Wednesday, August 11, 2010

4

Ada budak lelaki dalam kumpulan ni, agak-agak boleh harap tak. Kalau dah kerap datang lab lambat tu, nak harap apanya. Aku tak suka orang pemalas. Jadi parasit je dalam kumpulan. Kena pulak sessi 7 ngan 11 dengan aku, siaplah kalau nak escape, aku buang nama kau dari kumpulan ni. Dah la minggu 2 pun lambat. Monolog dalam hati Syaf tak siapa yang tahu. Mencari perbezaan normality dan molarity dalam penyediaan bahan kimia di internet. Pening la pulak. Prof Sulaiman kata ada beza benda tu, tapi aku macam tak jumpa je apa bezanya. Tiba-tiba terasa ada orang duduk sebelah. Adoi, apa la la yang dia nak ni
                “Kau nak apa?”
                “Nak belajar macam mana kau buat kiraan alcohol tu,” dah agak dah
                “Kan pakai percentage je. Kira je la berapa percent alcohol berapa percent air,” mudah punya calculation pun nak tanya ka
               “Aku tak reti la. Kimia dah karat,” hadoih...payah nye ada ahli kumpulam macam ni.
                “Hissyyy...kau ni...kalau tak menyusahkan aku tak boleh ke,” aku pun baru je nak belajar balik benda ni, aku pun dah karat jugak, tapi pandai-pandai la cari inisiatif belajar sendiri, itulah cara belajar universiti. Dengan baik hati la aku terangkan pengiraan lepas dah tengok muka redha Aiman ni kena kutuk ngan aku.
                “Dah faham?”
                “Yup...owh...cam ni rupanya,”
             “Kau ni bercakap, macam tak pernah belajar kimia je,” oopppss...agak-agak dia dengar tak
           “Kan aku dah kata, kimia aku dah karat,” heh...kalau karat gi lah gilap sendiri, takkan aku kena gilapkan pulak. Akhirnya Aiman berlalu, terus ke Hanis dan Wani yang tengah sibuk tu.

Aku bukannya anti sosial, lebih jauh lagi anti lelaki. Aku cuma benci, tak suka orang pemalas. Jadi parasit dalam kumpulan. Dapat markah sama tapi buat kerja tak de. Aku tak suka macam tu. Kalau nak masuk group aku kena ada inisiatif sendiri untuk belajar. Jangan harap orang suap semua benda. Lebih-lebih lagi budak-budak lelaki ni. Bukan nak mengutuk. Ramai je yang rajin, ada inisiatif nak belajar. Tapi ada jugak yang sengal, minta lecturer suap sepanjang masa. Buat susah aku je dapat groupmate macam tu. Nasib baik Haiqal sem lepas ada jugak la hati nak belajar sendiri, cari rujukan segala bagai, kalau tak,mau aje aku cancel nama dia dari lab report ento patho sem lepas. Ni budak Aiman ni, kemalasan nak datang lab tu dah nampak dah, tinggal dia ni tak malu nak belajar, walaupun aku kutuk. Boleh la kot nak terima dia ni. Buatnya dapat si Nafiq yang memang pemalas tu, maunya aku sepak keluar lab ni. Heh...nasib la Aiman, kau bertemu ‘dragon lady’ sem ni. Doa la banyak-banyak kau selamat.

No comments: