Wednesday, September 8, 2010

~16~

“Naqilla bangun,” kedengaran suara halus mengejutkan tidurku. Sebaik sahaja mata terbuka aku agak terkejut apabila ada tangan menampar lembut pipiku. Aku toleh ke kanan, Ammar tersenyum. Huh, aku tertidur di bahunya, menyulam tangan pada lengannya. Termalu sendiri aku lantas bangun. Ammar masih tersenyum.
                “Manja rupanya kak ngah aku ni,” Ammar mengulas
                “Dah la. Nak tido,” langkah ku atur ke tangga namun tanganku di paut perlahan oleh Ammar
                “Jangan la tido dulu. Alif ada benda nak tanya kau. Aku pun sama,” Ammar membalas
                “Apanya,”
                “Ko betul-betul nak kahwin dengan Alif ke?” Ammar bertanya
                “Ye lah. Takkan nak kahwin dengan kau pulak," apa punya soalan da...
                “Masih ingat Abu Sufian lagi?” soalan cepu platinum dah keluar
                “Nama pun dah arwah. Ingatan untuk Kak Nas dan Sufian tak pernah hilang Ammar. Dia tu abang ipar kita,”
                “Tapi dia bakal suami-tak-jadi kau dulu,” provok Ammar
                “Dulu. Sekarang aku ni tunang Alif Safwan,”
                “Kau betul-betul ikhlas ke atau pasrah terima Alif?” soalan Ammar ni dah melampau ni.
                “Cuba kau tanya Alif dia ikhlas ke tidak? Kau ingat hal nikah kahwin ni boleh jadi ke kalau komitmen sorang je? Aku ni kalau tak ikhlas tak denye aku terima nak buat hantaran ni hah. Tak de nye aku offer nak jahit sendiri baju nikah tu,” aduhai budak Ammar ni...lagi mau tanya soalan cam ni.
                “Kau jahit baju nikah sendiri? Mana belajar jahit?” pergh...biar betul Naqilla ni
                “Kan...aku pandai jahit pon kau tak tahu. Esok amek baju contoh kat rumah Alif ye. Esok aku nak keluar sekejap,” lantas bangun meninggalkan Ammar termangu berseorangan di sofa.

No comments: