Showing posts with label coratcoret1. Show all posts
Showing posts with label coratcoret1. Show all posts

Wednesday, November 3, 2010

16

              Paper Dr Leong memang paper killer dan aku bernasib baik kerana semalam selepas melayan angau Raflee, dia dengan senang hatinya menjadi tutor tak bertauliah untuk subjek ni. Sampai tengahari tadi jugakla mengadap notes. Alhamdulillah…semuanya dah berlalu. My final exam dengan rasminya telah tamat untuk semester ni. Malam ni ikut Raflee balik Segambut, jumpa makcik Shidah, kasi settle hal Raflee-Izzati tu. Esok packing barang and petang tu off to JB…wah sem dah habis.
               “Kau nak pergi rumah Raflee?” Haiqal bertanya
               “Yup…nak join ke? Kalau tak de apa-apa meh la…segan jugak aku nak jumpa makcik Shidah tu sorang-sorang,” Haiqal dah tergelak
               “Kau pergi sorang la. Aku nak kemas barang. Lagipun ade hal sikit nak kuar ngan Hariz ngan Faizal…celebrate. Kirim salam keluarga Raflee,”
               “Ok…” kaki ku hayun dengan wajah ceria. Ek…bas baru je lepas…hari ni motor aku bagi Haiqal pakai…aku nak pergi rumah Raflee…dalam kol 5 nanti dia pick up, kenala balik kolej naik bas. Perhentian bas itu hanya diisi oleh aku dan seorang wanita berbaju kurung putih. Tetiba
               “Amacam paper Dr Leong?” ek…Syaf
               “Ok la…dapat bantuan luar di saat akhir,”
               “Raflee???”
               “Mana tahu?”
               “Nampak dia kt bukit expo. Nampak dia kat kolej,”
               “Owh…paper last ni ok?”
               “Ok la…jangan buat jatuh pointer sudah,”
               “Tak jatuh mana pointer kau tu kalau takat dapat A- je,” terus Syaf tergelak…senang hati…final exam dah habis kan, mesti la senang hati. Comel jugak dia ni kalau tersenyum, gelak lepas macam ni. Nampak happy je…senang hati orang memandang. Pitttttttttttt…sapelah hon kereta tak beragak ni…
               “Oit…kot ye pun nak dating, pergilah cari tempat strategic sikit. Tak yah la wat drama bawah pokok Callerya atropurpurea ni,” huh…bila la pulak si Raflee ni datang. Aku terus menuju ke pintu kereta.
               “Cik…nak balik kolej ke? Meh la…saya pun nak blik kolej hantar budak ni jugak,” laju je Raflee pelawa Syaf
               “Tak pe la encik. Bas banyak,” hahahahahaha…muka kelat je Raflee dengar jawapan Syaf
               “Meh la Syaf…lambat lagi bas tu. Lagi cepat kau masuk kete ni, lagi cepat kita balik, lagi cepat kau boleh packing, lagi cepat boleh balik rumah,” harap-harap nak la budak Syaf ni naik. Dengan langkah longlai si baju kurung putih masuk jugak persona Raflee ni.
               “Amacam exam cik? Ok?” Raflee cuba berbahasa
               “Ok je. Kau bukan kat Sabah ke? Cuti ke?” ha…kenal pun…
               “Nope…no longer kat Sabah. Dah balik sini for good,” pendek jawapan Raflee. Sampai je parking kolej,
               “Thanks tolong hantar balik,”
               “Satu tempat pun. Tak de hal,” selepas mengangguk, Syaf terus melangkah ke blok perempuan.

15

               “Aku nak kahwin,”
               “Hah…kau jangan buat lawak setengah sen kat sini,”
               “Betul la…aku tak tipu. Kau ingat kenapa aku tinggalkan bumi Sabah yang indah permai tu kalau bukan sebab ni,” selamba giler Raflee ni kata dia nak kahwin. Padanlah pindah balik Semenanjung, semata-mata nak kahwin? Cam pelik pun ada
               “Congratz la bro…dah ada kad nanti jangan lupa bagi. Confirm aku datang,”
               “Tapi aku tak cakap lagi kat dia aku nak kahwin dengan dia,”
               “Hah…kau nak kahwin…tapi kau tak cakap lagi dengan the bride yang kau nak kahwin ngan dia? Kau ni betul-betul la…jangan buat lawak wei…bilanya kau nak bagitahu the bride tu?”
               “Aku dah bagi tahu umi abah dia. Tapi aku tak bagitahu dia lagi. Agak-agak dia reject aku tak,” pantas wajah serabut tu memandang tajam ke arah aku…apa hallah pulak Raflee ni
               “Apasal kau cuak. Try la cakap dulu. Dia siapa sebenarnya, aku kenal ke? Kenapa kau sangat takut kena reject dengan dia?” Raflee ni…tak banyak kisah dia dengan perempuan…melainkan budak dari zaman sekolah rendah yang dia masih tak nak lupa tu je…
               “Dia…Izzati…ala…yang kawan aku waktu sekolah rendah tu…yang aku kata garang giler tu…dia…doktor …”
               “Mak aih…doktor tu…seingat aku dulu kau punyalah menyampah dengan dia. Eh…bukan menyampah…takut…amacam boleh suka lak?”
               “Tahun lepas…ayah buat family gathering…esoknya jemput pulak keluarga Izzati tu datang. Dia…dah tak garang dah…dia dah kurus…dia dah lain…tapi, aku suka dia…aku rasa aku memang suka dia dari dulu kot…kitorang keluar jalan2 jap…aku rasa…aku memang suka dia dari dulu sampai sekarang. Aku tak rasa aku sanggup nak tengok dia dengan orang lain,”
               “Jadi-jadilah angau tu. Cakap je lah terus terang. Tak payah susah-susah. Lagipun mak ayah dua-dua pihak dah tahu kan,”
               “Aku pernah cakap, tapi dia ingat aku buat lawak. Dia pun malas nak layan dah lepas tu,”
               “Ni dia tau tak kau dah pindah sini?”
               “Tak…pe kes nak bagi tau dia?”
               “Kata nak kahwin dengan dia, mestilah bagi tau. Kau balik sebab dia, sebab nak kahwin dengan dia. And you are damn serious, this isn’t joke anymore. Gi lah cakap,”
               “Aku malulah…lagipun dia busy…dengan kerja lagi, nak apply specialist lagi. Aku tak nak bagi dia serabut,”
               “Kau tak nak bagi dia serabut tapi sekarang kau yang serabut kuasa dua. Pergilah bagi tahu…kau nak aku ikut ke?”
               “Boleh ke?”
               “Lepas exam boleh la kot,”
               “Eh tak payah lah…aku melawak je,”
               “Muka kau tak de rupa melawak pun…kau ni…sila berpijak di bumi nyata…bercakap macam tengah atas angin je…” nasi goreng kampong aku ni dah nak habis dah, tapi kuew tiao kung fu dalam pinggan Raflee suku pun dah luak lagi.
               “Pergilah cakap dekat dia. Jangan biar macam ni. Aku risau tengok kau ni,” tiba-tiba Raflee senyum…laju je mengadap kuew tiao kung fu . Dia ni memang la…kejap serabut…sekelip mata boleh bertukar normal semula…
               “Yang kau senyum sensorang ni pehal pulak?” aku memang confuse tengok kawan aku yang sorang ni. Tadi monyok semacam, sekarang boleh pulak tersenyum sampai telinga.
               “Tu hah…dia…tiga meja belakang kau,” ek…the bride ada di tempat kejadian? Wah…nak tengok. Serentak itu kepala dipalingkan ke belakang konon seperti ingin memeriksa kaki kerusi yang diduduki tapi mata pantas mencari si gerangan the bride…ek…ada gadis berblouse putih panjang, berjeans biru dan bertudung biru lembut. Itukah dianya???
               “Yang white-blue tu ke?”
               “Yup,”
               “Cun siot,” tajam mata Raflee merenung
               “Ok2…memang lawa giler awek tu. Sape teman semeja dia tu?”
               “Ntah…kawan sekerja dia kot…sape…Suehaily klu tak salah,”
               “Serius baik kau cepat…aku rasa kau lambat sikit je memang kena rembat la awek kau tu,”
               “Huisyy…cakap tu tengok kiri kanan sikit. Sejak bila dia jadi awek aku? Kau ni pun,”
               “Esok aku ikut kau balik rumah. Meh aku cakap kat makcik Shidah, kau berkenan ngan doc cun tu. Biar aku propose kat mak kau gi masuk meminang. Senang cerita,” Raflee hanya senyap, mengadap kuew tiau kung fu yang macam tak boleh nak habis tu

14

            Minggu final di university memang sunyi. Semua orang sibuk study. Keluar bilik hanya untuk ke bilik air, makan dan gi jawab exam je. Tapi apehal lak aku tengah jogging sorang-sorang kat bukit expo yang indah permai lagi damai ni. Esok final paper, paper Dr leong. Antara paper killer semester ni. Tapi kenapa aku tak de intention nak study langsung??? Ohohohoho…Aiman Hafiz…kau ni kenapa??? Kaki masih laju menghayun langkah berlari seorang diri di track jogging bukit expo. Sambil otak memikirkan kenapa dia jogging, larian semakin perlahan dan kemudian terhenti. Namun kaki terus melangkah, berjalan seperti biasa. Sudah basah baju T kolej biru gelap itu dengan peluh. Kenapa aku ni??? Langkah di hala ke arah bangku kayu berhampiran taman permainan kanak-kanak. Termenung, merenung. Kenapa aku ni??? Kepala digelengkan laju.
               “Oit…kalau ye pun tension agak-agak la,” ek…dah lama aku tak dengar suara ni
               “Hoi…sejak bila kau sesat datang sini?”
               “Aku rindu bukit expo,”suara itu lirih sahaja namun riak wajah itu tenang, sangat tenang. Kenapa Raflee ni?
               “Kau pehal? Datang sini lepas tu berangan”
               “kau diam boleh tak. Kacau mood,” diam, senyap sunyi. Hampir setengah jam keadaan sebegitu sehingga kedengaran Raflee mengangkat punggung dari kerusi kayu itu
               “Kau nak pergi mana?”
               “Balik bilik kau la, nak tumpang mandi. Lepas tu kita keluar jom. Aku tahu kau serabut,” tanpa menoleh suara itu menjawab. Aiman terus mengangkat punggung mengikut langkah kawan lamanya itu

               “Kau masih duduk bilik ni? Aku ingat kau dah duduk luar,”
               “Masih…malas dok luar, nanti asyik berfoya-foya je aku,”
               “Yelah tu. Gaya macam kau tu memang suka lepak kat luar je. Kau kan tak suka lepak lama-lama. Kau lagi suka terbongkang atas katil nun haa…aku ni lain la. Panjang sikit langkah aku nak berjalan,”
               “Kenapa datang wei? Siap bawa baju lagi. Kau nak tidur bilik aku ke?”
               “Nafiq mana?”
               “Tidur rumah Keifli. Bosan katanya study sorang-sorang,”
               “Kau study kat mana?”
               “Bilik Hariz dan Faizal. Dengan Haiqal sekali,” aik…senyap je Raflee ni…macam ada masalah dunia je
               “Kenapa aku rasa sejak kau dah kerja ni kau senyap je,”
               “Selama ni aku bising ke orangnya,”
               “Bising tu tak la. Tapi tak la senyap macam ni,”
               “Dah la. Dah nak maghrib ni. Mandi, solat kita keluar makan. Paper esok petang kan,” selamba je mamat ni amek toiletries sambil melenggang ke bilik air.

13

Di kolej

               “Aaaaahhhhh...” aik...pekehal pulak la budak Juju ni.
               “Jom keluar...gi makan sate ke...gi lepak2 ke...aku bosan,”
               “Kau senget ke apa. Exam hari khamis okay?”
               “So...bukan esok pun...Khamis next week kot. Ni baru hari Isnin,”
               “Baru je start study semalam, dah senget benget otak kau. Kata tak confident, tapi gaya belajar macam dah confident habisan je,” hari tu merungut susah...hari ni tak tahan study lama...apa yang Juju ni nak bagitau aku sebenarnya.
               “Sebab aku tak senget la aku nak ajak kau keluar. Lagi lama aku dok tecongok membaca notes tu, bertambah senget la kepala aku, bersimpul urat saraf nun. Kau pun kena keluar jugak...jangan nak study sampai neuron kau tu cramp pulak, aku yang nyaya sat lagi,” hahahahaha, ada pulak neuron boleh cramp,urat saraf bersimpul...Juju ni memang pandai buat lawak bio la tengah-tengah study ni. Memang lawak berkualiti budak universiti.
               “Tolonglah aku Syaf...aku nak keluar...tepu dah ni,”
               “Malam karang la kalau nak keluar pun. Kot ye pun kau dah meroyan nak makan sate beragak la jugak. Dah nak senja ni. Lepas maghrib la,”
               “Okay...”

               “Oit...ni bukan jalan nak pergi tempat nak makan sate...ni nak pergi shopping complex ni,”
               “heh...aku tukar fikiran la...apa kata kita makan piza, lepas tu tengok movie...hah...nikmat,”
               “Kau ni memang sungguh menduga kesabaran aku. Makan je dah sejam, nak tengok movie paling cikai dah dua jam. Bila pulak nak studynya?”
               “Jangan lah sentap...malam ni kita berhibur...esok balun la study...”sedap je budak Juju ni buat plan tak bagi tahu aku.
Sampai kat shopping complex, makan, tengok wayang. Huh...dah kol 11.30 malam.
               “Balik la wei...aku ngantuk,”
               “Kau ni...tengok wayang ngantuk. Tengok notes tahan pulak mata kau tu sampai 2-3 pagi,”
               “Simpan je bebel kau tu boleh tak,”mata dah tak tahan...cepatlah sampai kolej...terasa macam katil melambai suruh tidur je...

Wednesday, September 8, 2010

12

Taman Perling,
Johor Bahru

                “Wah…uda tengah study. Amazing ni tengok uda study kat umah. Ni boleh bagi tau abah ni. Bagi tau yang uda ni rajin belajar sebenarnya,” dah la muka je terjegul kat pintu bilik, mengutuk aku tu tak beringat. Dah la SPM pun tak lepas lagi, banyak bunyi betul adik ni.
                “Kalau nak terjegul muka lepas tu asyik nak mengutuk, baik la adik turun tolong ibu kat bawah tu. Banyak cekadak pulak budak kecik sorang ni,”
                “Hahahahaha…sentap je uda ni. Yelah…biasanya uda cuti kan lama. Ni,cuti seminggu pun balik pehal. Cam pelik je. Balik rumah siap bawa notes segala bagai. Macam ada exam je dalam rumah ni,” adik masuk dan duduk atas katil.
“Adik nak apa? Haiqal kat bawah bancuh kopi. Kalau tak de pape, dah gi main. Jangan sibuk,” kalau budak Azzif Anuar ni dah mula menyibuk, memang sungguh sibuklah aku nak melayannya. Tak jadi study macam ni.
                “Ala...adik bukan nak jumpa Haiqal, adik nak jumpa uda la. Uda ni cool tau, study rajin, sempoi je...tak macam achik tu ha. Harap muka je handsome tapi study macam tak ke mana je,” ek eh...mulut budak Azzif ni, kalah makcik bergosip.
                “Apa cakap macam tu. Achik tu dah dapat buat A-level tu, ada pulak kata study tak ke mana. Besok, dia dah fly pergi oversea jangan kamu sibuk kata dia tak ke mana pulak,” achik, Azwan Arrif adalah satu-satunya dikalangan adik beradik aku yang dapat tawaran buat A-level dan sambung study oversea. Yang si adik ni, SPM tak lepas lagi banyak bunyi pulak nak komplen abang dia, budget dia tu bijak sangat la.
                “Ala...uda ni suka menangkan achik la. Adik ni pun pandai jugak tau. Tengok lah nanti,” mulalah tu, nak bercerita angan-angan dia yang panjang berjela tu
                “adik, uda ada exam lepas cuti ini. Dia tengah nak study tu. Jangan kacau ek,”nasib baik Haiqal dah masuk bilik menatang dua mug kopi.
                “Abang Haiqal pun study macam uda jugak ke?”
                “Yela dik. Kalau tak study macam mana nak lulus. Kalau tak lulus, sampai bila pun tak habis belajar. Jadi daripada dok tercongok tengok uda dan Haiqal study, baiklah adik study jugak. SPM tu dah tak lama dah,”
                “uda ni…macam achik la. Kalau study je sibuk suruh orang study sama,”heh…tau pun blah budak kecik sorang ni.
                “Sian adik tu hah. Macam kejam sangat je kau layan dia,”
                “kejam tak kejam…aku nak study oi…kalau nak layan dia je sampai bila pun tak habis nak study ni. Ala…petang karang bawa la dia jalan mana-mana. Belanja aiskrim pun dah cukup,” adik tu biasalah,manja. Suka mengendeng. Lagipun memang dia je lah yang paling kecik. Bukan ibu abah je manjakan, along angah pun sama. Tapi dia tak de la banyak cekadak sangat. Compare ngan aku zaman budak dulu, nakal lagi aku ni.

11

“Syaf…aku tak confident la sem ni,”
                “Ko pehal, cakap pasal confident bagai. Ko jadi wakil U ke debat intervarsity? Cuak semacam je,”
                “Tak de lah. Ni lah first sem kita amek full subjek wood tau. Aku cam tak confident je nak jawab final. At least kalau ada subjek lain bole gak back up kalau kantoi. Ini…adoi,”
                “Sekarang baru kau nak menyesal? Patutnya dari awal sem hari tu lagi kau cakap macam ni. Ni bila dah nak final baru cakap. Sekarang ni x yah confident pun tak pe. Ko kan dah hantar assignment semua. Lab report pun dah settle semuanya. Tinggal berapa percent je lagi ko nak lulus boleh pulak kau kata tak confident hanya kerana beberapa soalan final yang susah tu. Tak berbaloi usaha satu sem tu kalau sekarang baru kau nak rasa tak confident tu. Patutnya waktu nak final ni cuba la kata ‘ tahniah sebab berjaya siapkan semua assignment yang sangat susah dan lab report yang menduga akal’ kepada diri sendiri. Baru la tenang hati, lapang dada nak jawab final,” aik…aku bagi motivasi boleh pulak budak Juju ni bantai gelak
                “kau ni sungguhlah…tak de ketokohan nak jadi pakar motivasi. Cakap ikut kepala kau je. Cubalah kau suruh aku tenang, minta Allah tenangkan hati, doa selalu, qiam lebih kerap. Ini…adoi…ayat kau ni buat orang gelak je la,”
                “Aku cakap benda betul, realiti. Tak guna kalau kau nak rasa cuak tak beringat hanya kerana lima enam soalan final yang susah tu. Susah tu pulak depends on persediaan kau lah. Kau ready, baca and faham notes mudah lah jadinya. Kalau asyik dok spot soalan apa nak keluar, soalan macam mana nak keluar tu memang tak guna kot, kau bukannya ada kuasa psikik ke apa nak masuk dalam kepala otak lecturer tu sambil fikir apa dia nak masukkan dalam final. Guna otak dengan cara yang bijak sikit. Be ready. Yang kena doa banyak-banyak, qiam kerap tu bukan nak final je Ju, kalau boleh ingatkan diri hari-hari. Tak ikhlas namanya kalau nak final je baru ingat nak qiam,” dush-dush-dush berdas-das bidikan Syaf mengenai sasaran.
Semua yang dia cakap tu betul. Cuma aku je yang malas nak ingatkan diri sendiri. Aku sebenarnya inspired untuk study lebih tekun ni sejak jadi roommate Syaf ni sem lepas. Mula-mula tengok muka macam rebel habisan la konon, alih-alih minah library rupanya Syafiqah ni. Aku pun tak tahu asalnya dia ni duduk bilik mana. Dia cuma kata sebelum ni dia duduk luar, dia pindah masuk Kolej sebab tak dapat cari housemate. Aku pun cam pelik je, senang pulak pihak Kolej bagi dia masuk kolej ni. Papepun dia memang best. Rajin je ajak aku makan kat tempat baru. Harap badan je kecik tapi selera makan…huhuhu…besar kot…lagi besar dari aku yang memang besar ni.

10

“Kau nak balik ke?” hai...baru bangun budak Nafiq ni. Dah lepas azan zuhur dah
                “Yup, nak balik jumpa ibu. Along angah aku bising nak jumpa Haiqal. Balik la kitorang. Kau tak balik ke” jarang budak Nafiq ni tak balik.
                “Malas lah. Fulus tadak,” heh dah agak dah. Berjoli banyak sangat. Beg yang dah dikemas ala kadar ku sandang.
                “Jaga bilik elok-elok. Aku tak nak sepah-sepah,” sejak aku group ngan budak perempuan ni, terasa hidup lebih teratur. Dah tak serabut study, bilik pun kemas sentiasa. Tak macam zaman dulu, malas je nak datang kuliah, amali. Aku lihat sekilas katil yang dah ku kemas dan laju kaki melangkah ke bilik Haiqal.

                “Kira kita balik ni gamble je la beli tiket,” cepu emas betul soalan Haiqal ni. Pernahkah aku balik dah beli tiket siap-siap? Oh selalunya Haiqal la tukang beli tiket. Aku ni, ada tiket tak de tiket main redah je la stesen bas tu. Ada je bas nak ke JB nun. Tak pernah pulak aku alami tiket habis segala bagai. Rezeki kot.
                “Macam tak biasa,” balasku pendek sambil melintas jalan ke hentian Bukit Jalil. Alhamdulillah dapat bas 3.30 ptg. Elok je duduk dalam bas, aku terus tanya Haiqal
                “Haiqal, kau rapat tak dengan Syaf tu?” sesi korek rahsia bermula
                “Nape? Ko dah ‘ter’ sayang Syaf tu ke?” aik...tanya aku balik
                “Hiisssyy...kau ni. Kot ye pun agak-agak la. ‘ter’sayang tu belum la lagi. Heh. Aku macam tak boleh recall lah dia tu. Zaman bila ntah dia jadi classmate kita. Waktu first year and second year aku macam tak nampak pun muka dia tu. Alih-alih sem lepas ada pulak sekelas ento patho. Tak sangka langsung dia tu bdk kayu,” hmmm...memang tak pernah sekelas dengan aku pun budak Syaf tu sebenarnya. Cuma sem lepas je la, kena pulak Haiqal sekumpulan amali dengan dia. Memang tahu semua la jadinya. Tapi macam best kot study ngan minah tu, silap-silap score aku anatomi sem ni. Macam Haiqal score ento patho sem lepas.
                “Oit...kerut...pasal Syaf je pun. Relax la. Aku pun tak tahulah. Yang aku tahu dia banyak tak sekelas dengan kita sebab kuota subjek full. Banyak subjek second year dia amek waktu first year. Dengarnya gitulah. Lagi satu, dia memang la rapat ngan senior-senior K3 dulu. Tapi yang baru ni semua tak kenal dia pun. Budak kayu kan, mana la orang kenal,” huissyyy...banyak Haiqal tahu pasal Syaf ni. K3? Kenapa Lan, Tapa dan Zul tak kenal dia ek? Hal selamatkan orang kat tasik kayak pesta konvo tu? Memang dia la...tapi kenapa dia kata tak pandai berenang.
                “Sudah lah tu Man. Kalau kau nak tahu pasal dia baik tanya sendiri. Jangan dok tanya orang je. Dia tak suka orang tau pasal dia dari sumber-sumber  yang tak boleh dipercayai. Tanya direct je, dia no hal la,” Haiqal terus taruk sweater menutup muka dan lena dibuai mimpi. Abaikanlah...baik aku tidur, jap lagi sampai rumah tak aman nak tidur lama-lama cam ni.  

9

 Study week menjelang tiba. Semua assignment, lab report dah submit by week 13. Kira memang tenang habis la nak study. Aku sekarang banyak study ngan Haiqal, Hariz dan Faizal. Walaupun Hariz dan Faizal bidang lain, kami suka study sama-sama. Bukannya buat study group pun, tapi sekadar study bersama.
                “Aku ingat nak balik rumah la. Tiba-tiba rindu opah pulak. Lama tak jumpa opah aku doh,” hei...time tengah study ni la teringat opah...memang sengat la budak specky Faizal ni
                “Kalau kau balik, aku pun nak balik jugak. Boring kot study sorang-sorang kat bilik ni,” aik...Hariz pun nak balik? Ape ke hal kawan-kawan aku ni
                “Apa kata, Haiqal kau ikut aku balik. Kita semua balik kampung. Boleh study dengan aman damainya di rumah,” heh...semua balik barulah adil
                “Man, tak payah la. Kau balik la...aku stay sini je,” isyy...budak Haiqal ni. Aku lepuk jugak kang...
                “Kau tak payah nak jaja cerita anak yatim tu lagi. Aku ni, keluarga aku tu, dah anggap kau ni macam anak sendiri. Along ngan angah tu hah, kalau call asyik tanya kau je. Boleh tak bagi hati aku ni aman damai jap, ikutlah aku balik. Ibu pun bising kalau kau tak balik sekali dengan aku,” Haiqal sememangnya anak yatim piatu. Dia kawan aku yang paling lama sekali. Berjumpa di SMS Johor, aku terus rapat dengan dia. Setiap kali cuti aku akan ajak dia balik rumah. Along, angah achik ngan adik aku semua sayang dia macam sayang abang adik sendiri. Tapi yelah, dia masih lagi inferior, tak begitu terbuka dengan orang. Cuma dengan ibu sahaja dia kalah. Ibu, kalau nak motivate orang, kalah pakar motivasi yang sering muncul kat tv tu.
                “Yelah...aku ikut,” senyum je Haiqal kalau kata nak balik Johor. Sebab semua orang dalam rumah aku tu sayang dia.
                “Sunyilah bilik ni. Semua nak balik. Wei Man, kau balik sini bila?” Faizal bertanya
                “Hmm..hari ni Ahad. Minggu exam hari Rabu kot. Paper aku hari Khamis,” aku menolah ke arah Haiqal, dia mengangguk. Faizal dan Hariz juga balik Rabu, paper first diorang hari Jumaat. Kira boleh lagi la nak study kat kolej, masih sempat.

Wednesday, August 11, 2010

8

Sesi lab anatomi seterusnya berjalan lancar. Kumpulan kami memang mendahului kumpulan lain. Siap boleh anjak jadual seminggu lagi awal. Kerja aku yang terakhir untuk lab ni hanyalah prepare report. Tapi along the way nak siapkan lab ni aku tak pernah ponteng lagi la. Setakat ni muka aku sentiasa ada tercongok di setiap sesi walaupun bukan tugas aku. Nak belajar, buatlah cara nak belajar. Sekarang pun aku dah banyak jumpa Prof. Sulaiman, Dr. Zailina dan lecturer lain untuk recall balik benda-benda yang dah terlepas. Nasib baik la semua ok, tak de nak marah-marah. Aku dengan budak Syaf ni pun dah isytihar gencatan senjata, dah tak de gaduh-gaduh. Banyak berbincang dan berkongsi pendapat. Lagi-lagi nak siapkan report ni. Memang la banyak kena cari rujukan.
           “Dah buat salinan untuk semua ke report ni?”
           “Dah, aku dah edarkan semuanya. Yang original dah hantar ke Dr. Razali. Kau dah dapat copy kau kan?” aisyy...jangan dia kata tak dapat. Aku pass kat Juju tadi.
           “Dah...ada kat Juju. Ok...terima kasih kerana menjadi groupmate yang supportive. Thanks for your cooperation and hard works. Good luck for final exam,” pergh...macam lecturer je gaya cakap...serius semedang.
           “Tu je...ingatkan tadi nak belanja,” huhuhuhu...jangan minah ni mengamuk sudah
           “Pe kes? Tak gentleman langsung kau ni. Patutnya, aku yang perempuan ni minta belanja kat kau. Apo da,” ek...betul kah Syaf yang cakap macam ni. Cam tak percaya je. Mata memang terbelalak sebentar melhat minah tu dengan coolnya menutur kata tadi.
           “Kau janganlah pandang aku macam tengok alien je gaya. Aku ni manusia jugak ngok. Reti la jugak nak keluar ayat-ayat orang muda cam tadi,” pergh...memang cool giler...adakah aku sorang saje yang pernah dengar dia cakap macam ni? Owh...ek...dah blah dah? Aku ingat sungguh nak suruh aku belanja...selamat duit aku.

7

Selepas sejam setengah

          “Wei...perut aku dah main heavy metal ni. Aku nak blah...makan. korang nak join tak?”
          “Kitorang pun tak makan lagi ni. Ko tanya tu...dragon lady tu...nak makan ke tak,” Juju ni memanglah.
          “Syaf...amacam...makan jom,” heh...baik pulak nak ajak aku makan
          “Aku ikut je driver...ko nak gi makan tak Ju?” janganlah kau jawab kau pun kebulur Ju...tolonglah selamatkan kawan kau ni. Makan kat food court sudah.
          “Aku memang nak makan, ikut perut perempuan sorang ni tak hidup aku. Nak makan kat mana?” aduh Juju...roomate bertuah betul la budak ni
          “Foodcourt je la...lagipun dah malam ni,” heh..baik aku blah cepat, sat lagi tukar idea budak berdua ni masak la aku nak mengikut. Kaki laju melangkah ke mesin pinjaman buku dan seterusnya keluar ke pigeon hole, nak ambil bag. Budak Aiman tak de kerja ke asyik nak mengekor orang je...takkan nak teman sampai parking kot. Bukan tempat parking motor kat belakang ke, terus lah hati mengomel tak berhenti sampai Juju selamat sampai di foodcourt. Sampai je terus order makanan, masing-maisng dah kebulur tahap tak beringat. Elok je tengah makan-makan kedengaran nama Aiman dilaung. Aahh...sudah. ni yang aku malas makan ngan budak-budak lelaki ni. Ada je yang ramah mesra nak bertegur sapa. Adoi...
         “oit...sampai dua sekali ha. Yang mana satu ni yang benar-benar lekat di hati?” bangang punya soalan la mamat baju oren ni. Nak je aku hempuk ngan gelas ni. Tak pasal-pasal lebam kang. Yang si Aiman ngan Juju ni boleh pulak tergelak-gelak melayan mamat tiga suku ni. Dah la pakai bermuda short bawah lutut, macam nak gi makan kat ruang dapur rumah sendiri je ada hati nak mengenakan orang pulak tu.
          “Awatnya cik adik baju merah makan tak pandang kiri kanan? Lapar sangat ka?” aisyy...ni lagi sorang, macam nak bagi flying kick je. Nasib baik la pakai cermin mata tebal, kalu tak mau aku tuju penumbuk kat mata kuyu tu. Budget comel sangat la tu.
          “Kakak, janganlah sentap sangat. Kita ni dok sekolej pun. Macam mana kakak baju merah ni boleh tak perasan. Bukan setakat sekolej, satu fakulti pulak tu. Kakak ni tak cam kami ke?” nasib baik la ayat budak t shirt hitam ni boleh tahan la tahap sopannya. Aku mengangkat muka. Pernah je aku tangok muka mamat bertiga ni, tinggal tak ingat kat mana je. Kalau dah satu fakulti tu, haruslah pernah berjumpa, entah-entah pernah sekelas. Malas lah nak ingat. Pandangan ku alih semula mengadap kuew tiau kung fu yang masih ada separuh nak dihabiskan.
          “Syaf...kau sungguh tak kenal ke budak-budak ni? Bukan kau ke yang tolong budak-budak K3 ni selamatkan budak yang kayak dia terbalik waktu pesta konvo tu,” ek...budak-budak ni K3 ke? Kenapa aku tak cam pun. Mata beralih ke wajah si baju oren, si specky dan si baju hitam. Kosong. Sungguh aku tak ingat.
          “La...akak ni ke yang tolong kami hari tu. Tapi kan, setahu aku akak yang tolong kitorang tu tak pakai tudung. Boyish kot. Yang ni, elok je, ayu lagi. salah orang kot,” beria si specky menjawab
          “Ha’ah. Aku mana pandai berenang. Takkan la aku yang tolong selamatkan orang kat tengah tasik kat bukit expo tu. Kau ni salah cam orang ni,” mulut budak Aiman ni memang tak de insurans ek. Sesedap mulut dia je gi bukak cerita zaman tok kaduk. Mau aku seligi je budak ni. Hampas sungguh la.
          “Aku pun rasa kau salah orang ni Man. Kakak tu cool giler. Sporting siot. No problemo memanjang. Kakak yang ni macam...gloomy semacam je. Tak de aura cool pun. Bukan dia kot. Pelanduk dua serupa je ni,” Heh...nasib baik budak baju oren ni sokong. Janganlah diorang kenal aku ni sape. Biarlah aku kekal invisible di kalangan budak-budak fakulti aku. Sudah-sudahlah tu.
          “Wei...kitorang pun dah habis makan ni. Rasanya kena balik kolej. Dah sebelas lebih ni. Kitorang gerak dululah. See ya,” yeay...aku sayang Juju...nasib baik dia sudi menyelamatkan aku dari situasi genting tadi. Mau aku pucat tak berdarah kalau diorang cam aku. Cukup-cukup la zaman dulu tu.

6

     “Aku tengok Aiman tu cam baik giler. Sabar giler dengan kau. Setahu aku dia tu boleh tahan jugak pemarah,” komen Juju sampai je kat bilik. Aku ni la, baru je nak landing atas katil, nak lupakan hal-hal kuliah, lab, si Juju ni pulak dok cerita pasal Aiman.
        “Dia dah insaf kot. Sedar diri tak berapa nak pandai,”
        “Apsal ayat kau ni kurang ajar sangat ek? Aiman tu dah belajar banyak benda dari kau. Kau boleh cakap macam tu,” aik...Juju ni terasa sekali ke?
         “Kau tahu kenapa aku cakap macam tu? Semua benda yang aku ajar balik kat dia tu Prof Sulaiman pernah ajar kita dulu, dari sem 2 lagi. kalau dia belajar betul-betul, dia mesti ingat dan tahu benda-benda tu. Basic and fundamental semuanya. Bukannya aku nak memburukkan dia, mungkin dia anggap belajar untuk lulus exam je. Mana boleh. Niat belajar nak dapat ilmu, belajar la betul-betul. Benda tu akan pakai juga suatu hari nanti. Sorry la kalau kau terasa sekali, kalau rasa ilmu tu dah karat, pandai-pandailah gilap balik sendiri. Inikan universiti, takkan orang lain nak bagi peringat semua benda,” aku terus capai bakul toiletries dan pergi bilik air mandi, tak nak gaduh ngan Juju. Dia bukan setakat roomate, tapi classmate dan groupmate tetap aku. Tak nak la gaduh-gaduh.
          Usai maghrib aku siap-siap, begitu jugak Juju.
         “Aku nak pergi library, nak ikut?”
         “Aku tak bijak macam kau nak gilap balik ilmu zaman-zaman sekolah dulu,” rendah je suara Juju menjawab. Aku datang lantas memeluk bahu rakan kesayangan aku ni
         “Jom la...aku tak niat nak buat kau terasa. Aku Cuma tak suka tengok orang melayu ni diperlekeh oleh bangsa lain terutama di universiti. Kita kena jadi bijak, lebih bijak dari orang lain, kita kena sedar. Aku harap kau dah sedar, dan sudi ikut aku pergi library. Aku pun bukan pandai sangat, sebab tu la kena gi cari rujukan lebih,” lembut aku memujuk. Juju tersenyum. Akhirnya setuju jugak nak ikut gi library.

         “Aku nak buat dulu la pengiraan ni. Tak faham lagi ni,”
         “Aku try cari la basic chemistry punya buku. Aku pun ada benda yang musykil ni,” pantas berlalu ke rak buku kimia. Adoi...tak de ke yang simple-simple. Aku ni boleh tahan la tahap tak fahamnya bab-bab kimia ni. Akhirnya, sebuah buku basic and fundamental of chemistry aku capai. Kembali ke meja, terkejut tengok Juju tengah berborak (atau lebih tepat lagi tengah belajar) dari seorang lelaki. Aahh...sudah. malasnya aku ada intruder kat meja ni. Perlahan langkah ku atur ke meja letak buku perlahan-lahan. Nak jadi invisible jap. Biarlah diorang discuss hal-hal pengiraan tu. Molarity vs Normality...ahah...jumpa...i love this book. Heh boleh senyum panjang la lepas ni. Tangan leka menyalin notes penting dari buku basic and fundametal chemistry tu sampai tak sedar ada orang yang turut sama mencuri baca chapter yang terdedah
         “Ooohh...tapi benda ni apply untuk strong acid and strong base je kan,” suara itu menerangkan. Kacau la mamat ni.
         “Tak...jangan marah. Kalau ikut buku yang aku baca ni, dia kata normality boleh dikira apabila acid atau base itu strong. Dia boleh fully dissociate H+ or OH- dia. Bukan ke?” wah bijak jugak budak Aiman ni.
         “Tapi kan acetic acid bukan strong acid. Still kena prepare 2N kan untuk cellulose preparation,” hmm...habis tu cam mana ek? Berpencak otak Aiman memikirkan hal kimia ni...aduh sungguh la fail
         “Gaya fikir cam tengah nak cari formula hancurkan satu universiti je. Relax la, ada buku kan, baca dulu bagi habis. Mana tau fundamental silap, kn senang nak faham balik lepas dah baca,” Syaf berkata tanpa mengalih pandang dari buku basic chemistry yang dia jumpa tu. Juju dah menyengih je dari tadi. Aku tahu dia ni pun blur gak tapi malas nak layan ‘kawan baik’ dia tu study. Gaya macam nak tulis thesis master je gaya. 

5

Minggu 4
Mesti Juju ngan Aiman tak jumpa sampel ni. Aku pun sengal tak bagi tahu siap-siap apehal lah. Adoi...kan dah kena buat kerja dua kali, kena datang lagi. hesyy...lalai sungguh kau ni Fiqa...
        “Kau ni tak habis-habis nak menyusahkan aku kan,” heh...sian kena marah budak Aiman ni. Patutnya aku kata sorry sebab tak inform awal tapi yang terkeluar kata marah pulak.
“Amboi ayat, sedapnye cakap...kau ingat kau sorang aje ke yang susah,” ye la...sorry, aku yang salah sebenarnya. Tapi ayat tu tersekat direngkung. Biarlah dia nak marah pun. Hah...kayu kt rak final year, atas sekali.
                “Potong ikut saiz ek. Tak perlu sanding. Tinggal je,”aku pesan ke Juju. Juju gi masuk ambil hand saw. Budak Aiman ni reti tak nak tanda sampel macam mana? Sejak bila dia belajar radial dan tangential macam tu.
          “Cup-cup...kau tahu tak mana tangential dan radial kayu ni? Ke kau main tanda je?”
        “Aku tanda je ikut penjuru ni. Kayu ni mana ada growth ring,” heh...memang betul pun tak tahu. Semua benda kena ajar budak Aiman ni. Kalau tak lingkup group aku.
         “Memang la kayu tropika tak de growth ring, yang ada ring formation je. Ni kau tak nampak ke? Kau patut tanda macam ni untuk tangential dan macam ni untuk radial,” mula lagi sesi tutorial free lagi tak rasmi. Nasib baik budak Aiman ni tak banyak bunyi. Nak jugak dia belajar dari kawan sendiri. Kalau ego tinggi, asyik nak menang je, aku tangankan aje budak ni.
          Akhirnya, sampel kayu dah selamat disediakan. Aiman ni bagus tang mesin-mesin kayu ni je. Yang selebihnya, macam tak tahu apa je...kalau dah asyik datang lambat je gi kelas,datang lambat je gi lab, mana nak paham lecture. Lagi serabut adalah. Mungkin belajar tak bersungguh kot. Ala, budak lelaki, result biasa-biasa pun orang nak ambil kerja. Kalau perempuan cam aku ni, banyak persaingan, susah sikit nak dapat kerja. Hadoih...penat...baliklah

4

Ada budak lelaki dalam kumpulan ni, agak-agak boleh harap tak. Kalau dah kerap datang lab lambat tu, nak harap apanya. Aku tak suka orang pemalas. Jadi parasit je dalam kumpulan. Kena pulak sessi 7 ngan 11 dengan aku, siaplah kalau nak escape, aku buang nama kau dari kumpulan ni. Dah la minggu 2 pun lambat. Monolog dalam hati Syaf tak siapa yang tahu. Mencari perbezaan normality dan molarity dalam penyediaan bahan kimia di internet. Pening la pulak. Prof Sulaiman kata ada beza benda tu, tapi aku macam tak jumpa je apa bezanya. Tiba-tiba terasa ada orang duduk sebelah. Adoi, apa la la yang dia nak ni
                “Kau nak apa?”
                “Nak belajar macam mana kau buat kiraan alcohol tu,” dah agak dah
                “Kan pakai percentage je. Kira je la berapa percent alcohol berapa percent air,” mudah punya calculation pun nak tanya ka
               “Aku tak reti la. Kimia dah karat,” hadoih...payah nye ada ahli kumpulam macam ni.
                “Hissyyy...kau ni...kalau tak menyusahkan aku tak boleh ke,” aku pun baru je nak belajar balik benda ni, aku pun dah karat jugak, tapi pandai-pandai la cari inisiatif belajar sendiri, itulah cara belajar universiti. Dengan baik hati la aku terangkan pengiraan lepas dah tengok muka redha Aiman ni kena kutuk ngan aku.
                “Dah faham?”
                “Yup...owh...cam ni rupanya,”
             “Kau ni bercakap, macam tak pernah belajar kimia je,” oopppss...agak-agak dia dengar tak
           “Kan aku dah kata, kimia aku dah karat,” heh...kalau karat gi lah gilap sendiri, takkan aku kena gilapkan pulak. Akhirnya Aiman berlalu, terus ke Hanis dan Wani yang tengah sibuk tu.

Aku bukannya anti sosial, lebih jauh lagi anti lelaki. Aku cuma benci, tak suka orang pemalas. Jadi parasit dalam kumpulan. Dapat markah sama tapi buat kerja tak de. Aku tak suka macam tu. Kalau nak masuk group aku kena ada inisiatif sendiri untuk belajar. Jangan harap orang suap semua benda. Lebih-lebih lagi budak-budak lelaki ni. Bukan nak mengutuk. Ramai je yang rajin, ada inisiatif nak belajar. Tapi ada jugak yang sengal, minta lecturer suap sepanjang masa. Buat susah aku je dapat groupmate macam tu. Nasib baik Haiqal sem lepas ada jugak la hati nak belajar sendiri, cari rujukan segala bagai, kalau tak,mau aje aku cancel nama dia dari lab report ento patho sem lepas. Ni budak Aiman ni, kemalasan nak datang lab tu dah nampak dah, tinggal dia ni tak malu nak belajar, walaupun aku kutuk. Boleh la kot nak terima dia ni. Buatnya dapat si Nafiq yang memang pemalas tu, maunya aku sepak keluar lab ni. Heh...nasib la Aiman, kau bertemu ‘dragon lady’ sem ni. Doa la banyak-banyak kau selamat.

3

Lab session berjalan seperti biasa. Sampai minggu 4, sesi aku ngan Juju. Puas dah tawaf satu fakulti, tak jumpa pun sampel. Habis lah aku, dari jauh dah nampak dah budak Syaf tu datang. Muka macam cemberut nak gaduh je. Habis lah aku
         “Kau ni tak habis-habis nak menyusahkan aku kan,” ayat pertama dia selepas pandang aku dengan pandangan berapi-api. Bukan niat nak menyusahkan, tapi dah memang Encik Jalil yang jaga lab kemasiapan ni kursus, nak jumpa macam mana.
        “Amboi ayat, sedapnye cakap...kau ingat kau sorang aje ke yang susah,” sesedap mulut je cakap aku ni menyusahkan dia. Budak Syaf ni selamba je gi amek satu blok kayu warna cerah kat deretan sampel pelajar tahun akhir. Selamba habisan. Kayu beralih ke tangan Juju.
          “Potong ikut saiz ek. Tak perlu sanding. Tinggal je,”dia pesan ke Juju.
        “Ek...jap, jap. Ni sampel sape pulak kau ambil ni. Kang encik Jalil marah pulak, aku tak nak kena marah,”
       “Man, tolong tanda ni. Aku nak ambil hand saw,” Juju dah pergi masuk dalam bilik persediaan semula
        “Kalau kau nak tahu, aku dah jumpa Encik Jalil tiga minggu lepas. Dia memang suruh pakai sampel atas rak tu. Kau tak pernah tanya member-member kau ke?” adoi...kena lagi. aku pun senyap sambil tanda kayu tadi. Tengah-tengah tanda tu kena tegur...lagi
         “Cup-cup...kau tahu tak mana tangential dan radial kayu ni? Ke kau main tanda je?”
       “Aku tanda je ikut penjuru ni. Kayu ni mana ada growth ring,” heh...memang betul pun.
       “Memang la kayu tropika tak de growth ring, yang ada ring formation je. Ni kau tak nampak ke? Kau patut tanda macam ni untuk tangential dan macam ni untuk radial,” dengan pensel dia tunjukkan cara nak tanda dan potong sampel kayu tu. Memang dia ni peka ek, benda sekecil itu pun dia nampak...padanlah lab dia selalu betul, result accurate. Aku pun ikut kata dia, tanda sampel, potong dan label. Pendek kata banyak benda la aku belajar dari dia. Si Juju pulak dok tercongok je tengok aku. Bukan nak menolong pun. Petang tu selepas habis bertungkus lumus potong sampel dan label, aku pulang ke bilik dengan wajah letih sambil mengingat semula sisi tangential dan radial yang Syaf ajar.
        “Oit...aku nak pegi beli makanan lepas maghrib. Join tak?” Nafiq, roomate au bertanya
         “Tak pe kot, nak prepare notes sikit ni. Macam nak kena pergi library ni. Nak cari rujukan tambahan,” laju tangan mencatat segala yang dipelajari sepanjang lab anatomi dengan Syaf. Banyak benda aku dah belajar sebenarnya, walaupun baru je 4 minggu sekumpulan dengan dia. Betul kata Haiqal, kena sabar lebih sikit je ngan Syaf tu.
        “Kau dah kena badi minah serius tu ke. Rajin nak pergi library,” selamba je budak Nafiq ni mengutuk.
         “Aku nak pergi library sebab aku sedar diri ni tak berapa nak pandai sangat, lambat pick up pulak tu,” aku jawab tanpa menoleh. Terasa belakangku diusap, Nafiq dah datang dekat dah.
         “Kalau mampu tulis notes diluar kuliah macam kau ni, tak berapa nak pandai apanya. Ni terlebih pandai namanya,” balas Nafiq
        “Kau tau tak source notes yang aku tulis ni? Ni semua, aku dapat dari Syaf. Semuanya hasil explaination dia sepanjang 4 minggu aku group dengan dia. Kau tak rasa kagum ke? Nama je kita ni satu kelas, tapi kenapa dia boleh dapat lebih sedangkan kita dapat sikit je. Aku tak nak malu depan dia lagi lepas ni. Kena belajar lebih sikit je lagi,” bersungguh aku menjawab.
         “Ok la bro...tak nak kacau kau study. Nak pesan tak?”
         “Tak pe kot. Balik nanti aku singgah makan,”

2

“Baru nak datang Inche Aiman Hafiz?” amboi mulut perempuan nama Syaf ni,tak de insurans sungguh. Diamkan ajelah, malas nak bergaduh dalam lab ni. Kak Farizah dah briefing separuh dah tentang tugasan yang perlu dilakukan sepanjang 10 minggu sessi yang berlangsung. Aku merujuk edaran yang dah diberi minggu lepas. Minggu 4 potong sampel, ahh kacang je ni. Minggu 7, maceration,alamak aku fail bab-bab nak sedia chemical segala bagai ni. Minggu 11, ambil gambar slide, kira saiz fibre dan characterization. Haduih.memang part susah. Elok je Kak Farizah habis cakap Syaf pulak briefing tentang tugas masing-masing. Aku senyap je sampai Hanis dan Wani mula buat keje. Walaupun jadual aku minggu 4, tapi aku stay je tengok budak-budak ni buat keje. Nak belajar beb, bukan senang.
           “Wani,korang kena prepare chemical ke?”
        “Yup, ala sikit je. Kena cairkan alcohol je pun. Tak susah la. Kau tu, baik la gi cari sampel kat lab kat bawah. Buatnya tak de sampel,marah Syaf nanti,” Hanis pula yang menjawab. Aku perhati saje budak berdua ni buat keje. Agak cekapla diorang ni buat keje, memang bagus.
           “Calculation ni mana dapat?”
           “Syaf bagi tadi. Dia dah tanya Prof Sulaiman. Prof kata ok, so dia pun proceed la,”
           “Ajar aku cam mana nak kira boleh tak,” serentak Hanis dan Wani menoleh
         “Aku tak reti nak terang la wei. Kau tanya la Syaf. Dia explain lengkap, confirm kau faham,” jawapan Hanis tu macam menghumban aku masuk ke mulut naga yang tengah berapi-api. Mata aku melilau tengok, mencari budak Syaf ni. Tu hah, tengah menghadap laptop, buat keje kot. Aku datang mendekat, duduk sebelah dia. Dia toleh lantas berkata
           “Kau nak apa?” pergh...macam nak tak nak je tanya
           “Nak belajar macam mana kau buat kiraan alcohol tu,”
          “Kan pakai percentage je. Kira je la berapa percent alcohol berapa percent air,” dia menjawab tanpa mengalih pandangan dari skrin laptop.
           “Aku tak reti la. Kimia dah karat,” mengaku je la
         “Hissyyy...kau ni...kalau tak menyusahkan aku tak boleh ke,” sinis ayat budak Syaf ni, tapi tangan tu laju je menconteng A4 kosong sebelah laptop. Laju jugak la otak aku ni nak pick up pengajaran dia tu.
          “Dah faham?”
          “Yup...owh...cam ni rupanya,”
       “Kau ni bercakap, macam tak pernah belajar kimia je,” slow je ayat tu tapi makan dalam kot
       “Kan aku dah kata, kimia aku dah karat,” heh...memang la mendera mental duduk sekumpulan dengan perempuan bernama Syafiqah ni.