Wednesday, September 8, 2010

9

 Study week menjelang tiba. Semua assignment, lab report dah submit by week 13. Kira memang tenang habis la nak study. Aku sekarang banyak study ngan Haiqal, Hariz dan Faizal. Walaupun Hariz dan Faizal bidang lain, kami suka study sama-sama. Bukannya buat study group pun, tapi sekadar study bersama.
                “Aku ingat nak balik rumah la. Tiba-tiba rindu opah pulak. Lama tak jumpa opah aku doh,” hei...time tengah study ni la teringat opah...memang sengat la budak specky Faizal ni
                “Kalau kau balik, aku pun nak balik jugak. Boring kot study sorang-sorang kat bilik ni,” aik...Hariz pun nak balik? Ape ke hal kawan-kawan aku ni
                “Apa kata, Haiqal kau ikut aku balik. Kita semua balik kampung. Boleh study dengan aman damainya di rumah,” heh...semua balik barulah adil
                “Man, tak payah la. Kau balik la...aku stay sini je,” isyy...budak Haiqal ni. Aku lepuk jugak kang...
                “Kau tak payah nak jaja cerita anak yatim tu lagi. Aku ni, keluarga aku tu, dah anggap kau ni macam anak sendiri. Along ngan angah tu hah, kalau call asyik tanya kau je. Boleh tak bagi hati aku ni aman damai jap, ikutlah aku balik. Ibu pun bising kalau kau tak balik sekali dengan aku,” Haiqal sememangnya anak yatim piatu. Dia kawan aku yang paling lama sekali. Berjumpa di SMS Johor, aku terus rapat dengan dia. Setiap kali cuti aku akan ajak dia balik rumah. Along, angah achik ngan adik aku semua sayang dia macam sayang abang adik sendiri. Tapi yelah, dia masih lagi inferior, tak begitu terbuka dengan orang. Cuma dengan ibu sahaja dia kalah. Ibu, kalau nak motivate orang, kalah pakar motivasi yang sering muncul kat tv tu.
                “Yelah...aku ikut,” senyum je Haiqal kalau kata nak balik Johor. Sebab semua orang dalam rumah aku tu sayang dia.
                “Sunyilah bilik ni. Semua nak balik. Wei Man, kau balik sini bila?” Faizal bertanya
                “Hmm..hari ni Ahad. Minggu exam hari Rabu kot. Paper aku hari Khamis,” aku menolah ke arah Haiqal, dia mengangguk. Faizal dan Hariz juga balik Rabu, paper first diorang hari Jumaat. Kira boleh lagi la nak study kat kolej, masih sempat.

No comments: