Wednesday, November 3, 2010

14

            Minggu final di university memang sunyi. Semua orang sibuk study. Keluar bilik hanya untuk ke bilik air, makan dan gi jawab exam je. Tapi apehal lak aku tengah jogging sorang-sorang kat bukit expo yang indah permai lagi damai ni. Esok final paper, paper Dr leong. Antara paper killer semester ni. Tapi kenapa aku tak de intention nak study langsung??? Ohohohoho…Aiman Hafiz…kau ni kenapa??? Kaki masih laju menghayun langkah berlari seorang diri di track jogging bukit expo. Sambil otak memikirkan kenapa dia jogging, larian semakin perlahan dan kemudian terhenti. Namun kaki terus melangkah, berjalan seperti biasa. Sudah basah baju T kolej biru gelap itu dengan peluh. Kenapa aku ni??? Langkah di hala ke arah bangku kayu berhampiran taman permainan kanak-kanak. Termenung, merenung. Kenapa aku ni??? Kepala digelengkan laju.
               “Oit…kalau ye pun tension agak-agak la,” ek…dah lama aku tak dengar suara ni
               “Hoi…sejak bila kau sesat datang sini?”
               “Aku rindu bukit expo,”suara itu lirih sahaja namun riak wajah itu tenang, sangat tenang. Kenapa Raflee ni?
               “Kau pehal? Datang sini lepas tu berangan”
               “kau diam boleh tak. Kacau mood,” diam, senyap sunyi. Hampir setengah jam keadaan sebegitu sehingga kedengaran Raflee mengangkat punggung dari kerusi kayu itu
               “Kau nak pergi mana?”
               “Balik bilik kau la, nak tumpang mandi. Lepas tu kita keluar jom. Aku tahu kau serabut,” tanpa menoleh suara itu menjawab. Aiman terus mengangkat punggung mengikut langkah kawan lamanya itu

               “Kau masih duduk bilik ni? Aku ingat kau dah duduk luar,”
               “Masih…malas dok luar, nanti asyik berfoya-foya je aku,”
               “Yelah tu. Gaya macam kau tu memang suka lepak kat luar je. Kau kan tak suka lepak lama-lama. Kau lagi suka terbongkang atas katil nun haa…aku ni lain la. Panjang sikit langkah aku nak berjalan,”
               “Kenapa datang wei? Siap bawa baju lagi. Kau nak tidur bilik aku ke?”
               “Nafiq mana?”
               “Tidur rumah Keifli. Bosan katanya study sorang-sorang,”
               “Kau study kat mana?”
               “Bilik Hariz dan Faizal. Dengan Haiqal sekali,” aik…senyap je Raflee ni…macam ada masalah dunia je
               “Kenapa aku rasa sejak kau dah kerja ni kau senyap je,”
               “Selama ni aku bising ke orangnya,”
               “Bising tu tak la. Tapi tak la senyap macam ni,”
               “Dah la. Dah nak maghrib ni. Mandi, solat kita keluar makan. Paper esok petang kan,” selamba je mamat ni amek toiletries sambil melenggang ke bilik air.

No comments: