Wednesday, August 11, 2010

~2~

Intro Ju Hua Tai dendangan Jay Chou menjerit dari corong telefon bimbit. Nama Ammar naik di skrin.

“Assalamualaikum, Ammar”
“Waalaikumsalam. Illa sihat?”
“Alhamdulillah. Ammar sihat? Ummi ayah sihat?”
“Kami semua sihat. Illa, aku ada proposal untuk engkau,”
“Wah, ko nak bukak business ke? Boleh ko ambil aku jadi pekerja.”
“Lawak lah engkau ni. Mana ada.  Aku ada engagement proposal untuk kau,”
“Kau janganlah buat lawak. Ko nak meminang anak dara siapa ni?”
“Bukan aku la. Aduhai, nah ummi nak cakap,”
Telefon bertukar tangan dan suara ummi kedengaran
“Assalamualaikun Naqilla. Sihat?”
“Waalaikumsalam. Sihat. Ummi apa yang Ammar dok merapu pasal engagement proposal tu ummi. Dia nak gi meminang anak dara sapa pulak tu. Wah tak lama lagi ummi dapat menantu”
“Naqilla. Ammar cakap apa dengan kamu?”
“Dia kata dia ada engagement proposal. Betul ke ummi,”
“Percayalah sangat kata Ammar tu,” kedengaran ummi ketawa di hujung sana
“Ummi ni betul-betul la. Illa tanya ni,”
“Kamu balik lah hujung minggu ni. Kita discuss ye,”
“Baik ummi,”
“Dah lewat ni. Pergi tidur. Esok kena bangun awal kan,”
“Ye. Tatatatata, muah,”
“Manja anak ummi ni. Assalamualaikum,”
“Waalaikumsalam,”

Aku menjenguk ke luar tingkap, ke bawah blok di antara blok C dan D Taman Suria. Kebanyakan gerai-gerai makan sudah beransur tutup. Aku memerhati pemilik gerai di hujung sana, yang hanya menjadikan mee goreng sebagai menunya. Abang mee goreng itu wajahnya manis sekali. Murah dengan senyuman. Gerainya sahaja yang tidak punya meja dan kerusi. Semua pelanggan hanya membeli bungkus sahaja. Aku tidak pernah lagi mampir ke gerai itu. Sesekali teringin juga aku ingin merasa tetapi aku lebih suka masak sendiri. Dan setiap kali aku pulang malam, aku pastikan tidak melalu lorong yang dipenuhi gerai makan ini. Aku jadi sesak dengan keadaannya. Hanya melihat gerai abang mee goreng itu sahaja aku bisa tenang. Itupun hanya mengintai di balik langsir kamar tidur.

No comments: