Wednesday, September 8, 2010

~13~

Jumaat tiba lagi. Ammar seperti biasa datang menjemput dan seperti biasa akan ada bekalan dari rumah di blok B sana. Malam ini aku mahu meminjam ummi. Aku khabarkan kepada abah, boleh tak aku ingin bermanja dengan ummi sebelum menjadi isteri orang. Abah tak kisah, siap bagi perlepasan ummi tidur dengan aku malam ni. Berbaring di paha ummi memang menyenangkan. Ummi usap rambutku perlahan. Aku merenung pekat malamdi balik tabir yang sengaja ku singkap sedikit.
                “Naqilla, kenapa ni,” Ummi bertanya
                “Tak de apa-apa ummi. Saje nak bermanja,”
                “Betul ni?” ummi bertanya lagi.
                “Ummi. Betulkan keputusan Naqilla ni ummi?”
                “InsyaAllah sayang. Alif sayang Naqilla. Ummi harap Naqilla boleh sayang Alif juga,”
                “Ye je Alif tu sayang Naqilla,” aku mencebik.
                “Naqilla, dia datang sini sebelum bawa ibu ayah dia. Dia minta restu ummi abah untuk hantar risikan. Dia benar-benar ikhlas,’ ummi membalas sambil mengusap rambutku.
                “Naqilla cuba ummi,” aku akan cuba. Jika Alif sudi menerima aku yang serba tidak ada apa-apa ni, aku juga harus cuba menjadi isteri terbaik buat dirinya.

Sabtu yang di nanti tiba. Aku bersiap seringkas mungkin. Dengan jeans dan t-shirt lengan panjang dan tudung bercorak aku turun menemui ummi abah yang dah sedia menunggu di bawah. Sampai je di bawah
                “Aik, sempoi habis hari ni. Aku ingat ko nak make up segala bagai,” Ammar ni, tak sempat nak duduk kat sofa lagi dia dah berbunyi,kepoh la.
                “Suka hati aku la nak pakai apa,” malas nak gaduh dengan Ammar. Ummi ke dapur sementara abah menghubungi Alif. Aku masih melayan celoteh Ammar dengan muka toya nak tak nak dengar dia membebel je. Dalam 15 minit selepas itu, kedengaran bunyi hon kenderaan. Sebuah My-vi hitam berhenti di hadapan pagar rumah. Abah terus menghidupkan enjin kereta dan Ammar menonong ke kereta itu. Setelah bercakap sebentar dengan pemandu, Ammar mengajak aku menaiki My-vi bersamanya. Aku menolak lantas meloloskan diri ke dalam kereta abah. Dalam perjalanan aku hanya senyap, ummi abah begitu juga. Sehingga di sebuah lampu isyarat berhampiran Subang Parade ummi mula berbicara
                “Kenapa tak mahu naik kereta dengan Ammar tadi?”
                “Nak buat apa? Tengok muka diorang aje, bosan la ummi,” aduh...malas lah nak menjawab
                “Jangan asyik mengelak Naqilla. Kenali dulu Alif tu orangnya macam mana. Kalau kamu asyik mengelak sampai bila-bila pun kamu takkan kenal dia tu macam mana orangnya,” wow...ummi macam tak puas hati sahaja dengan tindakan aku ni. Diamkan sahaja lah.

No comments: