Wednesday, September 8, 2010

~20~

     Hari ini hari terakhir akhir aku datang ke pejabat sebelum bercuti seminggu, cuti kahwin. Esok kena ambil baju di Subang Parade. Lusa kena hantar tempahan hantaran Alif. Tulat hari nikah. Hari selepas itu kenduri di rumah. Memikirkan jadual yang begitu memenatkan itu buat aku hampir ketinggalan bas.
     Sampai di Taman Suria aku terus menuju ke blok D dan mendaki ke tingkat 3. Aku masuk dan perhati rumahku yang serba kosong. Kebanyakan pakaian sudah aku angkut semula ke rumah ummi. Dan yang tinggal hanya sedikit sahaja barangan yang perlu diangkut ke blok B sana. Esok selepas ambil baju kami akan memindahkan semua harta peribadi ku ke blok B sana. Yang mungkin tak penuh pun satu bonet kereta Ammar. Dalam jam 10 malam nanti Ammar akan datang menjemput, pulang ke rumah ummi. Aku harus bersedia. Sebuah beg besar sudah aku siapkan awal-awal lagi di tepi pintu. Aku mandi, solat dan bersiap untuk pulang. 

No comments: