Friday, May 6, 2011

kalau aku biru kamu...2

Seperti semester lepas. Semua berjalan sepeti biasa. Kuliah, test, field trip, report, assignment and final exam. Aku rasa aku memang malas sangat-sangat semester ni. Bad pun tegur benda sama. Ah…biarlah. Rasa macam hidup ni monotone, tiada gelombang perubahan. Owh gosh…boringnya. Baru semester 3 dah boring Ain, belum masuk minor subjek lagi. Oh ya, aku dan Alynn ambil minor paling susah(orang kata) kat fakulti ni. Aku lebih rela duduk berjam-jam di lab berbanding keluar ke field trip yang memenatkan itu. Owh…tolonglah, ecology reports pun macam siap-tak siap je aku buat. Tapi Dr. Marwan suka report aku, tinggal aku tak perform kat field je, kalau dapat B+ pun dah kira baik kot. Oh terlupa, hal Bad hantar aku balik kolej, tak siapa tahu. Aku tak bagi tahu sesiapa, Bad pun tak heboh nak citer apa-apa. Tapi satu benda yang Bad dan semua orang tak tahu, aku memang suka kat Bad since then. After finel exam, memang dah tak akan dan tak mahu jumpa Bad lagi dimana-mana, malu wei kalau dia tahu. Heh, cintaku melayang di awangan. Hehehehehe, aku keluar dewan exam untuk subjek ecology, yang juga paper terakhir semester ini dengan senyum lebar

Januari 2007
                “Jodoh kita kuat kan Ain. Minor sama, kelas sama, GPA sama,” mencerun aku tenung muka Nafiq. Dah lah tersengih-sengih macam kerang busuk. Macam nak ku telan-telan je mamat ni. Aku tahulah result aku macam terjun Gunung Kinabalu. Dah la tolong tengok result orang sesuka hati, gi canang kat satu fakulti pulak tu. Mau tak hangin aku ni. Ikutkan hati, aku benam je Nafiq ni kat tasik rekreasi nu ha. Baru tau betapa sakitnya hati. Aksi membenam Nafiq hanya mampu tersiar di dalam kotak imaginasi aku je la, dan mesti kelakar. Lantas aku tersenyum sedikit. Dan Nafiq agak keliru…
                “Kau ni cyborg ke apa? Aku punyalah menyindir kau, kau senyum pulak,” hahahahaha reti sakit hati jugak kau ye Nafiq
                “Kau takkan tahu apa ada dalam fikiran aku Nafiq. Never,” sambil tersengih aku memandang Nafiq. Merasa jengkel barangkali akhirnya Nafiq kembali ke meja kawan-kawannya di hujung sana.
                “Kau buat apa ek sampai Nafiq tu macam tak berani nak kacau kau?” Alynn sudah menanggalkan headphone dan bertanya.
                “Dia kan suka psycho orang physically. Aku psycho dia dalam fikiran aku je, then aku senyum. Dia ingat aku ni kurang siuman dan dia blah. Senang, habis cerita,” aku sambung makan sambil buat kerja di cafĂ© fakulti ni.

No comments: