Wednesday, November 3, 2010

~22~

             Alhamdulillah,dengan sekali lafaz sahaja aku sudah menjadi isteri kepada Alif Safwan bin Zahran. Dan aku kini bergelar Puan Nur Naqilla Yusof. Asyik sungguh aku memerhatikan baju melayu putih gading yang di pakai Alif. Sangat menarik warna itu. Ditambah pula cahaya ruang tamu yang terang benderang ni, memang Alif nampak sangat menyerlah. Saat Alif menghulur cincin, aku suakan tangan kanan, lantas aku kucup tangan lelaki yang sudah bergelar suamiku itu. Setitis airmata gugur di tangannya. Saat mengangkat wajah dia berbisik mesra ‘Jangan menangis sayang’ dan aku hanya tersenyum saat dahiku dikucup olehnya. Setelah selesai upacara bersalaman dengan semua orang, tetamu dijemput menjamu selera di khemah yang telah di sediakan. Malam ini tetamunya tidak ramai, kebanyakannya ahli keluarga sahaja. Aku terus masuk ke bilik untuk menukar pakaian tetapi tanganku di tahan oleh Alif
               “Makanlah dulu,” aku  menurut katanya. Kami makan bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain. Ramai bertanya kenapa pelamin itu tidak ada kerusi. Aku Cuma kata tak akan ada upacara bersanding. Pelamin itu untuk mengambil gambar sahaja. Usai makan dan ketika tetamu beransur pulang aku lihat si baju putih gading itu mengeluarkan dua buah beg dari bonet My-vi nya.
               “Beg siapa ni?”
               “Ni beg ibu dan ayah. Yang ini beg abang,” ibu ayah menginap disini rupanya. Aku tunjukkan bilik tetamu untuk ibu dan ayah dan untuk dia aku ajak masuk ke bilik ku.
               “Letak sahajalah beg tu tepi almari. Nak mandi?” aku bertanya. Alif tersenyum sahaja sambil menarikku duduk di sebelahnya, dia atas katil
               “Saya ni siapa?” tanya Alif
               “Suami saya lah,”
               “Awak panggil saya apa tadi?” ek...aku tak panggil dia apa-apa pun. Tak tahu nak bahasakan dirinya sebagai apa
               “Awak nak panggil saya apa? Abang?” dia bertanya lagi
               “A-b-a-n-g,” perlahan aku menyebut. Alif tergelak
               “Susah sangat ke nak sebut?”
               “Saya tak pernah ada abang. Tak pernah sebut perkataan tu,”
               “Biasakanlah mulai sekarang. Saya ni macam abang awak jugak,” balasnya perlahan sambil menuju ke arah beg dan mengeluarkan keperluan untuk mandi. Aku hanya memerhati langkahnya sehingga hilang di balik pintu bilik mandi. Sekarang aku harus memanggilnya abang. Aku pun membuka almari mengambil sehelai tuala, sehelai kaftan dan menuju ke bilik air di aras atas.

No comments: