Wednesday, August 11, 2010

~3~

Jam loceng berbunyi tepat pukul 5.00 pagi. Dengan malas aku membaringkan semula tubuh diatas katil single bercadar biru kotak-kotak. Ada lebih kurang sejam sebelum azan. Aku keluar, menyarung tudung dan menjenguk ke balkoni di ruang tamu. Hanya beberapa buah rumah yang sudah menyala lampunya. Termasuk rumah abang penjual mee di seberang jalan sana. Di manakah dia bekerja sebenarnya. Aku jarang terserempak dengannya di stesen bas. Takkanlah penjual mee goreng nak naik bas ke sana-sini. Pasti dia punya kereta untuk bergerak. Aah, biarkanlah dia. 

 Aku lantas mencapai tuala di bilik untuk mandi dan bersedia ke tempat kerja. Tepat sahaja selepas azan aku terus solat subuh. Usai solat subuh aku terus ke dapur, menyiapkan air koko dalam bekas air yang akan ku bawa ke tempat kerja bersama roti bakar. Aku harus keluar sebelum 6.45 pagi untuk mengejar bas yang pertama keluar untuk setiap hari. Kalau aku naik bas 6.45 pagi, jam 7.15 aku sudah sampai di Open Tech Pharmaceutical Labs. Perjalanan setengah jam itu aku gunakan untuk mengingat kembali andai aku ada agenda penting sepanjang hari di pejabat.

           “Cik Naqilla, Assalamualaikum,” tegur pak cik Ibrahim, jaga di tempat kerjaku
           “Waalaikumsalam. Pakcik dah sarapan? Office dah buka kan pak cik?,”
           “Sudah. En Khalid sudah sampai,”

         Aku mengangguk dan terus melangkah ke fasiliti makmal yang berada dalam lingkungan kawasan industri itu. Sebagai penolong pengurus aku tidak banyak terlibat dengan aktiviti testing di laboratori. Aku hanya memantau sahaja kerja-kerja klinikal dan testing yang dijalankan. Aku hanya perlu pastikan dateline di penuhi, bayaran diterima dan pelanggan terus ada untuk company a.k.a lab ini. Kerja-kerjaku banyak dibantu oleh Zulhusni, pegawai pemasaran dan Kamarul Khalis, ketua unit makmal dan pengujian. En Khalid pula pengurus merangkap pemilik makmal ini. Hanya kami berempat sahaja pegawai atasan di fasiliti lab ini. Selebihnya adalah chemist dan biologist yang menjalankan kerja-kerja klinikal. Dan kebanyakan mereka adalah perempuan. Oleh itu, aku lebih banyak bergaul dengan mereka berbanding pegawai atasan lain.
           “Naqilla, awalnya sampai,” tegur En Khalid yang baru keluar dari pantry.
           “Beginilah kalau naik bas En Khalid. Kena keluar awal,” balasku
        “Waktu masuk kerja kamu kan pukul 9 pagi. Masih banyak masa lagi ni,” lantas dia berlalu masuk ke biliknya. Aku juga meneruskan langkah ke bilikku sendiri. Waktu pagi-pagi begini banyak kerja yang boleh aku siapkan sebenarnya. Tangan pantas membuka PC dan aku tenggelam menyiapkan quotation untuk Syarikat Berjaya Sdn Bhd. Baru sahaja file itu aku save terdengar ketukan di pintu bilik. Laily menjengulkan muka.
           “Jom breakfast,”
Aku hanya mengangguk sambil mengeluarkan bekalan sarapan yang aku bawa dari rumah. Aku singgah ke pantry mengambil beberapa keping cheese dan langkah terus di atur ke ruang menunggu yang dipenuhi chemist itu.
         “Illa bawa apa breakfast hari ni,” tanya Insyirah saat aku melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi yang kosong.
           “Roti bakar dengan air koko. Nak makan dengan cheese ni,” balasku ringkas
           “Tak de menu lain ke Illa. Balik-balik roti,” Laily protes
           “Aku tak rajin macam korang nak masak macam-macam pagi-pagi,”
         “Bila kau sudah bersuami pasti kau akan masak macam kami juga,” Mardhiah dan Laily mengenyitkan mata ke arahku
         “Sebab itu aku belum berkahwin lagi. Eh Kak Ja dah datang?” balasku sambil menyuap roti berinti cheese itu. Semua senyap mengadap menu breakfast masing-masing.
          “Dia minta MC hari ni. Dia dan siapa nama adik dia tu, Wawa cirit birit. Aku dah isi borang dia. Jap lagi aku bagi ek. Ok aku dah sudah. Testing aku hari ni lama. Tak boleh bertangguh,” Laily membalas sambil bangun membawa tupperware bekalannya. Aku mengikut langkah Laily, dan kembali ke bilik. Masih ada quotation untuk dua company lagi yang perlu aku siapkan pagi ini.

No comments: