Wednesday, September 8, 2010

~14~

Sampai di Subang Parade, ummi membawa kami semua ke butik temannya di situ. Dapat diskaun, boleh la nak membeli dalam butik macam ni. Kalau tak de diskaun, nak masuk pun tak berani. Aku ralit membelek kain lace berwarna baby blue dalam rak yang agak tersembunyi sehingga terdengar ummi memanggil. Aku keluar dan ummi pun mula bertanya macam-macam
                “Baju nikah nak warna apa? Baju walimah warna apa? Nak kain songket, sutera atau lace?” aduhai ibundaku tersayang anakmu ini fail bab-bab memilih kain dan warna.
                “Ummi sahajalah yang pilih,” mendengar jawapanku semua orang senyap. Ammar, Alif, abah dan ummi semua memandangku. Aik...aku salah jawab ke??? Melihat muka Alif yang sedikit hampa itu membuat aku rasa bersalah. Akhirnya dengan keluhan kecil aku bersuara. Nak sangat tahu taste aku kan, kalau tak suka jangan komplen
                “Macam ni lah ummi. Memandangkan nikahnya malam dan walimahnya esok hari, apa kata kita buat sepasang baju je,” jimat duit sikit. Aku ni dah tahap tak ade duit sangat ni.
                “Mana boleh. Mana sempatnya nak kering baju kamu tu kalau nak basuh malam. Lagipun takkan nak bersanding pakai baju nikah,” ummi memprotes.
                “Ummi, Illa tak nak bersanding la,” makcik pemilik kedai pulak dah menganga mulut.
                “Macam ni sajalah. Kita tak payah bersanding. Tak apa. Tapi saya harap biarlah tempah baju nikah dan walimah tu lain-lain pasang ye,” solusi Alif seolah-olah memujuk aku dan ummi yang tak sepakat. Aku lantas tersedar kesilapanku yang menyinggung hati ummi. Aku lantas memeluk bahu ummi dan berkata
                “Macam ni lah ummi. Kita buat dua pasang baju. Satu baju nikah, satu baju walimah. Naqilla nak kedua-duanya sutera sahaja, tak nak lace. Rimas. Lagipun tak payah risau nak beli kain lining. Kan ummi,” aku memeluk ummi lebih erat
                “kamu nak baju nikah warna apa,”
                “Putih gading,” serentak aku dan Alif menjawab. Aik, macam berjanji pulak. Seisi kedai yang mendengar tergelak. Alif hanya tersenyum.
                “Baju walimah nak warna apa?” Alif bertanya. Abah sudah tersenyum.
                “Baby blue boleh?” jawabku
                “Yang macam kain lace awak tengok tadi ke?” aik...dia Nampak ke tadi?
                “Warna macam tu tapi nak kain sutera biasa sahaja,” balasku. Jenuhlah satu kedai tu kami tawaf,mencari kain yang sesuai. Akhirnya sepersalinan putih gading ummi pilih untuk majlis akad nikah. Walimah pulak Alif memilih kain sutera timbul baby blue yang sangat menawan untuk persalinanku. Untuk dia pulak kain satin rona senada dan kain samping biru-hitam-ungu. Sangat menarik. Kain samping itu aku yang pilih tau.
                “Ummi baju yang ni biar Naqilla jahit ye,” aku memegang sepersalinan putih gading tadi. Ummi buat muka pelik. Hehehehehe...aku sebenarnya pernah belajar menjahit baju kurung pesak dari nenek kak Jaja. Aku teringin nak jahit untuk baju nikah sendiri. Ummi buat muka confuse dan meminta agar kain itu dibungkus. Wah, baru buat baju dah banyak aku berhabis. Keluar sahaja dari butik ummi dan abah memohon diri bertemu ibu dan ayah Alif untuk menguruskan hal-hal kenduri yang lain. Kad Ammar sudah tolong uruskan awal-awal lagi dan sudah siap diedarkan pun. 

No comments: