Monday, August 16, 2010

~12~

Hari ini bas lambat lagi. Aku sudah menunggu sejak pukul 7.45 malam tapi tiada satu pun bas yang lalu. Sekarang sudah hampir 9 malam. Ikutkan hati mahu sahaja aku call Ammar suruh hantar balik tapi kesian dia. Terpaksa bersusah payah demi aku pula. Stesen bas ni dah makin penuh. Tepat 9 malam sebuah bas berhenti. Alhamdulillah, bas ni kosong. Semua yang sabar menanti dapat duduk. Turun di stesen bas Taman Suria, kaki terus melangkan ke blok D. Mendaki tangga ke tingkat 3. Masuk ke dalam rumah yang kosong. Suis lampu ku hidupkan, pintu kukunci semula dan kaki melangkah ke bilik untuk merehatkan diri.

11 malam alert alarm clock berbunyi. Aku masih belum mandi. Perut berbunyi minta diisi. Langkah ku atur menuju bilik air. Seusai solat isya’ menjenguk dapur. Tak tahu perut ni harus diisi dengan apa. Akhirnya aku hanya masak air panas, buat susu. Makan dengan roti. Tengah menikmati makan malam tiba-tiba Ju Hua Tai berlagu. Ammar.
                “Assalamualaikum,”
                “Waalaikumsalam. Dah sampai rumah?” Ammar bertanya
                “Dah,”
                “Ada orang call Ammar. Dia risau Illa belum balik lagi,”
                “Cakap dengan dia Illa dah balik. Penat. Nak tido dah. Ammar jangan risau ye,”
                “Minggu ni ummi suruh balik. Nak settlekan hantaran. Sabtu kena shopping,”
                “Macam biasa la. Ammar ambil dr lab ye. Dah la. Illa nak tido. Wassalam,”
                “Lain kali jangan balik lambat sangat. Bahaya. Dah la naik bas,” ek...kenapa suara lain pulak ni. Alif???
                “Okay,” malas nak bertekak
                “Okay. Elok-elok ye. Jumpa sabtu nanti,” tut...tut...tut...talian diputuskan. Jumpa Sabtu nanti??? Dia ada jugak ke???

No comments: