Monday, August 16, 2010

~11~

Entah berapa lama aku tertidur, sedar-sedar ibu sedang mengusap rambutku. Aku peluk tubuh ibu. Teringat pelukan ibu Alif tadi, makin kejap tubuh ibu aku peluk.
                “Pandai kamu ambil hati Puan Zuraidah. Sayang betul dia kat Naqilla,” ummi mula berbicara
                “Mana ada ummi,” aduh ummi ni. Aku tak buat apa pun.
                “Naqilla jangan rasa terpaksa ye sayang. Kalau tak setuju katakan sahaja dengan ummi. Ummi boleh menolak,” ummi masih mengusap rambutku
                “Tak la ummi. Naqilla terima. Naqilla redha. Naqilla yakin dengan keputusan ummi abah. Naqilla terima seikhlasnya,” betulkah Naqilla???jangan berkata macam-macam...
                “Terima kasih Naqilla,” ummi mencium kepalaku. Lantas turun dari katil. Aku bingkas bangun untuk menunaikan solat asar.

No comments: