Wednesday, September 8, 2010

11

“Syaf…aku tak confident la sem ni,”
                “Ko pehal, cakap pasal confident bagai. Ko jadi wakil U ke debat intervarsity? Cuak semacam je,”
                “Tak de lah. Ni lah first sem kita amek full subjek wood tau. Aku cam tak confident je nak jawab final. At least kalau ada subjek lain bole gak back up kalau kantoi. Ini…adoi,”
                “Sekarang baru kau nak menyesal? Patutnya dari awal sem hari tu lagi kau cakap macam ni. Ni bila dah nak final baru cakap. Sekarang ni x yah confident pun tak pe. Ko kan dah hantar assignment semua. Lab report pun dah settle semuanya. Tinggal berapa percent je lagi ko nak lulus boleh pulak kau kata tak confident hanya kerana beberapa soalan final yang susah tu. Tak berbaloi usaha satu sem tu kalau sekarang baru kau nak rasa tak confident tu. Patutnya waktu nak final ni cuba la kata ‘ tahniah sebab berjaya siapkan semua assignment yang sangat susah dan lab report yang menduga akal’ kepada diri sendiri. Baru la tenang hati, lapang dada nak jawab final,” aik…aku bagi motivasi boleh pulak budak Juju ni bantai gelak
                “kau ni sungguhlah…tak de ketokohan nak jadi pakar motivasi. Cakap ikut kepala kau je. Cubalah kau suruh aku tenang, minta Allah tenangkan hati, doa selalu, qiam lebih kerap. Ini…adoi…ayat kau ni buat orang gelak je la,”
                “Aku cakap benda betul, realiti. Tak guna kalau kau nak rasa cuak tak beringat hanya kerana lima enam soalan final yang susah tu. Susah tu pulak depends on persediaan kau lah. Kau ready, baca and faham notes mudah lah jadinya. Kalau asyik dok spot soalan apa nak keluar, soalan macam mana nak keluar tu memang tak guna kot, kau bukannya ada kuasa psikik ke apa nak masuk dalam kepala otak lecturer tu sambil fikir apa dia nak masukkan dalam final. Guna otak dengan cara yang bijak sikit. Be ready. Yang kena doa banyak-banyak, qiam kerap tu bukan nak final je Ju, kalau boleh ingatkan diri hari-hari. Tak ikhlas namanya kalau nak final je baru ingat nak qiam,” dush-dush-dush berdas-das bidikan Syaf mengenai sasaran.
Semua yang dia cakap tu betul. Cuma aku je yang malas nak ingatkan diri sendiri. Aku sebenarnya inspired untuk study lebih tekun ni sejak jadi roommate Syaf ni sem lepas. Mula-mula tengok muka macam rebel habisan la konon, alih-alih minah library rupanya Syafiqah ni. Aku pun tak tahu asalnya dia ni duduk bilik mana. Dia cuma kata sebelum ni dia duduk luar, dia pindah masuk Kolej sebab tak dapat cari housemate. Aku pun cam pelik je, senang pulak pihak Kolej bagi dia masuk kolej ni. Papepun dia memang best. Rajin je ajak aku makan kat tempat baru. Harap badan je kecik tapi selera makan…huhuhu…besar kot…lagi besar dari aku yang memang besar ni.

No comments: