Friday, August 13, 2010

~6~

Tepat 5 pagi aku terjaga. Menjenguk ke balkoni, lagi. Masih berbalam biru hitam alam di Malaysia ni. Aku terus turun ke bawah. Ummi abah belum bangun. Ammar juga. Tangan laju membuka peti ais mengambil air sejuk. Heh...bijak la kau Illa, minum air ais subuh-subuh. Tegahan dalam hati itu dibiar, laju sahaja meneguk air sejuk tadi. Sesudah minum kaki laju menaiki tangga ke bilik. Mengemas katil, mandi dan bersedia solat subuh.

Pukul 6.45 pagi, heh waktu ni aku dah tunggu bas nak pergi kerja. Bibir mengukir senyum, sekarang kat rumah la Naqilla. Langkah kaki laju menuruni tangga menuju dapur. Ibu mengeluarkan tupperware merah muda dari peti ais.
                “Ummi masak apa ni,” ramah bertanya ummi yang sibuk
                “Ni semalam Ammar bawa. Alif bagi katanya,” selamba ibu menjawab
                “Alif tu...sape ummi,”
                “Alif tu kan kawan Ammar. Kawan yang...” tak habis ayat ummi kedengaran Ammar menyampuk
                “Kawan yang aku lepak solat maghrib semalam. Lama tak jumpa dia. Dia meniaga. Dok area rumah ko jugak,” selamba je budak Amar ni menyampuk kata orang tua.
                “Ammar, ceritalah pasal bakal adik ipar aku,” hehehe...diversion baik punya
                “Ammar dah ada calon? Tak bagi tahu ummi pun,” ummi membalas. Aku hairan. Aik..bukan aku balik ni sebab rombongan merisik untuk bakal adik ipar aku ke. Wah...aku confuse.
                “Jap...jap...bukan Illa balik ni nak gi merisik bakal adik ipar ke ummi,” aku bertanya. Muka dah berkerut seribu. Aroma mee goreng memenuhi ruang dapur. Enak sekali. Api di matikan dan mee di letak dalam pinggan hidangan.
                “La...Ammar tak cakap dengan Naqilla ke?” ummi memandang Ammar
                “Illa salah faham la ummi,” Ammar menjawab, dengan muka serba salah
                “Naqilla...sebenarnya hari ini ada rombongan nak merisik Naqilla. Orangnya Alif Safwan, kawan sekuliah Ammar dulu. Dia...” belum habis ummi menerangkan aku dah mencelah
                “Hah...Illa...dirisik,” dah kelu lidah nak berkata-kata
                “Naqilla...dengar dulu ummi cakap boleh?” aku hanya mengangguk dengan muka tak percaya dan mulut yang masih menganga...aku dirisik orang...sungguh tak percaya.
                “Alif ada datang sini beberapa hari lepas. Ammar dah sampaikan hajat dia kepada ummi tapi dia tetap nak jumpa abah dengan ummi. Dia dah lama perhati Naqilla. Dia berkenan dengan Naqilla. Orangnya pun ummi tengok sederhana, baik hati dan murah dengan senyuman,” ummi menerangkan. Aku sudah mula register sikit-sikit pasal mamat Alif Safwan ni. Sederhana...baik hati...murah dengan senyuman...automatik terus muka abang penjual mee goreng terbayang di fikiran. Aduh, bukan dia lah.
                “Alif tu umur dia berapa ummi, kalau dah sekuliah Ammar mesti lagi muda kan ummi. Dia kerja apa?”
                “Aliff tu dalam 29 tahun kot. Dia ex-dip, campur asasi dia lagi tu yang lambat ambil degree. Dia tengah sambung master kat UM. Dia tutor kat U mana ntah tp sedang cuti belajar 2 tahun ni. Sekarang dia duduk kat Taman Suria, Blok B,” panjang Ammar cerita pasal Alif ni
                “Taman Suria? Blok B?” macam blok abang jual mee goreng tu je...monolog dalam hati yg x terluah.
                “Dia dok tingkat 3 jugak,” Ammar menyambung
                “Eh...tu kan rumah...” ayatku tergantung. Housemate dia kut.
                “Ye...dia la,” selamba Ammar menjawab. Ummi dah buat muka confuse
                “Tapi...” dia bukan tutor...dia penjual mee goreng dekat medan selera bawah tu. Adui...
                “Hobi dia meniaga. Dia meniaga mee goreng kt bawah blok ko la Illa. Dah dua tahun dah,” ha...kan betul
                “Ummi nak jodohkan Illa ngan penjual mee goreng?” tanyaku bersungguh. Tapi abang jual mee goreng tu memang murah senyuman pun. Manis je air mukanya.
                “Pehal ko senyum sorang-sorang tu,” alamak kantoi ngan Ammar. Ummi dan Ammar pula dah sengih.
                “Kira terima la ye,” ummi bertanya
            “Ikut ummi abah la. Illa tak kisah,” balasku pendek sambil membelek peti ais. Tengahari ni nak masak apa ek.

                “Ummi, tengahari ni nak masak apa? Peti ais kosong je,”
                “Hari ni Naqilla masak ye. Bagi bakal mak mertua rasa,” ummi terus berlalu ke hadapan
                “Alif tu suka makan apa?” Ammar hanya menggeleng. Tak tahu.
                “Ammar, jom teman akak gi pasar. Kita shopping barang dapur,” laju aku berlalu mendaki tangga, nak bersiap ke pasar

No comments: