Wednesday, August 11, 2010

~5~

8.20 pm

                “Solat mana tadi?” soal Naqilla
                “Umah member. Blok depan tu aje,”
                “Oh...member yang tolong carikan rumah untuk aku tu ek. Kenapa tak kenalkan dengan aku. Manalah tahu boleh dibuat suami,” Naqilla sengih nakal
                “Boleh tahan gatal jugak ek ko ni,” sabar lah...esok ko jumpa la siapa orangnya...Perjalanan diteruskan menuju ke rumah Ummi dan ayah

9.00 pm

                “Anak-anak ummi dah sampai,”ummi menyambut di depan pintu. Ummi melihat Naqilla berlainan sekali dengan blouse putih berbunga biru kecil di padankan dengan slack biru gelap. Sudah lama anaknya ini tidak kelihatan cantik sebegini.
                “Ummi...” lantas Naqilla memeluk umminya erat. Dicium kedua pipi umminya. Selepas pelukan ummi dileraikan lantas Naqilla menyalami tangan ayahnya dan memeluk erat tubuh ayahnya itu. En. Yusof jadi terkejut dengan perbuatan anaknya tapi dia membalas pelukan Naqilla. Dia jadi benar-benar rindu dengan anak keduanya itu.
                “Ammar, tolong angkat beg akak ye,” arah Naqilla sambil mengenyitkan mata ke arah Ammar. Ammar mengikut sahaja kata kakaknya itu. Sudah tidak ada lagi perempuan yang boleh dimanjakan selain Qill. Tidak ketinggalan tupperware berisi mee gorang bekal dari Alif tadi.

                “Ummi tak masak dinner ke?” mulutnya bertanya. Meja makan masih kosong.
                “Dah habis makan dah. Kamu sampai lambat sangat. Lagipun ummi masak untuk abah sorang je malam ni,” abah menjawab. Ek...jadi selama ni Ammar makan cam ne....
                “Nak harap Ammar pulang awal...susahlah. kebulur ummi ngan abah tunggu,”

No comments: