Friday, August 13, 2010

~7~

Tadi sebelum pergi pasar ummi kata diorang datang dalam pukul 2 petang tapi balik dari pasar tadi ummi kata nak sampai pukul 1 pulak. Kelam kabut la aku siang ayam nak buat masak merah. Ammar hanya memandang dari muka pintu dapur. Bukan nak menolong budak tu.
                “Ammar, potong buah tembikai tu,”
                “Ala…” merungut tak habis. Bukan suruh masak pun. Kelihatan Ammar ambil jugak pisau di rak dan mula potong buah dengan muncung panjang. Dah potong buah dok tercongok tengok kakak dia ni masak sorang-sorang. Masih tak reti nak menolong. Siap jugak berpencak sorang kat dapur ni. Huisyyy...penatnya. Nak naik mandi dan siap, baru je kaki nak melangkah keluar Ammar tepuk tangan.
                “Pergh...kagum aku tengok kau ni. Aku ingat tu Alif tu dah habis hebat la kat dapur, tapi bila aku tengok kau masak, lagi hebat kot. Sesuai la ko ngan dia ni,” Ammar berkata sebaik sahaja aku ke muka pintu dapur.
                “Dah Ammar. Gi siap. Jap lagi Alif and family sampai,”

Hari ni aku tak pakai baju kurung. Tipikal sangat la nak pakai baju kurung segala. Aku pakai blouse panjang biru gelap berbunga kuning, slack blue black dan tudung kuning cair. Lepas dah bersiap laju aje kaki melangkah ke dapur, nak hidang semua benda. Menu tengahari ni, nasi beriyani ciptaan aku. Heh...aku main belasah je pun ramuannya, tak ikut resepi mana-mana. Tangan laju mengisi kuah dalca dalam mangkuk hidang. Tengah tangan laju mengisi mangkuk kedengaran salam diberi dan bersahut. Aah...awal la pulak sampai. Aku teruskan juga kerja di dapur. Ketika mengisi nasi dalam bekas terasa bahuku di peluk seseorang, aku menoleh dan terkejut sekali melihat seorang mak cik tersenyum manis, ummi berdiri di sebelahnya.
                “Eh...ala...adui...kenapa sampai masuk ke dapur ni mak cik,” aduhai...serba salah tingkah depan mak cik ni
                “Ibu saje menjenguk, nak membantu,” balasnya tapi apabila mata melihat sekitar dapur, sudah tidak ada yang boleh dikerjakan lagi
                “Semua dah siap mak cik. Marilah kita makan buah dulu,” aku keluarkan buah-buahan yang Ammar potong dan satu jag jus oren dari dalam peti ais. Sampai di meja ruang tamu aku terus tuang air dalam gelas dan agih untuk semua orang. Aku toleh ke arah ummi, minta izin siapkan hidangan tengahari dan terus berlalu.
                Meja makan sudah penuh berisi. Semua orang dah duduk. Ummi mengisi nasi dalam pinggan abah. Mak cik mengisi pinggan pakcik sekali. Ammar isi pinggan sendiri, aku pun isi pinggan sendiri dan saat nak meletak mangkuk nasi Ammar menyiku perutku, orang depan tak de nasi lagi. Orang depan mengunjuk pinggan ke arahku. Ku isikan pinggan itu. Aku nampak pinggan je, tak nampak pun muka orang depan tu. Lantaklah,sessi makan hanya diisi perbualan di sebelah ummi dan abah, sebelah orang muda senyap sunyi sahaja.

No comments: