Wednesday, August 11, 2010

6

     “Aku tengok Aiman tu cam baik giler. Sabar giler dengan kau. Setahu aku dia tu boleh tahan jugak pemarah,” komen Juju sampai je kat bilik. Aku ni la, baru je nak landing atas katil, nak lupakan hal-hal kuliah, lab, si Juju ni pulak dok cerita pasal Aiman.
        “Dia dah insaf kot. Sedar diri tak berapa nak pandai,”
        “Apsal ayat kau ni kurang ajar sangat ek? Aiman tu dah belajar banyak benda dari kau. Kau boleh cakap macam tu,” aik...Juju ni terasa sekali ke?
         “Kau tahu kenapa aku cakap macam tu? Semua benda yang aku ajar balik kat dia tu Prof Sulaiman pernah ajar kita dulu, dari sem 2 lagi. kalau dia belajar betul-betul, dia mesti ingat dan tahu benda-benda tu. Basic and fundamental semuanya. Bukannya aku nak memburukkan dia, mungkin dia anggap belajar untuk lulus exam je. Mana boleh. Niat belajar nak dapat ilmu, belajar la betul-betul. Benda tu akan pakai juga suatu hari nanti. Sorry la kalau kau terasa sekali, kalau rasa ilmu tu dah karat, pandai-pandailah gilap balik sendiri. Inikan universiti, takkan orang lain nak bagi peringat semua benda,” aku terus capai bakul toiletries dan pergi bilik air mandi, tak nak gaduh ngan Juju. Dia bukan setakat roomate, tapi classmate dan groupmate tetap aku. Tak nak la gaduh-gaduh.
          Usai maghrib aku siap-siap, begitu jugak Juju.
         “Aku nak pergi library, nak ikut?”
         “Aku tak bijak macam kau nak gilap balik ilmu zaman-zaman sekolah dulu,” rendah je suara Juju menjawab. Aku datang lantas memeluk bahu rakan kesayangan aku ni
         “Jom la...aku tak niat nak buat kau terasa. Aku Cuma tak suka tengok orang melayu ni diperlekeh oleh bangsa lain terutama di universiti. Kita kena jadi bijak, lebih bijak dari orang lain, kita kena sedar. Aku harap kau dah sedar, dan sudi ikut aku pergi library. Aku pun bukan pandai sangat, sebab tu la kena gi cari rujukan lebih,” lembut aku memujuk. Juju tersenyum. Akhirnya setuju jugak nak ikut gi library.

         “Aku nak buat dulu la pengiraan ni. Tak faham lagi ni,”
         “Aku try cari la basic chemistry punya buku. Aku pun ada benda yang musykil ni,” pantas berlalu ke rak buku kimia. Adoi...tak de ke yang simple-simple. Aku ni boleh tahan la tahap tak fahamnya bab-bab kimia ni. Akhirnya, sebuah buku basic and fundamental of chemistry aku capai. Kembali ke meja, terkejut tengok Juju tengah berborak (atau lebih tepat lagi tengah belajar) dari seorang lelaki. Aahh...sudah. malasnya aku ada intruder kat meja ni. Perlahan langkah ku atur ke meja letak buku perlahan-lahan. Nak jadi invisible jap. Biarlah diorang discuss hal-hal pengiraan tu. Molarity vs Normality...ahah...jumpa...i love this book. Heh boleh senyum panjang la lepas ni. Tangan leka menyalin notes penting dari buku basic and fundametal chemistry tu sampai tak sedar ada orang yang turut sama mencuri baca chapter yang terdedah
         “Ooohh...tapi benda ni apply untuk strong acid and strong base je kan,” suara itu menerangkan. Kacau la mamat ni.
         “Tak...jangan marah. Kalau ikut buku yang aku baca ni, dia kata normality boleh dikira apabila acid atau base itu strong. Dia boleh fully dissociate H+ or OH- dia. Bukan ke?” wah bijak jugak budak Aiman ni.
         “Tapi kan acetic acid bukan strong acid. Still kena prepare 2N kan untuk cellulose preparation,” hmm...habis tu cam mana ek? Berpencak otak Aiman memikirkan hal kimia ni...aduh sungguh la fail
         “Gaya fikir cam tengah nak cari formula hancurkan satu universiti je. Relax la, ada buku kan, baca dulu bagi habis. Mana tau fundamental silap, kn senang nak faham balik lepas dah baca,” Syaf berkata tanpa mengalih pandang dari buku basic chemistry yang dia jumpa tu. Juju dah menyengih je dari tadi. Aku tahu dia ni pun blur gak tapi malas nak layan ‘kawan baik’ dia tu study. Gaya macam nak tulis thesis master je gaya. 

No comments: