Wednesday, August 11, 2010

8

Sesi lab anatomi seterusnya berjalan lancar. Kumpulan kami memang mendahului kumpulan lain. Siap boleh anjak jadual seminggu lagi awal. Kerja aku yang terakhir untuk lab ni hanyalah prepare report. Tapi along the way nak siapkan lab ni aku tak pernah ponteng lagi la. Setakat ni muka aku sentiasa ada tercongok di setiap sesi walaupun bukan tugas aku. Nak belajar, buatlah cara nak belajar. Sekarang pun aku dah banyak jumpa Prof. Sulaiman, Dr. Zailina dan lecturer lain untuk recall balik benda-benda yang dah terlepas. Nasib baik la semua ok, tak de nak marah-marah. Aku dengan budak Syaf ni pun dah isytihar gencatan senjata, dah tak de gaduh-gaduh. Banyak berbincang dan berkongsi pendapat. Lagi-lagi nak siapkan report ni. Memang la banyak kena cari rujukan.
           “Dah buat salinan untuk semua ke report ni?”
           “Dah, aku dah edarkan semuanya. Yang original dah hantar ke Dr. Razali. Kau dah dapat copy kau kan?” aisyy...jangan dia kata tak dapat. Aku pass kat Juju tadi.
           “Dah...ada kat Juju. Ok...terima kasih kerana menjadi groupmate yang supportive. Thanks for your cooperation and hard works. Good luck for final exam,” pergh...macam lecturer je gaya cakap...serius semedang.
           “Tu je...ingatkan tadi nak belanja,” huhuhuhu...jangan minah ni mengamuk sudah
           “Pe kes? Tak gentleman langsung kau ni. Patutnya, aku yang perempuan ni minta belanja kat kau. Apo da,” ek...betul kah Syaf yang cakap macam ni. Cam tak percaya je. Mata memang terbelalak sebentar melhat minah tu dengan coolnya menutur kata tadi.
           “Kau janganlah pandang aku macam tengok alien je gaya. Aku ni manusia jugak ngok. Reti la jugak nak keluar ayat-ayat orang muda cam tadi,” pergh...memang cool giler...adakah aku sorang saje yang pernah dengar dia cakap macam ni? Owh...ek...dah blah dah? Aku ingat sungguh nak suruh aku belanja...selamat duit aku.

No comments: