Wednesday, November 3, 2010

16

              Paper Dr Leong memang paper killer dan aku bernasib baik kerana semalam selepas melayan angau Raflee, dia dengan senang hatinya menjadi tutor tak bertauliah untuk subjek ni. Sampai tengahari tadi jugakla mengadap notes. Alhamdulillah…semuanya dah berlalu. My final exam dengan rasminya telah tamat untuk semester ni. Malam ni ikut Raflee balik Segambut, jumpa makcik Shidah, kasi settle hal Raflee-Izzati tu. Esok packing barang and petang tu off to JB…wah sem dah habis.
               “Kau nak pergi rumah Raflee?” Haiqal bertanya
               “Yup…nak join ke? Kalau tak de apa-apa meh la…segan jugak aku nak jumpa makcik Shidah tu sorang-sorang,” Haiqal dah tergelak
               “Kau pergi sorang la. Aku nak kemas barang. Lagipun ade hal sikit nak kuar ngan Hariz ngan Faizal…celebrate. Kirim salam keluarga Raflee,”
               “Ok…” kaki ku hayun dengan wajah ceria. Ek…bas baru je lepas…hari ni motor aku bagi Haiqal pakai…aku nak pergi rumah Raflee…dalam kol 5 nanti dia pick up, kenala balik kolej naik bas. Perhentian bas itu hanya diisi oleh aku dan seorang wanita berbaju kurung putih. Tetiba
               “Amacam paper Dr Leong?” ek…Syaf
               “Ok la…dapat bantuan luar di saat akhir,”
               “Raflee???”
               “Mana tahu?”
               “Nampak dia kt bukit expo. Nampak dia kat kolej,”
               “Owh…paper last ni ok?”
               “Ok la…jangan buat jatuh pointer sudah,”
               “Tak jatuh mana pointer kau tu kalau takat dapat A- je,” terus Syaf tergelak…senang hati…final exam dah habis kan, mesti la senang hati. Comel jugak dia ni kalau tersenyum, gelak lepas macam ni. Nampak happy je…senang hati orang memandang. Pitttttttttttt…sapelah hon kereta tak beragak ni…
               “Oit…kot ye pun nak dating, pergilah cari tempat strategic sikit. Tak yah la wat drama bawah pokok Callerya atropurpurea ni,” huh…bila la pulak si Raflee ni datang. Aku terus menuju ke pintu kereta.
               “Cik…nak balik kolej ke? Meh la…saya pun nak blik kolej hantar budak ni jugak,” laju je Raflee pelawa Syaf
               “Tak pe la encik. Bas banyak,” hahahahahaha…muka kelat je Raflee dengar jawapan Syaf
               “Meh la Syaf…lambat lagi bas tu. Lagi cepat kau masuk kete ni, lagi cepat kita balik, lagi cepat kau boleh packing, lagi cepat boleh balik rumah,” harap-harap nak la budak Syaf ni naik. Dengan langkah longlai si baju kurung putih masuk jugak persona Raflee ni.
               “Amacam exam cik? Ok?” Raflee cuba berbahasa
               “Ok je. Kau bukan kat Sabah ke? Cuti ke?” ha…kenal pun…
               “Nope…no longer kat Sabah. Dah balik sini for good,” pendek jawapan Raflee. Sampai je parking kolej,
               “Thanks tolong hantar balik,”
               “Satu tempat pun. Tak de hal,” selepas mengangguk, Syaf terus melangkah ke blok perempuan.

No comments: