Aku yang tidak ada apa-apa ini sanggup diambil buat menantu. Lerai sahaja pelukan aku kembali ke sisi ummi. Memeluk erat lutut ummi. Menjatuhkan kepala atas paha ummi. Biarlah mereka kata aku manja. Hanya ummi sahaja yang memahami hati aku saat ini.
                Ruang tamu sunyi sebentar sehingga kedengaran Ammar bersuara.
                “Alhamdulillah. Cincin pun dah sarung. Dah selamatlah semuanya,”
                “Terima kasih la saya ucapkan kepada En Yusof, Puan Rubiah sekeluarga. Dahlah menerima kedatangan kami yang tiba-tiba ni, majlis merisik pun dah berganti jadi majlis bertunang. Dahla kami ni datang tangan kosong saja,” ayah Alif bersuara
                “Tak de masalah la. Kami ni gembira sangat dengan kedatangan Alif dan ibu ayah dia hari ni. Kami berbesar hati menerima kedatangan keluarga En Zahran ni. Tak payah lah nak susah-susah, yang penting kedua-dua orang ni dah selamat bertunang. Majlisnya pulak dalam tiga bulan dari sekarang. Kami berterima kasihlah kerana sudi datang, makan di sini,” abah membalas. Keluarga Aliff beransur pulang selepas itu. Abah, ummi dan Ammar menghantar mereka ke pintu sedang aku mengutip cawan-cawan kopi dan pinggan brownies yang masih berisi beberapa ketul. Ku bawa semua ke dapur, ku basuh semuanya. Habis membasuh terus aku naik ke bilik merebahkan diri di atas katil. Barulah terasa penat badan aku ni. Di kerah ke pasar, masak kelam kabut, serabut fikir pasal Alif lagi. Huh...mata terpejam dan kepala pun semakin ringan

No comments: