Wednesday, November 3, 2010

13

Di kolej

               “Aaaaahhhhh...” aik...pekehal pulak la budak Juju ni.
               “Jom keluar...gi makan sate ke...gi lepak2 ke...aku bosan,”
               “Kau senget ke apa. Exam hari khamis okay?”
               “So...bukan esok pun...Khamis next week kot. Ni baru hari Isnin,”
               “Baru je start study semalam, dah senget benget otak kau. Kata tak confident, tapi gaya belajar macam dah confident habisan je,” hari tu merungut susah...hari ni tak tahan study lama...apa yang Juju ni nak bagitau aku sebenarnya.
               “Sebab aku tak senget la aku nak ajak kau keluar. Lagi lama aku dok tecongok membaca notes tu, bertambah senget la kepala aku, bersimpul urat saraf nun. Kau pun kena keluar jugak...jangan nak study sampai neuron kau tu cramp pulak, aku yang nyaya sat lagi,” hahahahaha, ada pulak neuron boleh cramp,urat saraf bersimpul...Juju ni memang pandai buat lawak bio la tengah-tengah study ni. Memang lawak berkualiti budak universiti.
               “Tolonglah aku Syaf...aku nak keluar...tepu dah ni,”
               “Malam karang la kalau nak keluar pun. Kot ye pun kau dah meroyan nak makan sate beragak la jugak. Dah nak senja ni. Lepas maghrib la,”
               “Okay...”

               “Oit...ni bukan jalan nak pergi tempat nak makan sate...ni nak pergi shopping complex ni,”
               “heh...aku tukar fikiran la...apa kata kita makan piza, lepas tu tengok movie...hah...nikmat,”
               “Kau ni memang sungguh menduga kesabaran aku. Makan je dah sejam, nak tengok movie paling cikai dah dua jam. Bila pulak nak studynya?”
               “Jangan lah sentap...malam ni kita berhibur...esok balun la study...”sedap je budak Juju ni buat plan tak bagi tahu aku.
Sampai kat shopping complex, makan, tengok wayang. Huh...dah kol 11.30 malam.
               “Balik la wei...aku ngantuk,”
               “Kau ni...tengok wayang ngantuk. Tengok notes tahan pulak mata kau tu sampai 2-3 pagi,”
               “Simpan je bebel kau tu boleh tak,”mata dah tak tahan...cepatlah sampai kolej...terasa macam katil melambai suruh tidur je...

No comments: