Wednesday, August 11, 2010

1

Seperti biasa, kaki melangkah malas menuju makmal. Malas nak mendaki tangga. Dah la lab kebanyakannya ditingkat atas sekali. Jenuh mendaki tangga. Sampai je di pintu lab, salam diberi dan kaki melangkah masuk. Seperti biasa juga, dia orang terakhir sampai dan hanya satu sahaja kerusi kosong yang tinggal, dibarisan hadapan sekali bersama-sama budak-budak perempuan yang skema. Heh, skema la sangat. Budak perempuan ni suka duduk depan sebab kalau diorang tidur tak de budak lelaki gelakkan, yela tak de budak lelaki nampak, nak gelakkan apanya.
        “Ok...buat kumpulan dalam 6 orang.  Kita start amali berkumpulan ye,” laju kepala menoleh ke geng lelaki di belakang. Dua kumpulan bdk lelaki dengan 6 orang ahli. Hmm...nampaknya aku kena la group ngan budak perempuan.
         “Tak de group lagi kan. Meh join kumpulan kitorang,” ek...yang mesra alam sangat ni sape pulak. Owh..pakai spek rupanya budak ni.
           “Kau pakai spek rupanya. Aku ingat ko ni ok...tak rabun,” pergh...tenung macam nak bunuh orang je gaya.
        “Rileks la Man. Macam kau tak kenal Syaf. Dia kan sentap memanjang. Anyway, selamat bekerjasama. Aku dapat rasa ko akan merasa ‘azab’ dalam kumpulan ni,” selamba je budak Juwairiyah ni komen. The rest of the lab kebanyakkannya kami bincang tentang jadual nak buat lab. Kebanyakannya memerlukan masa yang lama, jadi kena guna jugak lab ni diluar waktu pejabat. Setelah sepakat, aku dapat tiga sesi lab, yang pertama dengan Juju, yang kedua dan ketiga dengan Syaf. Owh...lupa nak bagi tau, Syaf ni nama penuh dia Syafiqah binti Mohd Farish. Dia ni sebenarnya suka dok depan sebab senang nak tidur, itu kata budak lelaki la. Budak perempuan kata pulak, dia ni jenis cepat pick up, sebab tu dia suka tidur dalam kelas. Aku pun tak tahulah dia ni macam mana orangnya, tapi memang lab report dia ni selalu dapat top sebab dia banyak buat rujukan kat library.
        Ahli group aku yang lain adalah Juju, Hanis, Wani dan Zu. Juju ni khabarnya bijak jugak orangnya tapi pelupa. Selalu tertinggal notes la, lab manual la kat merata-rata tempat. Nasib baik hidung, mulut melekat kat muka, kalau tak tertinggal jugak kot. Hanis tu senyap, tak banyak cakap, ayu je, tapi kalau dah mengamuk mulut tak berhenti nak membebel, itu kata budak-budak lelaki la. Wani ni pulak kecoh, memang sangat kecoh. Tapi kalau bab ambil data dia memang particular, even pegang caliper salah pun dia boleh tegur. Zu pulak rupawan, paling cun lah antara semua siswi kelas aku ni tapi senyap yang amat. Kadang tu macam tak de perasaan pun ye jugak. Monotone je muka dia. Aku pulak the only teruna tersesat dalam group ni, memang azab la gamaknya.

         “Bro...amacam group budak skema? Mesti terbaek kan...” elok je Nafiq komen sehabis lab. Lab hanya akan bermula ikut jadual setiap kumpulan minggu depan. Sessi aku pulak kena minggu 4, 7 dan 11. Hah, masak. Kena part-part yang susah pulak tu. Macam saje je budak Juju tu susun jadual tadi.
           “Terbaek hotak kau. Macam Juju cakap la, azab aku dalam group tu,”
        “Juju cakap cam tu? Macam tak caye je. Dia bukan memang sentiasa group dengan Syaf yang super serius tu ke,” Keifli pulak komen
         “Sebab dah kenal minah super serius tu lah dia cakap cam tu. Mesti kau susah nak cope dengan minah tu kan. Lab session kau dengan siapa?” Ammar ni pun sama, tak de rasa nak damaikan jiwa aku yang tengah tak tahu lah nak kata cam mana.
        “Minggu 4 dengan Juju, minggu 7 dan 11 dengan Syaf. Habislah aku,” aku meraup muka, lama.
      “Relaxla bro...tak mati kau group ngan Syaf tu. Banyak benda boleh belajar. Percayalah. Aku ni, dah dua kali group dengan dia untuk subjek yang berbeza, aku tahu lah. Dia tu banyak idea, cepat pick up, otak geliga. Janganlah sentap. Mula-mula je dia serius, nanti-nanti dia ok je tu,” jawab Haiqal selamba.
         “Kau boleh lah tahan dengan dia sebab kau memang penyabar. Kalau tahap kesabaran senipis kulit bawang macam abang Aiman Hafiz kita ni, maunye tak tahan oi,” Nafiq ni macam nak mengapi-api je. Tapi betul jugak, aku ni tahap kesabaran jauh lagi nipis dari kulit bawang ha. Hadoih...ujian mental dan fizikal semester ni.

          

No comments: