Showing posts with label coratcoret2. Show all posts
Showing posts with label coratcoret2. Show all posts

Wednesday, September 19, 2012

~29~


        “Alif tu kalau demam memang tidur saje la kerja dia. Bangun mandi, makan, tidur. Dah tak de kerja lain. Bila disuruh ke klinik malas, tak mahu. Bila di ajak macam-macam alasannya. Biar je la, dah besar dah, ibu malas nak layan lebih-lebih,” ibu mengulas ketika sesi memasak dinner malam itu
                “La ye ke. Tadi Illa bawa dia gi hospital. Patutlah muka dia cam pelik je. Tak suka gi klinik rupanya. Agak-agak dia makan tak ubat yang doctor bagi tadi?”
                “Wah, Aliff ikut kamu pergi hospital? Baguslah, entah sampai bila la tabiat dia tak mau ke hospital tu nak hilang kalau tak de kamu. Dia makan je ubat kalau ada, Cuma jangan kisah sangat la kalau dia buat tak kisah je dengan kamu. Memang dia sayang benar bantal ngan katil kalau dia sakit,”
                “Tak pe bu. Biarlah dia rehat. Rasanya dia penat sangat tu,”tangannya lincah menyediakan bahan-bahan untuk memasak bubur untuk suaminya. Ibu mertuanya hanya memerhati tingkah Illa seraya tersenyum.
                “Sayang jugak Illa dengan anak ibu ye,” kata-kata ibu disambut gelak kecil Naqilla
                “Mestilah sayang ibu, suami Illa tu. Teman hidup sampai hujung nyawa, inshaAllah,” Illa menjawab dengan senyuman yang masih belum pudar.
                “Itu je lah anak bujang ibu, Illa. Lega ibu dengar jawapan kamu. Yelah, waktu bertunang dulu, kamu macam tak de perasaan je, senyap, diam, tak nampak gembira pun waktu tu. Tapi sekarang ibu dah tak payah risau dah, sebab ibu tahu Illa betul-betul sayangkan anak ibu kan,”
                “Ibu, Illa nak berjanji lebih-lebih tak berani bu, jodoh ni semua ketentuan Allah. Illa Cuma mampu doa supaya jodoh ni kekal sehingga akhir hayat. Semoga keluarga abang layan Illa dengan baik. Ayah ibu, ummi abah redha dengan kami. Semoga dapat zuriat yang soleh dan solehah bu,” Illa membalas kata-kata ibu mertuanya sambil sibuk menanak beras untuk bubur suaminya.
                “Agak-agak tahun ni boleh tak ibu dapat cucu baru seorang lagi. Dari Alif dan Illa mungkin?”
                “Ada rezeki ada la bu. Kami usaha aje,” dengan wajah yang sudah memerah Illa menjawab kata ibu mertuanya. Puan Zaharah juga tergelak kecil mendengar jawapan menantunya lantas memeluk tubuh Illa. Entah kenapa, walaupun dia tahu betapa menantunya itu menyayangi Alif sepenuh hati, masih ada yang disembunyikan dari pengetahuan orang lain. Di rasakan Naqilla itu misteri sungguh orangnya.

                “Hah Illa, tak makan sekali ke?” ayah bertanya pula
                “Illa makan dengan Alif je ayah, kat atas. Mohon maaf sebab tak dapat makan bersama ayah ibu. Dengan keadaan Alif yang liat nk tinggal katil tu, terpaksalah Illa naik atas bawa makanan ni sekali. Maaf ye yah,” tertib kata-kata ayahnya dijawab
                “Hmmm…ibu kamu lah ni, manjakan sangat si Alif tu. Dah jadi macam ni kan ke susah. Elok-elok kamu naik tangga tu, dengan menatang dulang penuh tu,”

Di bilik Alif
                “Abang, jom makan,”
                “Aik, sampai berangkat hah masuk bilik. Sayang tak makan sekali ke?”
                “Ni, ada nasi Illa. Bubur ni untuk abang ye,”
                “Ala, tak mahu lah makan bubur, tak sedap. Lagipun masakan ibu ni nampak macam sedap je. Sayang suapkan abang boleh?”
                “Suap bubur boleh. Kalau suapkan nasi, Illa nak makan apa pulak?”
                “Ala, kita share la nasi ni. Bubur tu kita buat breakfast esok je la. Boleh la sayang,” haisyy dah macam budak kecik pulak la suami aku ni. Dah dimasakkan bubur tak mahu pulak.
                “Yela yela,” akhirnya nasi sepinggan itu dikongsi dengan Alif. Habis sepinggan nasi tu, Alif sendiri turun ke dapur untuk menambah, alasannya makan berdua sepinggan, nasi tadi memang la tak cukup. Sejak bila la suami aku ni sihat, aku pun tak perasan. Macam-macam hal.
                “Nah, banyak abang amek lauk. Sayang boleh ratah,” saje je mengenakan aku.

Di ruang makan
                “Abang tengok, beria Illa tu jaga anak kesayangan Idah”
                “Suami dia bang, mana tak risau. Dah la baru berapa hari nikahnya, dah sakit-sakit,”
                “Jangan waktu awal-awal ni aje menjaga kemain lagi. Kang dah lama-lama sakit je hantar balik sini,”
                “Abang ni tak baik tau. Bersungguh Illa tu bawa Alif pergi hospital segala, itu pulak awak cakap,”
                “Saje bagi peringat awak. Hmm…dah anak awak tu pun manja sangat. Demam je, macam gitu lak pe’el nya. Kesian la kat Illa tu,”
                “Abang, agak-agak kan tahun ni bertambah tak cucu kita?”
                “Hmmm…kalau Alif tu, tak tahulah sempat ke idak. Yang lain-lain tu, cukuplah dulu. Dah ramai dah cucu kita Idah. Awak nak banyak mana lagi,”
                “Maksud saya Alif la bang. Teringin sangat saya nak ada cucu macam Naqilla tu bang. Senang hati menengoknya. Tak banyak karenah,”
                “Awak doa la banyak-banyak,”
Mata En Zahran dan Puan Zubaidah terkaku sebentar melihat Alif turun menatang dulang berisi gelas dan pinggan kosong. Laju sahaja dia menambah nasi dan lauk ke dalam pinggan yang tersedia, bukan main banyak lagi.
                “Aik, ni sapa yang makan banyak-banyak ni?”
                “Ala bu, Alif share ngan Illa. Tak cukup, sebab tu tambah,”
                “Kamu ni dah sihat ke? Yang Illa nya mana?”
                “Alhamdulillah yah, dah ok sket. Tak rasa nak tido pun. Illa malu nak turun tambah. Segan ngan ibu ayah,”
                “Habis bubur yang dia masak tadi mana?”
                “Ada kat atas ibu. Nanti da habis makan Illa bawa turun sekali. Bubur tu buat sarapan pagi je la bu. Tak selera la nak makan bubur,”
                “Kamu ni, kesian dekat Illa susah-susah masak untuk kamu,”
                “Ala, bukan Alif suruh pun. Ok la ibu. Alif naik dulu, nak candlelight dengan Illa. Ibu ngan ayah pun boleh dinner date malam ni. Jangan risau, kami tak ganggu,” sambil mengenyitkan mata Alif berlalu mendaki tangga.
                “Macam-macam anak awak tu,”
               “Senang hati saya bang, tak sampai sehari dah elok dah Alif. Siap boleh makan satu pinggan sama-sama, romantic pulak,”
                “Awak nak makan sepinggan jugak ke? Meh sini abang suapkan,”
               “Hisyyy abang ni, orang cakap pasal anak menantu, dia sibuk jugak,”wajah cemberut Pn Zubaidah tak lama kalau dengan En Zahran. Tau saje cara nak memujuk isteri yang telah dikahwini melebihi 30 tahun itu.

Tuesday, March 22, 2011

~28~

                “Sedap la Illa masak. Lepas ni mesti ucu gemuk kalau Illa masak hari-hari,” Kak Long mengulas
                “Ala kak. Masak sekali sekala macam ni, kena pulak menu istimewa, memanglah sedap. Cuba lauknya hanya ikan goreng ngan sayur rebus je, tak sedap jugak kak,”
                “Eh…lain…akak masak dengan kamu masak mesti lain Illa. Cuba Tanya ucu, kan ucu,”
                “Ha’ah Kak Lang, isteri saya masak sedap. Tapi kalau Kak Lang masak, anak-anak Kak Lang je yang kata sedap,” sudahnya Alif menerima cubitan dari Kak Lang. Tu lah, mulut tak reti nak jaga hati orang.
                “So, lepas ni korang duduk mana?” Abg Arif bertanya
                “Duduk rumah sewa ucu bang. Nak duduk mana lagi. Lagipun area perumahan itu dekat dengan tempat kerja Illa. Boleh ucu hantar gi kerja,”
                “kalau dah nak gi UMP, isteri kamu macam mana?”
                “Tak tau lagi kak ngah. Kena discuss balik lah macam mana,” senang sahaja jawapan Alif. Ye jugak, aku tak pernah terpikir pulak nak kena pindah Pahang.
                “Kamu nak balik bila Alif?” ibu pulak bertanya
                “Kena balik malam ni la ibu. Barang-barang Illa banyak tak kemas lagi. Lusa Illa dah mula kerja semula. Esok je la masa yang ada nak berkemas-kemas ibu,” ibu mengangguk.

Menjelang petang, rumah En Zahran semakin sunyi. Satu-satu anak-anaknya kembali ke rumah masing-masing untuk persiapan bekerja pada esok hari. Malam itu, Alif dan Naqilla juga beransur pulang ke Taman Suria. Tiba dirumah, tempat yang dituju hanya bilik tidur, untuk solat dan tidur. Usai berjemaah Naqilla hanya tercegat di hadapan katil. Ni katil single, nak tidur atas katil tak muat ni. Ada jugak yang jatuh katil kang.
                “Jangan risau, tidur je la atas katil ni. Tak jatuh punya, abang confirm,” Illa melirik suaminya dengan penuh curiga.
                “Betul, takkan jatuh, abang jamin,” hmm…malas nak layan, akhirnya Naqilla naik jugak ke atas katil. Setelah lampu dipadamkan, terasa ada tubuh hangat berbaring disebelahnya.
                “Macam mana nak buat tak nak bagi jatuh? Ni pun dah muat-muat. Belum lagi sayang pusing kiri kanan,” Illa mengeluh
                “Macam ni hah,” terasa pinggangnya dipeluk dan tubuhnya dipalingkan menghadap Alif. Kedap terasa pelukan itu. Terasa ada tangan yang lain pula mengusap rambutnya, lembut.
                “Kalau peluk macam ni kan tak jatuh. Ruang ada banyak lagi, nak pusing-pusing pun tak boleh,” terasa dekat sangat suara Alif, dan perlahan sekali. Terasa dahinya dikucup, penuh kasih. Naqilla terus lena dalam dakapan suaminya tanpa berkalih ke kiri dan ke kanan.

6.10 pagi.
Pelukan Alif dirungkaikan. Naqilla terus bangun menyiapkan diri untuk solat subuh

6.30 pagi
Usai mandi, Alif masih belum bangun.
                “Abang, bangun subuh bang,” lembut di kejut suami kesayangannya itu
                “Hmm…sayang…dah mandi? Dah siap…kenapa tak kejut awal,”
                “Dah kejut abang tak bangun-bangun jugak,” lantas Alif bangun menuju ke bilik air

Usai solat subuh
                “Sayang, sakit kepala lagi?”
                “Tak de bang. Alhamdulillah,dah elok dah”
                “Ni mesti semalam sayang transfer sakit kepala tu kat abang kan,” hah…transfer sakit kepala? Takkan la kalau…boleh transfer sakit ke?
                “Eh…boleh transfer ke kalau kita…” Alif sudah tersenyum lebar melihat reaksi isterinya. Hai…kadang tu Naqilla ni nampak independent sangat, kadang tu nampak blur semacam, macam sekarang ni. Tengah blur, mana ade fakta kata sakit kepala boleh berjangkit melalui hubungan suami isteri. Penyakit kelamin boleh la. Adoi…
                “Abang nak tido kejap tau. Nanti kalau ade pape kejutkan abang ye,” tanpa menunggu jawapan isterinya Alif terus rebah diatas katil. Naqilla berlalu ke dapur, sarapan perlu disiapkan. Rumah perlu dikemaskan.

8.30 pagi
                “Abang, bangun sarapan bang,” lembut dikejut suaminya itu. Alif bangun lambat-lambat, terus menuju ke bilik air dan keluar dengan muka yang sangat tak bermaya. Dia duduk diatas tikar yang terbentang di ruang tamu denga hidangan sarapan yang telah disiapkan isterinya. Mee goreng, itu je pun bahan-bahan yang ada dalam peti ais rumahnya.
                “Illa tahu kan abang tak makan mee goreng,”
                “Abang tak makan mee goreng yang abang masak. Tapi kalau ibu masak abang makan kan. So, Illa masak abang boleh makan jugak kan,” tersenyum Alif mendengar suara isterinya itu. Banyak jugak yang isterinya tahu tentang dirinya.   Dengan gerak lemah, dihabiskan jugak mee yang diisi ke dalam pinggannya.
                “Abang tak sedap badanlah sayang. Nak tido lagi ni. Nanti dah zuhur kejutkan abang ye,” Alif terus berlalu ke bilik, menyambung tidur.

1.35 petang
                Mata terbuka selepas kedengaran azan dari surau terdekat. Terasa basah dahinya. Ek…ada tuala basah, sape letak. Susun atur biliknya juga kelihatan sudah berubah. Almari lama di bilk sebelah sudah dialih ke bilik utama. Perlahan kaki melangkah ke ruang tamu. Sudah ada tikar getah memenuhi segenap lantai simen. Sofa buruk nan sebuah itu di letak menghadap pintu balkoni bersama sebuah meja kopi kecil. Bunga lily yang besar menghias vast di atas meja kopi itu. Beralih ke dapur, susun atur barang juga sudah sedikit berubah, semakin kemas dan bersih.
                “Eh, abang dah bangun? Abang demam ye,” Illa menyapa suaminya yang baru keluar dari pintu dapur
                “Sayang susun atur semua ni seorang? Kenapa tak kejutkan abang?”
                “Abang letih. Demam. Tadi Illa turun ke kedai depan tu kejap. Beli tikar getah ni. Ni je lah yang ada bang. Illa tak sempat nak masak makan tengahari, Illa beli je kat kedai bawah tadi. Boleh kan?” Illa Nampak sangat letih. Kesian Illa, kemas rumah sorang-sorang.

Usai solat zuhur berjemaah, mereka makan tengahari dengan lauk yang Illa beli. Nasi di pinggan Alif hanya luak suku saja. Tak lalu makan katanya, maklumlah demam. Sebaik sahaja Alif masuk ke bilik, isterinya mengeluarkan sepersalinan untuknya.
                “Abang siap ek. Kita gi klinik. Lepas tu, kita pergi rumah ibu,” Alif terpana sebentar. Blur kejap. Balik rumah ibu? Bukan semalam baru balik Taman Suria ke? Kelihatan isterinya packing baju-baju untuk ke rumah ibu. Illa tak tipu ni, memang sungguh nak balik rumah ibu.
                “Tak payah la Illa. Esok kan Illa keje,”
                “Boleh tak tolong dengar kata, gi siap je la,” tanpa menoleh Illa menjawab. Terkesima sebentar, Alif menurut juga kata isterinya itu. Pakaian yang sudah tersedia di atas katil dipakai dan menanti isterinya siap bekemas sambil dudukdi atas katii.
                “Ok dah siap. Bak kunci kereta,” sekali lagi Alif terkejut, namun tangan di halakan ke luar bilik. Tanpa sebarang suara Illa menjinjing sebuah beg dan terus menyambar kunci kereta dari penyangkut kuci berhampiran ruang makan. Senyap itu berterusan sehingga mereka tiba di sebuah hospital kerajaan yang sudah kelihatan agak lengang. Walaupun lengang, hamper sejam juga la mereka menunggu giliran. Perjalanan ke rumah ibu juga senyap. Alif tidak menyangka Illa boleh memandu dan boleh berfikir lebih waras dengan membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan berehat di rumah ibu. Sampai sahaja di rumah ibu, Encik Zahran dan Puan Zuraidah hairan melihat kelibat mereka berdua. Tanpa sempat bertanya Illa menerangkan
                “Maaf ibu, kami pulang tak bagi tahu. Abang demam, Illa tak tahu nak wat cam ne, jadi Illa ajak abang pulang ke mari. Mana lah tahu abang demam sebab berenggang dengan ibu,”
                “Sayang…” Aliff sudah melaung memanggil isterinya yang sudah berlari-lari anak ke anak tangga selepas mengeluarkan kenyataan dia rindukan ibu. Rindukan ibu selepas berpisah sehari? Sungguh bukan Aliff namanya tu.
                “Illa tu kelakarlah Cu. Seronok tengok perangai dia,” ayah memberikan komen dan tersenyum senang melihat gelagat anak menantunya.

Friday, February 18, 2011

~27~

Walaupun masih kurang sihat, badan dipaksa melayan karenah anak-anak buah suaminya yang lincah dan petah belaka. Ada 7 orang semuanya. 3 orang anak Kak Long Azifah, 2 orang anak Kak Ngah Athirah dan yang 2 lagi anak Kak Lang Azlinda. Memang kelam kabut rumah En Zahran dan Pn Zuraidah penangan kehadiran kesemua cucu mereka. Menjelang isya’, anak-anak kecil sudah tidur semuanya lantaran kepenatan bermain di siang hari. Makan malam yang baru sahaja selesai terasa sangat sunyi tanpa kehadiran anak-anak kecil itu.
                “Naqilla, dah lama ke kenal ucu?” Kak Ifah bertanya
                “Tak kenal pun kak long. Baru kenal masa bertunang hari tu,”
                “Aik…kamu boleh setuju nak terima ucu ni. Kalau Kak Ngah, takat muka cam ucu ni confirm la Kak Ngah reject,” seisi keluarga tergelak.
                “Elah kak ngah, macam la Abg Razlan tu hensem sangat. Ucu lagi hensem la,” Alif membela diri. Abg Razlan hanya tergelak besar. Abg Arif, suami Kak Long turut sama tersengih.
                “Kamu kata tak de girlfriend. Mananya pulak kamu jumpa Illa ni?” soalan cepu emas Kak Lang
                “Dia ni kakak kepada kawan ucu waktu degree dulu. Tapi ucu lagi tua dari dia,”
                “Illa kerja kat mana sekarang?” Abg Najeeb, suami Kak Lang bertanya pulak
                “Kat Open Tech Pharmaceutical Labs,”
                “Owh…medical products punya testing ke?”
                “Tak semestinya. Kalau bahan kimia selain ubatan pun boleh. Bergantung la jugak. Biasanya buat testing untuk kilang yang nak try thickener baru ke, additives in food yang baru ke. Properties of gel untuk produk baru gel rambut. Macam-macam la. Ala-ala supplier bahan makmal la, tapi kami tak supply, kami provide service je. Kalau nak panggil untuk bagi training guna alat pun boleh,”
                “Owh…keje macam ni memang sesuai untuk orang perempuan. Keje yang teliti. Kalau Abang Man, hbs berderai la apparatus semua,” Abg Razlan mengulas pulak. Ketika duduk-duduk bersembang ni pun kepala masih lagi berdenyut, sakit.
                “Illa tak sihat ke?” Abg Arif bertanya. Maklumlah, doctor mestilah dia alert.
                “Hmmm…sejak lepas nikah hari tu dah sakit kepala. Tapi ok je pun, x de la teruk,”
                “Ada makan painkiller ke?”
                “Saya tak suka nk bergantung dengan ubat. Kalau tidur tu, tak de lah sakit,”
                “Dah la ucu, bawa isteri kamu ni rehat,” Kak Lang dah macam nak menghalau je
                “Ok…malam semua. Assalamualaikum,” beriringan naik ke ‘bilik pengantin’ di rumah Alif pula. Semuanya biasa saja. Macam bilik biasa, tiada perubahan pun. Usai solat isya’ berjemaah memang terus badan direbahkan atas katil. Alif sudah hilang dari fikiran, yang diingat hanya ingin tidur menghilangkan rasa letih melayan karenah anak-anak kecil siang tadi.

                “Illa bangun subuh. Dah 6.30 ni. Kang terlepas pulak,” sayup-sayup kedengaran suara mengejutkan aku dari tidur. Aku lantas bangun mencapai tuala di hujung katil dan berlalu ke bilik air. Usai mandi, keluar dari bilik air dengan muka monyok.
                “Kenapa? Jatuh? Sakit?”
                “Kenapa towel Illa basah?”
                “Ek…la…tu kan towel abang tadi,” ek…pandangan jatuh ke tuala yang membalut kaki. Warna biru, ni tuala aku la ni.
                “Ni hah tuala Illa,” Alif mengunjuk kepadaku sehelai tuala baby blue, yang masih kering. Ala, macam mana boleh sama tuala pulak ni. Muka masih muncung namun tangan tetap laju menyalin kain batik.
                “Janganlah monyok Illa. Towel tu pun baru pakai sekali je, abang mandi pagi ni hah. X de kuman lagi, yang ada bau hapak badan abang je,”
                “Eeeeiiii…bucuk,” lantas towel dibaling ke arah Alif. Alif tergelak besar. Tiba-tiba pintu bilik dibuka dari luar, terjegul kepala anak kecil kak long yang bongsu, Ashirah.
                “Ucu gelak besar. Nak main jugak,” laju sahaja anak itu masuk sambil memeluk ucunya. Alif pun apa lagi, membalut tubuh Ashirah dengan towel basah yang ku baling. Bergomolan mereka atas lantai. Aku lantas berlalu  ke satu sudut untuk solat subuh bersendirian.
                “Ucu, napa aunty Illa solat sorang-sorang?”
                “Ucu dah solat tadi. Mak cu tak sihat, dia bangun lewat sikit. Tu dia solat lambat sikit. Shira kenapa bangun awal?”
                “Abang Afiq tolak Shira jatuh katil. Mama ngan abah baru lepas solat subuh. Diorang suruh Shiara tidur tempat lain, tapi Shira tak boleh tidur. Shira keluar la,” petah sungguh anak 4 tahun itu menjawab. Lantas Alif mencium pipi gebu Ashirah, dan diangkat tubuh kecil itu ke atas katil.
                “Shira tidur la kat sini. Tak de sape boleh tolak Shira jatuh katil. Ucu nak tengok mak cu jap. Sian dia sakit,” Alif berkata sambil menepuk punggung Shira, dodoi bagi dia tdiur. Mudah sahaja anak kecik tu tidur atas katil ucunya.
                “Awalnya Shira bangun bang,” Illa bertanya sambil menyalam lembut tangan suaminya.
                “Kena tolak jatuh katil. Sian dia. Biarlah dia tidur sini,”
                “Abang teman Shira ye. Illa nak turun bawah jap,”
                “Ala…dok la sini jap. Bukannya ada keje pun kat bawah tu,” Illa dengan berat hati menurut. Punggung di labuhkan di sebelah tubuh Shira. Diusap rambut anak kecil itu, damai sungguh tidurnya. Alif hanya melihat kalakuan isterinya. Penyayang sungguh, kalau ada anak mesti anak diutamakan. Alif tersenyum sendiri.
                “Hmm…sakit kepala lagi la. Macam mana ni?” keluh Naqilla sambil memegang kepalanya
                “Illa rehat dulu la. Tidur dulu ke. Nanti dah elok baru turun ek. Boleh teman Shira sekali,” Alif bingkas bangun meninggalkan bilik.

                “Mak cu,” kedengaran sayup suara anak kecil memanggil
                “Mak cu, bangunlah. Mak cu kenapa? Shira takut la,”
                “Shira, maaf mak cu tak sedar Shira panggil. Dah lama bangun?”
                “Baru je. Mak cu tidur peluk Shira tadi. Shira teringat kat mama. Mak cu, Shira nk mandi ngan mak cu boleh?”
                “Boleh sayang. Sebelum mandi pergi ambil baju yang nak pakai ye. Mak cu tunggu kat sini,” dengan patuh Shira keluar dan kembali semula membawa sepersalinan pakaian. Tugas Illa hanya perlu menyiapkan dirinya dan anak kecil itu sebelum turun ke bawah. Gamat jugak la bilik air dengan telatah Shira yang suka nak main air walaupun hanya di bilik mandi. Sedang mereka bersiap
                “Sayang, dah bangun?” Alif masuk ke dalam bilik terus memeluk tubuh isterinya yang baru siap berpakaian. Dicium dahi isteri kesayangannya tanpa menyedari yang Shira juga ada didalam bilik itu.
                “Eeeeiii pak cu kiss mak cu. Budak kecik tak boleh tengok,” merona merah wajah Naqilla sedang Alif tertawa melihat Shira menutup mata dengan tangan.
                “Shira, mari sini sayang mak cu pakaikan baju,” laju sahaja anak kecil itu meluru ke arah Naqillah. Anak kecil itu disiapkan secomel yang boleh. Alif hanya memerhati sambil tersenyum sendirian.
                “Pak cu ambillah mak cu ni, Shira nak turun main,”  tangan Naqilla dipimpin ke arah Alif dan dia terus keluar dari bilik.
                “Comel la Shira tu bang,”
                “Sayang ni, semua budak nak kata comel. Memanglah diorang semua comel tapi tak padan ngan nakal. Penat melayan,”
                “Ala budak-budak bang, biasa lah tu,”
                “Agak-agak, kita boleh dapat anak awal tak?”
                “Kena usaha la bang. Ada rezeki Illa tak tolak,”
                “Betul ni,” Alif semacam tak percaya dengan kata-kata isterinya.  

Friday, February 11, 2011

~26~

Jam dinding sudah menunjukkan waktu 5.15 petang. Azan asar sudah setengah jam berlalu. Ammar dan Aliff kedua-duanya sudah terbaring di hadapan pelamin tanpa kerusi yang sengaja didirikan sebagai tempat mengambil foto kenangan. Naqilla sudah terduduk di platform pelamin, dengan muka penuh keletihan. Ayah pengantin masih duduk-duduk di bawah khemah makan tetamu, menanti kalau-kalau ada kawan-kawan anak mereka yang lewat tibe ke majlis resepsi yang sederhana itu. Si ibu pula sudah mengemaskan dapur yang berkecah akibat kerja-kerja membungkus lauk kenduri untuk diagihkan kepada sanak saudara. Kediaman En Yusof dan Puan Rubiah yang tadinya sungguh meriah sudah beransur sunyi. Kelihatan abah dan ayah masuk ke rumah, menandakan majlis dah tamat, laju sahaja mata abah merenung anak bujangnya terlentang di sebelah abang iparnya di hadapan pelamin, namun tiada kata terluah. Barangkali memahami anak bujangnya yang seorang itulah yang paling banyak menyumbangkan tenaga untuk resepsi ini.
                “Ammar, abang, bangunlah. Dah asar ni,” ku goyang kaki kedua-dua hero dalam rumah ni
                “Hmm…jap lagi,” dalam mamai Ammar masih mampu menjawab sedangkan Alif disebelahnya masih lagi hanyut
                “Abang, bangunlah. Lepas ni boleh tidur dalam bilik. Tak elok tidur kat depan ni,” dengan penuh kesabaran. Satu saat, dua saat, tiga saat…Alif bangun, menggosok mata bingkas berdiri. Dilihatnya Ammar masih terbaring, di sepak kaki kanan Ammar sekali.
                “Oitt…bangun wei, asar. Lepas solat g sambung tidur,” ringkas sahaja pesanan Alif, Ammar terus terjaga selepas kakinya terasa seperti disepak. Alif yang sudah melangkah ke tangga menoleh sambil tersenyum.
                “Hampeh kau Lif…kot ye pun nak kejut aku, agak-agak la wei,” Ammar juga senyum sambil bangun dan menuju ke arah yang sama, tangga.

Di dalam bilik pengantin, elok je selepas solat asar berjemaah, kedua-duanya rebah di atas katil. Alif menyambung tidur sedangkan Illa berbaring untuk melegakan sakit kepala. Terasa berdenyut-denyut kepalanya sejak naik ke bilik bersama alif tadi. Entah kenapa, sakit kepalanya hilang pada waktu resepsi tetapi datang semula selepas asar. Keluhan dilepaskan, seronoknya kalau dapat lena seperti Alif, tentunya tak letih. Dengan langkah yang berat, Illa menuju ke bilik air, mandi bagi melegakan sakit kepalanya yang semakin parah dirasakan.
Keluar dari bilik air dan siap berpakaian, Alif masih lagi tidur dengan lena. Tak sampai hati pulak nak kejut, kaki diarahkan turun ke dapur,minum air panas ok kot kepala ni. Menjejak kaki ke dapur kedengaran suara ummi dan ibu berborak sambil bergelak ketawa. Naqilla akhirnya hanya duduk di meja makan, menjatuhkan kepala di atas meja tanpa mendengar sebutir pun bicara ummi dan ibu. Dia seolah-olah hanyut sebentar, sehingga terasa ada tangan mengusap rambutnya lembut. Sebaik sahaja kepala diangkat, terasa ada tangan mengurut lembut kepalanya.
“Kamu masih sakit kepala lagi,” ibu bertanya sambil mengurut kepalanya
“Masih ibu. Tak tahulah kenapa. Teruk pulak sakit kepala ni,”
“Kamu migraine ke Illa”
“Entahlah. Sebelum ni kerap jugak sakit kepala. Tapi kalau dah rehat, tidur, legalah sakitnya,”
“Ummi risau pulak. Makin teruk ke sakitnya,” ummi langsung duduk di sebelahku sambil meraba-raba dahi dan leher, takut demam pulak.
“Tak de la makin teruk. Tapi tak de la berkurangnya,” urutan ibu ku hentikan. Aku mula bangun untuk membancuh minuman panas sehingga kedengaran suara lain bertanya
“Illa masih sakit kepala? Kenapa tak kejut abang?” Alif segera mengambil mug di tangan Naqilla dan terus membancuh air panas untuknya. Dua mug sudah berada di atas meja. Satu untuk Naqilla, satu untuk Alif.
“Aik…ummi ngan ibu punya mana?” ibu bertanya
“Kan dah ada dalam teko atas cabinet tu. Yang itu kan minum petang untuk semua. Yang ini untuk orang sakit je,” laju alif meneguk koko panas dalam mug. Naqilla turut meneguk sambil tersenyum melihat telatah suaminya. Memang sungguh la anak bongsu Alif ni.
“kamu sakit ke Alif?” ummi bertanya, risau
“Petang tadi sakit kepala ummi. Tu yang menurut gaya Ammar tidur depan pelamin tu. Letih kot ummi, lagipun ramai orang kan, panas bahang. Biasalah,”
“Kamu jangan tiba-tiba demam pulak. Esok nk balik ke rumah, anak-anak buah kamu tu x de sape nak layan. Susah ibu nanti,”
“Baik mem. Ok Alif, jangan demam dulu tau,”kata-kata itu disambut tawa ummi dan ibu. Suamiku memang disenangi semua orang.

Menjelang tengah malam
                “Masih sakit kepala?”
                “Kurang lah sikit”
                “Meh duduk sini. Abang urutkan,” Naqilla menurut sahaja. Lega sikit kepala selepas diurut begitu. Selesai sesi urutan, aku masih bersimpuh di sebelah kakinya, menjatuhkan kepala di atas paha, memeluk lututnya. Ala-ala gaya nak bermanja. Cik abang pun mengusap-usap rambut, lembut
                “Maaf ye…saya tak sihat,”
                “Kenapa perlu minta maaf. Sakit ni datang bukan Illa nak pun. Illa letih sangat ni. Sebelum majlis kerja banyak sangat,”
                “Esok balik rumah ibu dan ayah. Cuak jugak nak jumpa kakak-kakak abg,”
                “Diorang sporting. Jangan risau,” 

Tuesday, December 21, 2010

~25~

          "Apakah??? Kau buat akak aku nangis?" Ammar melangkah masuk, perlahan dengan DSLR  yang tersangkut pada leher. 
          "Mana de dik. Illa ney dramatic sangat...tu yg smpi meleleh air mata. Sian abang, basah baju," Illa laju je menyangkal dakwaan adik kesayangannya itu. Muka masih menunduk. Terasa ada tangan yang mengangkat dagunya, menghadapkan wajahnya ke wajah suaminya. Lantas, tangan yang satu lagi sibuk menyeka air mata yang terus beranak sungai. Tulus, satu ciuman sayang hinggap di dahi, dan Ammar menyaksikan adegan itu, sepenuhnya. Ohh...malunya. Muka dah terasa berbahang, namun sang suami masih berlagak selamba, mengucup pipi kanan pulak. Aaaa...malu...malu...malu.
         "Agak-agak la pun Alif...aku ada ni hah," Ammar juga kelihatan segan-segan 
         "Ok...dah...x yah nak segan malu lagi. Ada apa pagi-pagi masuk bilik orang baru nikah ni? Tak malu," Ammar terus melambakkan tawa, Illa mula tersenyum manja. Nak ambil gambar sebelum majlis, pra-majlis. Ikutkan je la dik yang sorang ni, bukan ade adik lain lagi dah dalam rumah ni pon. Macam-macam la pose yang digayakan, dengan pengantin hanya bert-shirt dan berkain pelikat dan kain batik. Suasana yang tadinya tegang dan sayu bertukar ceria hanya dengan kehadiran Ammar sebagai photographer x bertauliah itu. Sesi fotografi pra-majlis berakhir dengan mudah dan ceria sekali. sebaik sahaja Ammar keluar, suasana kembali kelam. Illa sunyi, Aliff bungkam.
         "Jap lagi Mak Siah sampai. Nak mandi dan bersiap, Kalau Mak Siah datang, suruh tunggu kejap ye," sudah hilang panggilan abang itu. Betapalah hati mendamba si pemilik suara memanggilnya manja, abang. Monolog terhenti saat pintu terkuak dan wajah Mak Siah terjegul, serentak juga kedengaran air pancuran di bilik air dihidupkan.
        "Mana isteri kamu Aliff?" Mak Siah terus bertanay perihal pengantin perempuan
        "Dalam bilik air Mak Siah. Pagi ni aje, dah tiga kali pengantin perempuan mandi," selamba Aliff menjawab. Memang benar, termasuk ini sudah tiga kali Illa mandi. Nak hilangkan sakit kepala.
        "Astaghfirullah...kamu ni. Kot ye pun dah nikah. Sabar lah sikit. Kesian isteri kamu tu hah. Belum habis majlis dah letih," dan selebihnya kedengaran suara Mak Siah membebel seperti bunyi kawanan lebah sedang bermesyuarat sahaja di telinga Aliff. Aliff menanti Illa keluar, dia juga perlu menyejukkan diri daripada mendengar bebelan Mak Siah yang terang-terangan tak tahu apa-apa itu. Selesai mandi, dia keluar dan kelihatan isterinya mula disolek oleh Mak Siah. Dia pun apa lagi, dok atas katil menghadap wajah isterinya yang sedang di rias itu
        "Mak Siah, x mau la pakai benda tu, macam tak kena je dengan kulit Illa," komen pertama
        "X mo cukur apa-apa tau Mak Siah,"
        "Merah sangat la. kurangkan lagi, bukannya cantik pun letak banyak-banyak,"
        "hohohoho...pakai colour ni je lah Mak Siah," dan seterusnya Aliff jadi tukang komen untuk solekan Illa. Nasib baik hasilnya cantik, berseri sungguh wajah Illa. Naik seri pengantin. Mak Siah muncung panjang. Habis rosak rancangannya gara-gara Aliff mencelah macam-macam. Mulut Mak Siah sudah mula mengeluarkan ocehan yang macam-macam sehingga Alif berkata dengan tegasnya.
        "Kalau nak solek lawa-lawa sangat, saya sorang je boleh tengok Mak Siah. Dah solek macam ni, dah kira elok lah ni," ketegasan Aliff membuatkan Mak Siah terdiam dan terus berlalu setelah selesai membantu Illa melengkapkan persalinan raja seharinya.
        Tiba-tiba Illa tergelak melihat suaminya yang masih berkain pelikat dan t-shirt. Dengan senyuman manis, dia membantu suaminya bersiap. Setelah aliff mengenakan baju melayu, dibutangkan baju melayu suaminya, di pakaikan songkok yang sudah berhias brooch dan dia turut membantu suaminya mengenakan samping biru-ungu-hitam itu...hadiah khas buat suaminya. Setelah berpuas hati melihat penampilan suaminya, dia menarik tangan suaminya agar segera turun kerana tetamu sudah mula memenuhi perkarangan rumah tetapi tangannya pula yang direntap oleh suaminya. Dia kembali ke dalam dakapan suaminya. Sekali lagi ciuman kasih singgah di dahi dan kedua-dua pipinya. Syahdu terasa di kalbu...dan malu jugak la walaupun Ammar tiada di tempat kejadian.



Wednesday, November 3, 2010

~24~

Setiba di bilik,
               “Banyak dah abang tahu pasal Illa ni. Tidur kena cukup, makan kena on-time kalau tak masuk angin. Ada apa-apa lagi abang kena tahu,” aku tergelak sahaja dengar komen Alif. Ada pulak.
               “Tak ade kot,” aku lantas membaringkan tubuh atas katil. Mata terkatup. Terasa ada tangan melingkar di pinggangku. Aduhai, abang tolonglah faham isterimu ini sangat letih. Terdengar desah nafasnya di telingaku. Dia berbisik
               “Dan Illa takkan ajak abang tidur sekali kalau Illa tak sedia kan?” persoalan itu aku biarkan tak berjawab. Aku sangat mengantuk. Terasa rangkulan itu semakin kejap. Aku biarkan sahaja sehingga aku benar-benar terlena.

Terjaga dari tidur aku rasa pelik. Ek...sejak bila aku tidur macam ni. Elok sahaja gebar menutup sehingga ke dada.  Badanku tegak mengadap siling bilik. Kelihatan Alif sedang membaca helaian kertas di meja kerjaku. Jurnal barangkali.
               “Abang,”
               “Hmm...”
               “Sudah-sudahlah membaca tu. Nanti-nanti kan boleh sambung. Dah pukul berapa ek sekarang?”
               “Baru jam 9.30 pagi. Tidurlah lagi. Mak andam kata sampai jam 10.30 kan,” aku bingkas bangun untuk mandi. Sekali lagi? Pagi ini sahaja sudah tiga kali aku mandi. Akhirnya aku hanya duduk di birai katil. Khusyu’ sungguh Alif menelaah. Aku datang menghampiri, mengurut bahunya lembut. Dia tersenyum, tanganku ditarik sehinga terduduk di ribaannya. Masih tersenyum, aku tanggalkan cermin matanya. Ku renung dalam-dalam mata itu. Tiada apa yang menarik tetapi mata tak mahu lari dari menatap sepasang mata yang biasa-biasa itu. Ku peluk tubuh suamiku, menjatuhkan kepala di bahunya. Gagahkah bahu ini menanggung diriku seumur hidupnya. Terasa pelukan Alif semakin kejap.
               “Sayang,”
               “Hmmm...”
               “Kenapa ni,”
               “Tak de apa. Saje je nak peluk,”terasa belakangku diusap perlahan. Terlalu tenang. Aku akhirnya menitiskan air mata. Ternyata ingatan terhadap Abu Sufian masih tak dapat aku lupakan walaupun saat aku berada begitu rapat dengan suamiku, Alif. Basah t-shirt suamiku dengan airmataku. Dia membiarkan sahaja. Mungkin dia juga tahu ada derita yang memberat dijiwaku ini.
               “Abang,”
               “Hmmm...”
               “Abang tak kisah ke?”
               “Nak kisah apanya?”
               “Saya nangis macam ni. Abang tak tahu pun sebab apa,” kesian Alif, dia tak tahu pun sebab kenapa aku menangis tiba-tiba.
               “Sayang pernah kata kan, sayang perlukan masa untuk diri sendiri. Abang tak boleh nak paksa sayang. Kalau sayang dah sedia terima abang bagi tahulah. Tak lah lama abang menanti,” balasnya.
               “Saya perlu keyakinan bang. Saya tak yakin dengan tindakan saya ni. Aduh...macam mana ni,”
               “Nak keyakinan macam mana tu?” soalan tu lain macam je bunyinya. Sekejapan terasa seolah-olah tubuhku diangkat. Eh...mana pulak dia nak bawa aku ni. Akhirnya aku didudukkan di birai katil. Dia duduk disebelahku, menyulam jari jemari kami. Aku hanya tertunduk dengan airmata yang masih bersisa.
               “Walau siapapun yang pernah hadir dalam hidup sayang sebelum ni, abang harap sayang boleh beri sedikit ruang untuk abang. Abang tahu mungkin sukar sayang nak lupa someone from the past,” serasa ayat itu seperti rendah sahaja nada bunyinya keluar dari mulut Alif. Airmata makin laju menitis. Aku lantas bangun tetapi pinggangku di paut lembut. Aku menangis lagi di bahu Alif. Setia sungguh dia menanti aku reda dari tangisan.
               “Sayang minta maaf banyak-banyak bang. Tak terniat sayang nak fikir orang lain selain abang. Sayang rasa terharu sangat. Ada orang yang sudi terima sayang yang macam ni,” dalam esak tangis aku membalas kata-katanya tadi. Senyum terukir di bibir Alif, sambil tangannya terus mengusap kepalaku, belakangku. Tiba-tiba pintu terkuak dari luar, Ammar menjenguk muka sambil tersenyum. Aku lantas menyembunyikan muka yang masih basah di dada Alif.

~23~

                Keesokan pagi aku hanya terbangun selepas terasa seolah-olah dahiku dikucup.
               “Bangun, dah nak subuh ni,” Alif bingkas bangun menuju bilik air. Aku kembali berbaring di atas katil. Nyenyak betul aku tidur semalam. Lepas mandi je, solat sunat dengan Alif. Selepas solat aku terus memanjat katil dan tertidur. Tak perasan pun di mana suamiku tidur semalam. Ada apa-apa terjadi pun aku tak tahu. Mata masih terkebil-kebil memandang siling bilik sehingga terdengar bunyi pintu bilik air terbuka. Alif keluar hanya bertuala. Aduh la mamat ni, kot ye pun dah jadi suami aku  agak-agak la sikit. Mestilah aku culture shock lagi dengan benda –benda macam ni.
               “Tak bangun lagi,” Alif memanggil
               “Dah...tunggu orang tu siap mandi,” aku lantas mencapai tuala dan sehelai t-shirt dan meluru masuk ke bilik air. Selesai mandi elok kedengaran azan subuh. Alif sudah bersiap-siap dengan baju melayu dan kain pelikat. Aku lantas menukar tuala dengan kain batik dan mengelap rambut sepantas yang boleh. Sebaik sahaja menyertai Alif kami solat berjemaah. Doanya subuh-subuh ni agak panjang, aku yang masih mengantuk menahan kuap dari tadi lagi. Selepas bersalaman aku terus mengemas sejadah dan telekung dan terus berbaring semula di atas katil dengan mata terkatup. Aku dapat rasakan Alif turut berbaring semula di sebelahku.
               “Sayang,”
               “Hmmm...”
               “Tak elok tido lepas subuh,”
               “Hmmm...” aku lantas bangun dan mencapai tuala. Masuk ke bilik air membasahkan kepala. Entah kenapa sejak semalam aku terasa sungguh penat. Sangat letih. Kepala pulak terasa berat. Elok sahaja keluar dari bilik air Alif sedang menanti diatas katil. Aku mengganti kain batik dan terus datang kepadanya sambil menyikat rambut. Saat aku melabuhkan punggung di sebelahnya laju sahaja sikat ditanganku di rampas. Terasa seperti kepalaku diurut, enak sekali.
               “Migrain ke?”
               “Ntah la. Tak pernah check. Illa rasa penat sangat badan ni,”
               “Semua benda nak buat sendiri, memanglah. Terima kasih jahitkan baju abang. Cantik, ibu kata halus sulamannya,” pandai sungguh Alif ni membuat hatiku senang
               “Biasa je bang. Abang nampak segak pakai baju tu semalam,” siapa lagi nak puji suami kita kalau bukan kita sendiri.
               “Hari ni mak andam datang solek kan. Abang nak tengok sayang siap-siap boleh?”
               “Memanglah boleh. Abang pun kena bersiap sekali kan. Dalam bilik ni jugak kan,”
               “Dah jom turun breakfast. Nanti bising Ammar,” urutan terhenti dan aku sibuk menyarung tudung untuk turun ke bawah. Breakfast seperti biasa. Ummi dan ibu sama-sama masak. Aku tak menolong langsung. Seperti biasa juga sebelah meja yang dihuni ibu ayah ummi abah penuh dengan celoteh sedang di meja sebelah aku-Ammar-Alif masih juga senyap. Pagi itu tidak banyak yang perlu dibuat. Ammar sudah kemas rumah sejak habis majlis malam tadi. Tinggal tunggu tetamu datang sahaja sekitar jam 11 pagi nanti. Aku, Ammar dan Alif naik semula ke bilik selepas sarapan. 

~22~

             Alhamdulillah,dengan sekali lafaz sahaja aku sudah menjadi isteri kepada Alif Safwan bin Zahran. Dan aku kini bergelar Puan Nur Naqilla Yusof. Asyik sungguh aku memerhatikan baju melayu putih gading yang di pakai Alif. Sangat menarik warna itu. Ditambah pula cahaya ruang tamu yang terang benderang ni, memang Alif nampak sangat menyerlah. Saat Alif menghulur cincin, aku suakan tangan kanan, lantas aku kucup tangan lelaki yang sudah bergelar suamiku itu. Setitis airmata gugur di tangannya. Saat mengangkat wajah dia berbisik mesra ‘Jangan menangis sayang’ dan aku hanya tersenyum saat dahiku dikucup olehnya. Setelah selesai upacara bersalaman dengan semua orang, tetamu dijemput menjamu selera di khemah yang telah di sediakan. Malam ini tetamunya tidak ramai, kebanyakannya ahli keluarga sahaja. Aku terus masuk ke bilik untuk menukar pakaian tetapi tanganku di tahan oleh Alif
               “Makanlah dulu,” aku  menurut katanya. Kami makan bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain. Ramai bertanya kenapa pelamin itu tidak ada kerusi. Aku Cuma kata tak akan ada upacara bersanding. Pelamin itu untuk mengambil gambar sahaja. Usai makan dan ketika tetamu beransur pulang aku lihat si baju putih gading itu mengeluarkan dua buah beg dari bonet My-vi nya.
               “Beg siapa ni?”
               “Ni beg ibu dan ayah. Yang ini beg abang,” ibu ayah menginap disini rupanya. Aku tunjukkan bilik tetamu untuk ibu dan ayah dan untuk dia aku ajak masuk ke bilik ku.
               “Letak sahajalah beg tu tepi almari. Nak mandi?” aku bertanya. Alif tersenyum sahaja sambil menarikku duduk di sebelahnya, dia atas katil
               “Saya ni siapa?” tanya Alif
               “Suami saya lah,”
               “Awak panggil saya apa tadi?” ek...aku tak panggil dia apa-apa pun. Tak tahu nak bahasakan dirinya sebagai apa
               “Awak nak panggil saya apa? Abang?” dia bertanya lagi
               “A-b-a-n-g,” perlahan aku menyebut. Alif tergelak
               “Susah sangat ke nak sebut?”
               “Saya tak pernah ada abang. Tak pernah sebut perkataan tu,”
               “Biasakanlah mulai sekarang. Saya ni macam abang awak jugak,” balasnya perlahan sambil menuju ke arah beg dan mengeluarkan keperluan untuk mandi. Aku hanya memerhati langkahnya sehingga hilang di balik pintu bilik mandi. Sekarang aku harus memanggilnya abang. Aku pun membuka almari mengambil sehelai tuala, sehelai kaftan dan menuju ke bilik air di aras atas.

~21~

             Hari Khamis. Hari yang sangat sibuk dan penuh. Pergi ambil baju di Subang Parade seawal pukul 10 pagi. Selepas itu memindahkan barang-barang aku ke rumah Alif di blok B pulak. Dan setibanya di rumah aku menyiapkan hantaran untuk Alif. Buat sekali dengan hantaranku. Ummi dan Ammar setia membantu aku menyiapkan semuanya. Sedang abah pula sibuk menghubungi orang yang pasang khemah, pelamin dan juga keluarga bakal besannya.
               “Simple aje gubahan kamu ni Naqilla. Main letak je dalam bakul. Tapi bakul ni memang cantik. Mana kamu cari?” ummi bertanya. Gubahannya mudah. Bakul dilapik kain lapik dulang, tepinya dihias sedikit bunga kembang pagi dan reben, letak barang hantaran di tengah bakul dan akhirnya dua kuntum bunga lily di pacak di tengah bakul. Mungkin bakul ni nampak menarik kot. Ntahlah...
               “orang main beli je ummi. Ntah kat mana. Bakul murah-murah je pun,” balasku mudah. Siap menggubah hantaran, Ammar terbongkang di atas sofa. Penat sangat dia sampai tertidur. Ummi menarik lenganku ke dapur
               “Esok Naqilla ikut ummi ye. Kita ke spa,” ummi menutur perlahan
               “Ek...bukan Alif nak ambil hantaran ke esok?”
               “Biar abah kamu dan Ammar uruskan. Ummi dan mak cik Zu dah reserved special untuk Naqilla,”
               “Tapi...ala dah lambat dah ummi,”
               “Lambat pun tak ape. Yang penting pergi. Sebenarnya ummi tak tahu nak urus macam mana tapi kak Zu banyak tolong ummi. Ikut ye,” aku hanya mengangguk dan melangkah naik ke atas.

Wednesday, September 8, 2010

~20~

     Hari ini hari terakhir akhir aku datang ke pejabat sebelum bercuti seminggu, cuti kahwin. Esok kena ambil baju di Subang Parade. Lusa kena hantar tempahan hantaran Alif. Tulat hari nikah. Hari selepas itu kenduri di rumah. Memikirkan jadual yang begitu memenatkan itu buat aku hampir ketinggalan bas.
     Sampai di Taman Suria aku terus menuju ke blok D dan mendaki ke tingkat 3. Aku masuk dan perhati rumahku yang serba kosong. Kebanyakan pakaian sudah aku angkut semula ke rumah ummi. Dan yang tinggal hanya sedikit sahaja barangan yang perlu diangkut ke blok B sana. Esok selepas ambil baju kami akan memindahkan semua harta peribadi ku ke blok B sana. Yang mungkin tak penuh pun satu bonet kereta Ammar. Dalam jam 10 malam nanti Ammar akan datang menjemput, pulang ke rumah ummi. Aku harus bersedia. Sebuah beg besar sudah aku siapkan awal-awal lagi di tepi pintu. Aku mandi, solat dan bersiap untuk pulang. 

~19~

“Ammar...janganlah nak malu-malu dengan kak ngah. Cerita je la,”
                “Ayah dia ketua department. Dia datang office satu hari tu nak hantar dokumen ayah dia. Dia sesat gi bilik Ammar. Ammar tunjuk la office ayah dia. Dia kata office Ammar tu dulu office ayah dia. Lepas tu kenal gitu-gitu je la,”
                “Budak tu kerja apa?”
                “Ntah la. Tak pernah tanya pun. Cuma hari tu ayah dia bagi kain ni kat orang. Orang serba salah. En Khaidir tu pun offer la kalau nak dia tolong tempahkan boleh juga. Orang setuju je lah. Tak sangka pulak anak dia yang tolong jahitkan,”
                “Boleh lah minta ummi ayah tolong pinangkan anak En. Khaidir pulak lepas ni,” aku mengusik
                “Hisyy...mana boleh. Ntah dia nak ke tak dengan Ammar ni,”
                “Kalau dah sampai sanggup ambil tempah baju melayu free, mestilah dia sangat sudi Ammar,” balasku. Macam aku ni, sudi jahitkan baju nikah Alif.
                “Dulukan kau dulu ek, dah settle semuanya nanti barulah aku cakap dengan ummi abah. Kang terkejut pulak diorang,”  aku hanya tergelak sambil mengambil baju yang Ammar serahkan. Aku sangkut bersama seluarnya. Aku lantas mengambil baju kurung aku pula dan mula menyembat bahagian bawah baju. Ammar masih setia duduk di sisiku.
                “Illa, cam mana kau boleh yakin dengan Alif ye. Maksud aku yang Alif tu memang pasangan kau dunia akhirat?” soalan maut ni. Aku hentikan jahitan dan menghadap Ammar.
                “Aku tak pernah yakin sebenarnya. Tapi mesti ada sebab kan Allah hadirkan Alif dalam hidup aku. Aku cuba untuk yakin dengan apa yang Allah bagi. Keputusan ni pun aku buat selepas berbual dengan kau dan Alif kat dapur, remember? Dan istikharah selepas itu pun tak tunjuk apa-apa tanda yang keputusan ni salah. Aku terima lah dengan sepenuh hati,” balasku panjang. Memang tak ade tanda-tanda yang menunjukkan keputusan ni salah. Jadi aku cuma follow the flow lah.
                “Aku  tak nak kacau kau lah. Alif kata dia datang Ahad kot. Sabtu dia kena siapkan lab dia tu. Tak pe esok masih sempat lagi nak iron baju ni. Kalau boleh, siapkanlah baju kau sekali. Mana lah tahu ibu dia nak tengok,” kata Ammar sambil melangkah keluar. Aku hanya membalas ‘ok’ di dalam hati.

~18~

Sepanjang minggu ini aku tak balik ke Taman Suria, aku hanya duduk dirumah ummi abah sahaja. Dan Ammar menjadi ‘pak supir’ menghantar menjemput aku ke tempat kerja. Jahitan baju Alif juga sudah hampir siap. Mesin jahit Kak Jaja aku pinjam dan angkut ke rumah abah. Sulaman penutup lubang butang juga sudah aku siapkan. Esok hari sabtu, mungkin Alif akan datang nak try baju ni. Janganlah dia komplen macam-macam. Sedang aku tekun menyiapkan jahitan pada baju Alif, Ammar menjenguk di muka pintu. Dia masuk tanpa disuruh, duduk di atas katil yang penuh dengan perca kain persalinan nikahku.
                “Wah, dah nak siap. Yang kita tempah tu pun minggu depan baru boleh ambil kan,” Ammar berkata sambil membelek seluar baju melayu yang bergantung di hadapan almari. Aku hanya diam sehingga Ammar menyambung kata.
                “Eh kain baju kau pun dah siap?” dia perasan jugak kain yang bergantung di belakang seluar itu. Aku masih lagi senyap, menumpu sepenuh konsentrasi pada jahitan yang sudah hampir nak siap. Akhirnya Ammar hanya senyap dan duduk di atas katil semula, memerhati aku dan jahitanku. Tidak lama kemudian, aku habiskan jahitan dan benang lebih aku potong
                “OK...siap. Cuba Ammar try pakai,” aku serahkan baju yang baru siap berjahit itu kepada Ammar. Tanpa banyak soal Ammar terus menyarung baju itu di luar t-shirtnya. Dia bangun dan menggayakannya seperti seorang model.
                “Cantik tak?” apa lah adik aku ni, tanya soalan cam ni
                “Baju tu memang cantik, tapi kalau Alif pakai lagi cantik kot,” balasku sambil tersenyum.
                “Amboi, sejak dah nak kahwin ni aku kau tak pandang langsung. Asyik Alif saja,” Ammar dan rajuknya, masih seperti dulu. Aku terus tergelak sambil kaki melangkah membuka almari dam mengeluarkan sepasang baju melayu warna ungu gelap dan kuserahkan kepadanya.
                “Baju ni siapa bagi?” sudah pandai berahsia Ammar sekarang ni.
                “Ni baju aku beli untuk raya tahun lepas tapi tak pakai,” balas Ammar
                “Jangan nak tipu. Ni baru lepas jahit lagi ni. Tengok cara dia iron. Main semberono je. Ammar baru je dapat baju ni kan. Sape bagi?” heh...nak tipu aku yang kerja asyik menjahit seminggu ni, tak payahlah Ammar.
                “Kawan orang bagi la,” dengan nada rendah Ammar membalas.
                “Kawan mana pulak ni? Oh...awek ye,” hahahaha muka Ammar dah merah semacam
                “Mana ade awek. Kami kawan sahaja lah. Hari tu mama dia beli kain nak bagi kat abah dia tapi tak jadi. Dia bagi lah kain tu kat Ammar. Ammar pulak mana reti nak tempah kat sapa. Bagi kat ummi kang banyak soal pulak ummi tu. Dia tolong jahitkan untuk Ammar je,” wah wah wah...adik aku ni...sudah pandai minta gadis lain jahitkan baju melayunya.
                “Bawa la dia jumpa aku. Saringan sebelum jumpa ummi,” aku mengagah Ammar
                “Memang nak bawa jumpa Illa pun. Tapi dia segan. Dia malu,” Ammar ni pun sama je tahap malunya.
                “Dah besar dah Ammar ni kan. Dulu asyik nangis je kerjanya. Sekarang sudah mampu mengajak seorang anak gadis jumpa kakaknya. Ni sejak bila pandai menggatal ni?” hahahahaha muka Ammar dah macam udang kena bakar, merah.
                “Mana ada gatal. Orang kenal ayah dia la. Ntah macam mana dia kenal orang pulak,” bila Ammar dah ber’orang’ tu maksudnya dia tengah malu. Hahahahaha...