Wednesday, November 3, 2010

15

               “Aku nak kahwin,”
               “Hah…kau jangan buat lawak setengah sen kat sini,”
               “Betul la…aku tak tipu. Kau ingat kenapa aku tinggalkan bumi Sabah yang indah permai tu kalau bukan sebab ni,” selamba giler Raflee ni kata dia nak kahwin. Padanlah pindah balik Semenanjung, semata-mata nak kahwin? Cam pelik pun ada
               “Congratz la bro…dah ada kad nanti jangan lupa bagi. Confirm aku datang,”
               “Tapi aku tak cakap lagi kat dia aku nak kahwin dengan dia,”
               “Hah…kau nak kahwin…tapi kau tak cakap lagi dengan the bride yang kau nak kahwin ngan dia? Kau ni betul-betul la…jangan buat lawak wei…bilanya kau nak bagitahu the bride tu?”
               “Aku dah bagi tahu umi abah dia. Tapi aku tak bagitahu dia lagi. Agak-agak dia reject aku tak,” pantas wajah serabut tu memandang tajam ke arah aku…apa hallah pulak Raflee ni
               “Apasal kau cuak. Try la cakap dulu. Dia siapa sebenarnya, aku kenal ke? Kenapa kau sangat takut kena reject dengan dia?” Raflee ni…tak banyak kisah dia dengan perempuan…melainkan budak dari zaman sekolah rendah yang dia masih tak nak lupa tu je…
               “Dia…Izzati…ala…yang kawan aku waktu sekolah rendah tu…yang aku kata garang giler tu…dia…doktor …”
               “Mak aih…doktor tu…seingat aku dulu kau punyalah menyampah dengan dia. Eh…bukan menyampah…takut…amacam boleh suka lak?”
               “Tahun lepas…ayah buat family gathering…esoknya jemput pulak keluarga Izzati tu datang. Dia…dah tak garang dah…dia dah kurus…dia dah lain…tapi, aku suka dia…aku rasa aku memang suka dia dari dulu kot…kitorang keluar jalan2 jap…aku rasa…aku memang suka dia dari dulu sampai sekarang. Aku tak rasa aku sanggup nak tengok dia dengan orang lain,”
               “Jadi-jadilah angau tu. Cakap je lah terus terang. Tak payah susah-susah. Lagipun mak ayah dua-dua pihak dah tahu kan,”
               “Aku pernah cakap, tapi dia ingat aku buat lawak. Dia pun malas nak layan dah lepas tu,”
               “Ni dia tau tak kau dah pindah sini?”
               “Tak…pe kes nak bagi tau dia?”
               “Kata nak kahwin dengan dia, mestilah bagi tau. Kau balik sebab dia, sebab nak kahwin dengan dia. And you are damn serious, this isn’t joke anymore. Gi lah cakap,”
               “Aku malulah…lagipun dia busy…dengan kerja lagi, nak apply specialist lagi. Aku tak nak bagi dia serabut,”
               “Kau tak nak bagi dia serabut tapi sekarang kau yang serabut kuasa dua. Pergilah bagi tahu…kau nak aku ikut ke?”
               “Boleh ke?”
               “Lepas exam boleh la kot,”
               “Eh tak payah lah…aku melawak je,”
               “Muka kau tak de rupa melawak pun…kau ni…sila berpijak di bumi nyata…bercakap macam tengah atas angin je…” nasi goreng kampong aku ni dah nak habis dah, tapi kuew tiao kung fu dalam pinggan Raflee suku pun dah luak lagi.
               “Pergilah cakap dekat dia. Jangan biar macam ni. Aku risau tengok kau ni,” tiba-tiba Raflee senyum…laju je mengadap kuew tiao kung fu . Dia ni memang la…kejap serabut…sekelip mata boleh bertukar normal semula…
               “Yang kau senyum sensorang ni pehal pulak?” aku memang confuse tengok kawan aku yang sorang ni. Tadi monyok semacam, sekarang boleh pulak tersenyum sampai telinga.
               “Tu hah…dia…tiga meja belakang kau,” ek…the bride ada di tempat kejadian? Wah…nak tengok. Serentak itu kepala dipalingkan ke belakang konon seperti ingin memeriksa kaki kerusi yang diduduki tapi mata pantas mencari si gerangan the bride…ek…ada gadis berblouse putih panjang, berjeans biru dan bertudung biru lembut. Itukah dianya???
               “Yang white-blue tu ke?”
               “Yup,”
               “Cun siot,” tajam mata Raflee merenung
               “Ok2…memang lawa giler awek tu. Sape teman semeja dia tu?”
               “Ntah…kawan sekerja dia kot…sape…Suehaily klu tak salah,”
               “Serius baik kau cepat…aku rasa kau lambat sikit je memang kena rembat la awek kau tu,”
               “Huisyy…cakap tu tengok kiri kanan sikit. Sejak bila dia jadi awek aku? Kau ni pun,”
               “Esok aku ikut kau balik rumah. Meh aku cakap kat makcik Shidah, kau berkenan ngan doc cun tu. Biar aku propose kat mak kau gi masuk meminang. Senang cerita,” Raflee hanya senyap, mengadap kuew tiau kung fu yang macam tak boleh nak habis tu

No comments: